Sabtu, 16 Julai 2011

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Negara Kebajikan Atas Kertas, Buatnya Tidak <b>di Kelantan</b> « Terompah <b>...</b>

Posted: 20 Jun 2011 11:29 AM PDT

Datuk Seri Mustapa Mohamed menyifatkan Pas hanya mampu melaungkan pelbagai slogan untuk kebajikan bagi melunakkan telinga rakyat tetapi hakikatnya rakyat sedar segala pelaksanaan tidak dapat dipratikkan secara holistik untuk rakyat.

Beliau berkata perkara itu sama juga dengan Konsep negara kebajikan yang diuar-uarkan oleh PAS hanya retorik dan tidak dipraktikkan di negeri Kelantan di mana parti itu memerintah.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata ini jelas dengan tindakan mengenakan bayaran sewa tapak di semua stesen teksi di negeri ini.

"Kalau sudah katakan ia negeri berkebajikan kenapa masih lagi mengenakan sewa tapak teksi itu lagi. Kalau boleh, hapuskanlah dan ini boleh meringankan beban pemandu teksi di Kelantan," kata Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan pakaian seragam kepada pemandu kereta teksi di Kelantan di sini, hari ini.

Sebanyak 1,600 pemandu teksi seluruh Kelantan menerima pakaian seragam yang disumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui Setiausaha Politiknya Datuk Mohd Fatmi Che Salleh.

Mustapa berkata "memandangkan sewa tapak yang tidak seberapa ini pun tidak boleh dihapuskan, apakah maknanya negara berkebajikan yang diuar-uarkan PAS ini."

Tambahnya,  pemandu teksi bukannya hidup senang, dan oleh itu, jika Barisan Nasional memerintah Kelantan,

"semua sewa tapak ini akan dihapuskan sama sekali."

Beliau berkata pihaknya juga akan mengadakan beberapa dialog dengan pemandu teksi di negeri ini dari semasa ke semasa bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

5.958700 102.146872

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads