Jumaat, 19 Ogos 2011

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


al-brangi Online: Kenapa orang nombor satu umno sedih sangat

Posted: 15 Aug 2011 07:00 AM PDT


Sudah jadi satu trend pak cik-pak cik dan mak cik umno menggunakan sukan yang paling popular di Malaysia iaitu bolasepak dan badminton untuk memenangi hati orang muda.

Annuar Musa ambik kesempatan ketika Kelantan jadi juara Piala Malaysia mengarakkan piala tersebut di pilihanraya kecil Galas.

Mad Said pun sama jugak gunakan Piala FA yang dimenangi Terengganu......tapi terurang cerdik kerana umum cuti lewat sedangkan TG Nik Aziz telam umumkan cuti untuk rakyat Kelantan keesokkannya walaupun Kelantan kalah kerana tak nak menyusahkan rakyatnya yang turun ke Kuala Lumpur untuk beri sokongan kepada Kelantan.

Lepas tu Pak Cik nombor satu umno seru seluruh rakyat Malaysia beri sokongan tidak beebelah bahagi ketika Malaysia berentap dengan Singapura dalam kelayakan bolasepak pra piala dunia. "Nasib baik" Malaysia kalah secara agregat......kalau tidak riuh satu Malaysia pak cik tu dapat nama sedangkan kalau pak cik tu tak suruh sokong pun, rakyat Malaysia tetap beri sokongan 110%.

Sebelum Chong Wei bertemu Lin Dan dalam final kejohanan dunia badminton malam tadi.....pak cik nombor satu dan 2 umno seru supaya rakyat beri sokongan. Tak payah cakaplah, mesti sokong Chong Wei punyer tapi bila tiba solat Isyak dan tarawih Chong Wei terpaksa di'tinggal'kan.....tup tup dengar berita pakcik nombor satu umno sedih kerana Chong Wei kalah. Kalaulah Chong Wei menang rating Pak Cik tu mesti naik mencanak.....sudah tentu segala macam 'runtuh'.....'durian runtuh'.....'gunung runtuh' akan di istiharkan.....sama juga seperti bonus untuk penjawat awam baru-baru ini manakala rakyat terbanyak melopong menggigit jari.

Setiap atlet memang selayaknya mendapat imbuhan yang setimpal dengan keringat yang terpercik dari badan hasil tulang empat kerat mereka.....tapi dalam masa yang sama rakyat terbanyak perlu juga diambil kira kerana mereka juga turut berkorban mambanting tulang empat kerat untuk menambah hasil mahsul negara.

al-brangionline:

umno hanya pedulikan mereka yang hanya membantu mereka seperti kata pepatah China.....u help me...I help u.....kah kah kah kah.....

p/s Hard luck Chong Wei......London Olmpics masih ada

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads