Jumaat, 15 Julai 2011

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Perjalanan dan Kayuhan <b>di Negeri Kelantan</b> Darul Naim : Thousand <b>...</b>

Posted: 20 Mar 2011 02:39 PM PDT

Posted on March 20, 2011

DSC_0174

Perancangan nak ke Kelantan adalah perancangan last minit, kalau di ikutkan perancangan nak ke Kelantan lama lagi dan perancangan last minit ni, sebenarnya bukan ke ke Kelantan pon, ikutkan ke Terengganu. Tah mcm mana boleh jadi boring malam tu dan terasa nak buat sesuatu, pada mulanya memang aku fikir nak balik ke Kedah, tapi kalau balik kedah, hasrat untuk ambik gambar dan menjelajah agak terbatas, ye la kalau dah balik kampung dan tak melekat kat rumah, ape pulak kata Mak dan ayah nantikan, rumah jadi tempat tidor, lagi pon rugi jugak kalau aku balik kampung, aku selalu keluar, sebab kat kampung aku nie memang banyak aktiviti yang boleh di buat, pendek kata macam-macam la yang boleh aku buat kalau duduk kat kampung, sekurang-kurangnya itu adalah aktiviti yang berdekatan dengan rumah.

Aktiviti yang selalunya aku akan buat waktu dikampung adalah, Menjadi Security Guard (jaga kampung malam-malam, sebab, sekarang nie banyak penyamun curi kabel & curi sekerap getah), Menjadi pemburu Pelanduk(pelanduk boleh di katakan banyak  jugak kat kampung aku, kadang boleh dilihat secara dekat kelibatnya), Memancing (ini paling aku suka), dan melepak di kala senja, cewahh (tengok sunset kat belakang rumah aku, serious memang cantik)

Berbalik pada cerita mula, perancangan last minit aku diteruskan selepas idea tu timbul dalam masa yang singkat, rasenya macam idea datang sepintas lalu, so waktu tu, aku buat pilihan untuk drive ke Terengganu.

Di Terengganu, plan asalnya, aku akan mula buat kayuhan bersama-sama bicycle touring bermula di kemaman dan sehingga la ke Kuala Terengganu, akan mengikut sepanjang jalan pantai nak menghala ke Terengganu. Dengan Persiapan last minit, aku pon mula la buat route untuk perjalanan aku dan listkan gambar yang aku nak sepanjang perjalanan tu. Walaupun Perancangan last minit, semua senarai peralatan aku sediakan dengan terperinci. Dengan harapan waktu aku berkayuh di sepanjang jalan menuju ke Kuala Terengganu, aku akan dapat 1 pengalaman baru dan cerita baru, dan dengan pengalaman tu, aku dapat kongsi dengan semua orang yang sukakan misi penjelajahan macam nie, walaupun banyak ayat-ayat error kat blog nie, harap korang paham, sebab aku bukan seorang penulis blog yang terbaik dan selalunya penulisan diblog ini adalah catatan kedua dan catatan pertama aku di buku kesayangan aku, mungkin ayat-ayatnya tak sama dengan apa yang ada dalam blog nie. Diharapkan satu hari nanti akan terbit buku travelogue aku sendiri, kalau korang berminat untuk dapatkan, sila bagitau awal-awal ok.

Seperti mana yang aku pernah bagitau, aku sangat bersemangat untuk mengembara dengan basikal ini adalah sebab pengaruh yang kuat daripada bahan-bahan bacaan aku, buku yang aku beli di MPH dan Kino. Penulis-penulis buku yang berkenaan dengan Travelogue, banyak memberikan aku semangat. Plan semasa di Terengganu, kalau di lihat dalam list aku, memang best dan aku pastikan, aku akan masuk setiap lorong yang berada dikampung-kampung yang berdekatan dengan persisir pantai itu pun bergantung pada cuaca dan masa.

Antara Peneman aku dalam perjalanan tu, Ari  (Kereta kenari aku) & Ikal (bicycle touring kesayangan aku). First sekali aku nak juga kenalkan Ari & ikal nie dan apa watak diorang sebenarnya dalam hidup aku. Ari nie dah lama dengan aku dan hampir 8 tahun kitorang bersama, cuma tak tido sama jek, opss pernah gak tido sama, time aku travel nak save baget, so aku tido la dengan dia. Selama 8 tahun hidup bersama dengan ari, banyak la pengalaman, pengalaman manis dan pengalaman sedih dan kalau nak bercerita bab2 tu, memang blog nie akan jadi panjang la kan, just nak citer sebagai penghargaan jasa dia pada aku. Ari nie antara yang terpenting dalam kehidupan harian aku, sampai la sekarang, dulu waktu aku keje lama, dia la yang bawak aku pusing satu semenanjung, sampaikan meter millage melambung la. Waktu aku duit tak de, dia la jadi saksi kat tepi jalan, sebab dia pon jadi malang, sebab kalau duit tak de, mana nak isi minyak, kadang tu tersadai tepi jalan sebab habis minyak. Ari nie adalah sebagai kenangan dalam hidup aku dan diharapkan aku akan dapat jaga dia dengan baik dan aku harapkan juga, kalau ade ade anak-anak atau cucu, harap diorang jaga la, tu upon kalau tak berkarat besi dia.

5544709682_642f06afe3_z

Sessi pengenalan untuk Ikal atau nama penuhnya Basikal, ini kawan baru aku, selepas aku kenal dari beberapa buku kisah dan salah silah dia, so aku setup dia secara kecil-kecilan, tukar barang-barang untuk keselesaan dan diharapkan tak akan memberikan banyak masalah ketika dijalan. Tujuan sebenar aku beli dia, sebab aku nak menjelajah dan aku khaskan dia sebagai kuda aku dan segala baju, sleeping beg & khemah, aku dibawa sekali. Daripada sumber-sumber rujukan, maka wujud la Basikal ini dalam kisah ini. Dengan berbasikal ini, aku sanggup tido ditepi-tepi jalan, itu kalau ade kawan. Aku bukan la kaki berbasikal yang tegar dan kaki basikal yang mengilai kelajuan, apa yang aku harapan dengan berbasikal aku akan menemui cerita baru dalam penjelajahan aku di Malaysia mahupun dimana-mana

Cerita balik landasan sebenar, pukul 10 malam, 14 March 2011 aku bertolak daripada rumah Bandar Tasik Permaisuri, menuju ke Lebuhraya MRR2, menuju ke Lebuhraya pantai timur untuk ke Kuala Terengganu dengan semua kelengkapan bersama basikal yang menjadi peneman disebelah, nak gantung luar takut, sebab, kalau jatuh malam2 kat tengah jalan, bahaya jugakan. Dalam perjalanan aku menuju ke Lebuhraya pantai timur, keluar satu setan yang menghasut aku untuk ke Kelantan la pulak, so jadi masalah focus ketika memandu, satu nak ke Terengganu dan satu duk menghasut ke Kelantan dan aku buat kajian balik. Aku berenti di Petronas selepas genting sempah, kat petronas buang apa yang patut dan beli makanan ringan untuk dibawa bekalan dalam kereta dan kat petronas tu la, aku buat keputusan muktamat, aku memilih jalan nak Kelantan.

Drive ke Kelantan melalui Bentong, Raub, Kuala Lipis, Gua Musang, Kuala Krai, Machang dan Sampai la ke Kota Bharu, ini adalah kali ke 2 aku ikut jalan tu, Kali pertama adalah waktu siang tapi kali ini drive malam, rasa risau tu memang ada la, sebab dah masuk pukul 11 malam, drive pulak sorang-sorang kat dalam kereta, sebelum drive tu, aku call terlebih dahulu kawan-kawan yang ada dikelantan, just Tanya pendapat, sesuai dan bahaya tak jalan tu kalau malam. Atas cadangan kawan saya iaitu Pok Cik, aku pun ikut la jalan tu ke Kelantan. Perasaan takut tu memang ada la, sebab pikir kalau minyak habis tengah-tengah hutan ke, dah la meter mati, so agak susah nak bajet, kalau takat kl, memang aku boleh bajet berapa kilometer yang selalunya minyak perlu di isikan, buatnya mati, masak aku kat tengah-tengah hutan tu. Dengan Jiwa kental aku nie, aku beranikan diri untuk drive sorang-sorang dengan harapan jangan nak ada superman kat sebelah aku tengah terbang. Dengan kelajuan 80KM sejam, aku menyusuri jalan yang boleh dikatakan gelap, dengan satu siaran radio pon tak dapat, so aku terpaksa menyanyi sorang-sorang dalam kereta bagi nak menghilangan ngantuk, aku pandang kiri gelap, aku pandang kanan gelap, aku pandang belakang sebab nak make sure ade orang tumpang hehe. Dari arah bertentangan, boleh disaksikan lagak ngeri driver F1 yang membawa Bas yang laju, terasa meremang bulu leher aku nie.

Pukul 2.00 pagi aku sampai di stesen minyak shell Sungai Temau sebelum merapoh. Bila tengok sigboard merapoh, teringat tragedi kemalangan ngeri beberapa tahun lepas yang mengorbankan banyak nyawa penumpang bas, terasa insaf sekejap dan tak lupa terasa takut. Berenti di Shell untuk menambah minyak, kasi penuh supaya tak risau dengan masalah minyak habis kat jalan dan rehat dalam 30 minit, sambil menguyah jeruk mempelam sehingga habis. Jarak perjalanan dari Sungai Temau ke Gua Musang adalah 93KM dan mengambil masa 1 jam 36 minit. Dengan keadaan kabus tebal dan jalan yang kurang baik, so jadinya agak mengambil masa yang lama untuk sampai ke Gua Musang.

Finally aku sampai di Negeri Kelantan Darul Naim, Negeri yang dikenali sebagai negeri Cik Siti Wan Kembang. Sampai di Gua musang, aku boleh tersalah jalan, tersalah simpang, so kena berpatah balik menuju simpang ke Kuala Krai. Tanpa berenti dimana-mana perhentian rehat di Gua Musang, aku meneruskan perjalanan ke Kuala Krai, dalam hati, lama lagi perjalanan nak sampai ke Kota Bharu. Sepanjang Perjalanan dari Gua Musang ke Kuala Krai, kabus tebal menyelumbungi Jalan, membuatkan pandangan aku agak terbatas sikit dan aku pastikan tingkap ditutup dengan rapat. Rasa nak berhenti tapi memandangan aku kena sampai di Kelantan sebelum pukul 8 pagi. Aku sampai di Kuala krai dan seterusnya menyambung perjalanan terus ke Kota Bharu.

Alhamdulillah Sampai jugak dan selamat juga aku sampai ke Kota Bharu pada pukul 8.00 pagi. Rehat Sebentar di Hadapan parking bersebelahan dengan Hotel Ridel, rehat untuk beberapa jam, sebelum menunggu rakan-rakan bangun sambil melayan uncle-uncle yang melayan taici di sebelah muzium sejarah. Destinasi seterusnya adalah ke Jalan Long yunus, dimana hostel sementara yang aku akan menginap (gegey studio) milik Joe yang dijaga oleh Pok cik Azmie Sulaiman. Di Gegeystudio la tempat aku beristirehat sebelum menyambung penjelajahan.

Destinasi seterusnya adalah Pantai Mek Mas, Kota Bharu, aku akan buat kayuhan pertama, sejauh 30KM daripada Bandar kota Bharu, nak tau apa yang ade di Pantai Mek mas, So tunggu sambungan cerita ini Esok dengan gambar sepanjang perjalanan . Apapun Selamat membaca

Pada Anda, Saya memerlukan Pandangan ataupun cadangan anda bagi menampakkan travelogue ini lebih menarik, Jika anda mempunyai sebarang pandangan sila tinggalkan komen anda dibawah

UDE_7440g4

selain daripada menjelajah, saya juga adalah seorang jurugambar perkahwinan. Bagi yang ingin melihat hasil kerja saya yang terkini anda boleh layari di http://blog.udeyismail.net dan bookmark jika perlu

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

<b>Kelantan</b> nak brankrup, Nik Aziz export BUDU ke China?

Posted: 15 Jul 2011 01:09 AM PDT

[DARI MEJA IBM ] :

ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Berita yang mengembirakan bagi rakyat negeri Kelantan. Bertuah kamu semua mendapat seorang Menteri Besar seperti Tok Guru Nik Aziz. Visinya jauh. Nun jauh ke Tembok Besar Negeri China.

Menurut beliau, akan memperkenalkan BUDU makan tradisional orang-orang negeri Kelantan sampai ke Tembok Besar China. Baguslah tu. Tahniah kepada Tok Guru. Memang elok dan tepat masanya beliau berbuat sedemikian kerana selama 21 lebih beliau menerajui negeri Kelantan, alangkah sedihnya, tiada apa yang dapat dibanggakan.

Kelantan masih ditakuk lama, mundur dan antara negeri yang termiskin di Semenanjung Malaysia. Elok benarlah tu bila Nik Aziz mengambil langkah untuk memperkenalkan produk makanan unik seperti BUDU ke negara seperti China.

Harap Nik Aziz akan berjaya dan dapat menaikkan ekonomi negeri Kelantan demi penyokongnya yang fanatik dengannya.

Budu, sudah sedia untuk dijamah. Ehmm, enaknya sehingga menjilat jari.

SATU HARI NANTI BUDU BERADA DITEMBOK BESAR CHINA : NIK AZIZ

[KOTA BHARU, 15 Julai: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Festival Makanan Antarabangsa Cheng Ho Kelantan 2011 (KELCHEFF) yang berlangsung di negeri ini akan menjadi platform sebagai merintis pasaran baru produk makanan di negara ini khususnya Kelantan di China.

Beliau berkata Kelantan yang mempunyai pelbagai produk makanan unik dan menarik yang memiliki potensi tersendiri untuk dipasarkan ke peringkat antarabangsa khususnya negara berkenaan.

Menurutnya, budu yang menjadi trade mark pada negeri ini tidak mustahil suatu hari nanti akan dipasarkan di luar negara.

"Kalau boleh kita mahu satu hari nanti budu berada di Tembok Besar China," ujarnya ketika berucap merasmikan Ekspo Cheng Ho di sini petang semalam.

Festival makanan itu berlangsung selama 10 hari bermula semalam bersebelahan Bazar Tok Guru dengan menempatkan 260 gerai termasuk dari Pulau Pinang, Kedah, China, Kemboja.

Beliau seterusnya berharap selain produk makanan negara China diperkenalkan di negeri Kelantan, produk masakan tempatan juga diberikan peluang untuk diperkenalkan ke negara itu.

Antara persembahan menarik ialah pertunjukan mi tarik yang dipersembahkan seorang chef dari Xinjiang, China, Abdullah Ma Yan Lu.

Sementara itu, Pengerusi Induk KelCheff, Datuk Husam Musa, berkata orang ramai berpeluang membeli belah disitu menggunakan dinar dan dirham.

Menurutnya, dirham mencapai pencapaian tertinggi kenaikannya sejak ianya dilancarkan tahun lalu dengan jumlah RM731 untuk satu dinar, walaupun minggu lalu terdapat sedikit penurunan.]

DULU ADA JUGA CUBA-CUBA MAKAN BUDU NI, TAPI TAK BEBERAPA BERKENAN KERANA BAUNYA - IBM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads