Sabtu, 13 Ogos 2011

03 di kelaboran - Google Blog Search

03 di kelaboran - Google Blog Search


PERANG-PAHLAWAN ERA REVOLUSI ANCAM NEPOTISME GANG: KUTIP HUTANG <b>...</b>

Posted: 11 Aug 2011 12:20 PM PDT

REVOLUSI

Tagih hutang, maut dilibas


PASIR PUTEH 10 Ogos – Tindakan seorang peniaga ikan di Bachok menuntut hutang lapuk daripada jirannya, membawa padah apabila dia maut selepas dilibas dengan gergaji besi pemotong ais di kepala oleh lelaki berkenaan semalam.
Kejadian berlaku di sebuah pangkalan pendaratan ikan di Tok Bali dekat sini apabila mangsa, Che Hassan Che Omar, 51, dari Kampung Kuala Besut, Terengganu dan menetap bersama isteri keduanya di Kampung Limau Manis, Telong, Bachok cuba menuntut hutang itu daripada jirannya berusia 49 tahun.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, bagaimanapun tindakan mangsa itu menimbulkan kemarahan jirannya sehingga berlaku pertengkaran antara mereka.
"Suspek yang gagal mengawal kemarahannya dikatakan mencapai senjata tajam dipercayai gergaji besi sebelum melibas kepala suspek," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Jalaluddin berkata, sebaik sahaja melihat mangsa rebah, suspek cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap oleh penduduk kampung.
Beliau berkata, mangsa yang parah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Cherang Ruku, Pasir Puteh namun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 4.30 petang.
Berikutan itu, katanya, suspek ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut kes tersebut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, adik mangsa, Che Omar Che Nor, 46, ketika ditemui di bilik mayat Hospital Tengku Anis memberitahu, abangnya telah menjalankan perniagaan ikan di pangkalan itu selama 15 tahun.
"Kami sekeluarga terkejut apabila dimaklumkan mengenai kematian abang dengan cara begini kerana setahu saya, dia selama ini tidak pernah bermusuh dengan sesiapa," katanya.
Menurutnya, jenazah Allahyarham dituntut oleh keluarga isteri pertamanya pagi ini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Besut, Terengganu.

Pemuda ditahan disyaki miliki pil kuda RM280,000


PASIR PUTEH 10 Ogos - Taktik seorang lelaki untuk menyeludup sejumlah pil kuda bernilai RM280,000 menggunakan bas ekspres gagal apabila dia ditahan dalam sekatan jalan raya oleh Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) di Bukit Yong, di sini malam tadi.
Dalam Ops Letup bermula pukul 8.30 malam hingga pukul 2 pagi itu, dadah itu ditemui disimpan di dalam sebuah beg pakaian di atas ruang penyimpanan barang di tempat duduk penumpang.
Komander UPP Negeri, Mazlan Che Hamid berkata, berikutan itu, pihaknya menahan seorang penumpang berusia 32 tahun bagi membantu siasatan.
"Lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut apabila kita mendapati beg berkenaan memiliki pengecas telefon sepadan dengan telefon bimbit dimilikinya.
"Selain itu, nama pada buku akaun bank yang terdapat di dalam beg berkenaan bersamaan dengan nama di kad pengenalan suspek," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Operasi bagi mengekang kegiatan penyeludupan sempena musim perayaan itu membabitkan seorang pegawai dan 16 anggota UPP.
Mazlan berkata, ketika diperiksa, bas ekspres terbabit dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuantan, Pahang.
Kata beliau, pihaknya percaya, pil kuda itu diperolehi dari negara jiran untuk dipasarkan dengan harga lebih tinggi di negeri yang menjadi destinasi suspek.
Tambah beliau, dalam sekatan itu, UPP turut merampas mercun dan bunga api serta pakaian berjenama tiruan bernilai RM21,000.
"UPP akan terus membuat sekatan jalan raya bagi membanteras kes-kes penyeludupan seperti itu yang dijangka meningkat menjelang Hari Raya Aidilfitri ini," katanya.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

PERANG-PAHLAWAN ERA REVOLUSI ANCAM NEPOTISME GANG: MURTAD - BARACK <b>...</b>

Posted: 11 Aug 2011 04:38 PM PDT

REVOLUSI

OBAMA ANJUR MAJLIS BERBUKA PUASA


BARACK OBAMA memberi ucapan kepada komuniti Islam di White House, Washington kelmarin.



WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Presiden AS, Barack Obama mengadakan majlis berbuka puasa di White House kelmarin.
Beliau menggunakan majlis itu untuk mengucapkan terima kasih kepada penduduk Islam yang berkhidmat untuk AS.
Obama juga menyatakan dalam majlis itu bahawa terdapat rakyat AS yang beragama Islam mati dalam serangan pengganas pada 11 September 2001 di negara ini.
Beliau memberitahu bahawa penduduk Islam di AS turut memberikan reaksi terhadap serangan pengganas yang berlaku di New York dan Washington.
Menurutnya, penduduk Islam di AS turut berkhidmat dalam tentera negara ini.
"Dalam tempoh sebulan, kita akan meraikan ulang tahun ke-10 serangan yang dahsyat yang membawa kesakitan yang amat sangat ke dalam hati kita," kata Obama kepada komuniti masyarakat Islam di White House.
Obama menganjurkan majlis berbuka puasa untuk komuniti masyarakat Islam pada setiap tahun sama seperti yang dilakukan oleh George W. Bush semasa beliau berkuasa.

AMBO ULAS SIKIT YA

Sungguh menakjubkan,Penghormatan yang diberikan oleh pemimpin No 1 Dunia.Bukan No1 Malaysia ya.Walau berlainan agama tetapi menghormati diantara satu sama lain sebagai seorang insan adalah tangunggjawab semua manusia.

Tiada bezanya kita semua kerana kita adalah insan,jangan kerana kemelayuan yg politik lebih sudu dari kuah dipraktiskan sehingga menghancurkan nilai-nilai kemanusiaan.Tapi nasib baik JAIS tak tahu,kalau tak habislah Obama.

Jika ini yang dilakukan Obama tidakkah kita berasa malu yang kononnya kita menganut agama Islam yang suci dan benar tetapi menafikan hak agama lain?Sedangkan Pemimpin paling berkuasa dunia pun menghormati golongan minoriti Islam ini.

Khabarnya hari ini akan berlakunya demontrasi anti MURTAD di Shah Alam yang berdalangkan UMNo.Entahlah berapa ramai FRU yg akan turun.Walauapapun ia adalah bermotifkan politik bagi UMNO merampas semula kuasa di Selangor.Bukan untuk agama sebenarnya,Percayalah,Umno akan serang dengan pelbagai Isu di negeri Selangor sebelum menjelang PRU13 nanti.Hampir beberapa hari ambo meneliti fakta sebenar setiap isu maka terimpullah satu kesimpulan yang mana ini semua adalah kerja UMNO bagi menawan Selangor.

Apakah Umno yang berkuasa,usahlah kita bimbang walau sedikit sekalipun,Ambo yakin Allah akan perlihatkan kebenaran kepada kita semua.Ambo dapat rasakan semakin hampir kita semua dengan kebenaran.Walau hebat manapun kuasa manusia tapi ia tak akan dapat mengubah kehendak Allah.Sama-samalah kita tunggu.

Islam semakin rosak dan punah ranah dek kerana politik Umno,Orang-orang agama dibeli oleh Umno sehingga Al-Quran dan Hadis dibelakangkan dan dihalalkan apa yang diharamkan.Secara adatnya kata Islam dan kita sangat mengetahui hukum hakamnya apakah Allah taala redha dengan kepimpinan Najib?Bukan ambo hendak menghukum barang yang ghaib,Tapi jika mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku dan mengikut garis2 hukum maka jelaslah untuk kita fikirkan.

Lihatlah duit syiling baru pun dibintang Israelkannya,Apa yang kebetullanya kalau penasihatpun Apco Yahudi.Mampuslah kali ni,sikit lagi perbaharui bendera pula,macam-macamlah alasannya.Semua dimodelkan oleh yahudi.Dah tu mestilah kena ikut,kalau tak,buat apa bayar mahal-mahal penasihat Yahudi Apco tu.Nasiblah Melayu,Kau pilih sangat kau rasalah didunia dan di akhirat.

Kejahilan semakin memuncak.Apakah kita sebagai seorang suami tidak ada kuasa keatas isteri kita,Apakah kita boleh jawab kita tidak mampu untuk mengawal isteri kita.Bagaimana pula dengan istilah dayus dan hukumnya lelaki dayus.Bila kita melihat isteri kita berkelakuan kearah maksiat adakah wajar kita berdiam diri,Lupakah kita dengan Firman Allah "Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka".Apa mufti pun tak reti.Jika memimpin seorang isteri pun tidak layak,bagaimana hendak memimpin 28juta rakyat.

Pendapat ambo sangat mudah,tetapi diatas perkara yang sangat payah.Kita sebagai orang Islam janganlah mengambil mudah dengan HUKUM ALLAH.Aurat dan hukum tudung kepala bagi wanita adalah satu hukum yang sahih tanpa qias melainkan mereka yang telah monopaus.Memakai tudung adalah wajib bagi orang Islam,Tiada pun hukum mengatakan tidak wajib pakai kalau tak bersedia lagi,atau tak nak pakai kerana tidak mahu dilabel sebagai hipokrit.

Bila bercakap pasal tudung,Ramai yang bangang mengatakan tidak semestinya pakai tudung tu baik,Kalau pakai tudung tapi perangai lebih dasyat dari yang tak pakai tudung nak buat apa,baik tak payah pakai,Nanti dalam kubur cakap macam tu lah ya bila malaikat tanya.Soal buruk dan baik itu bab lain,Apakah kita ingin label sebagai jahat kalau yang tak pakai tudung dan yang pakai tudung saja baik.Sepatutnya jangan dinilai buruk dan baiknya tapi nilailah pada hukum ketaatan kepada Allah.

Jawapan beginilah yang ramai murtad dalam tak sedar,sebagai contoh,Nak Islam buat apa sebab tak ikut hukum Islam,lagipun yang bukan Islam lagi baik pada Islam,Orang bukan Islam bantu kita,Tapi yang Islam mengzalimi kita.Jika begitu adakah anda akan keluar dari Islam/MURTAD.Fahami betul2 maksud ambo itu.Disebabkan orang Islam segelintir daripadanya buruk perangainya maka kita nak keluar/taknak Islam masuk agama yang kononya baik.Adakah begitu.?

Hukum menutup kepala ni adalah satu hukum yang JELAS,ambo ulangi HUKUM YANG JELAS.Takkanlah takder seorang pun Mufti yang nak tegur dan jelaskan hal ini.Ambo tidak ingin menuduh tapi kalau tudung kepala pun tak nak macammana dengan hukum yang lain.Apa hukumnya tidak tutup aurat?Dosa besar atau dosa kecil?Macam mana cakap nak pertahankan Islam,Kalau pemimpin sendiri tak ikut Islam.

Macam mana nak bagi Juak Umno yang tegar ni nampak ya tentang hukum ini.Tak tudung kepala ni kena bakar dengan api neraka sehingga otaknya mendidih.Jangan anggap ini remeh disebabkan dosa yang kita buat tu lebih besar lagi.Sepatutnya kita jangan biasakan dengan dosa,Lepastu apa pula hukum Mufti yang menengok aurat ini.

Ambo tegur tu sebab nya isteri seorang Pemimpin yang kononnya Islam dan nak pertahankan Islam,Kalau tak,sendiri mau ingatlah.Hukum yang begini jelas pun ditolaknya tapi ada lagi yang cakap Islam.Alasannya sangat bodoh.Yang pakai tudung tak semestinya baik.So tak payahlah pakai tudung.Yang beragama Islam tak semestinya baik,So tak payahlah Islam..Murtad sajalah.Hebat2...

Dalam Umno ulamak takder sempatnya nak bincang masalah umat,Yang dibincangnya adalah,Kereta baru,rumah baru,melancong,pangkat,wang semuanya yang besar-besar.Ambo bukan cakap saja,ambo ada bukti yang sangat boleh dipercayai.Kalau Umno nak Islam,lama dah negara kita ni aman.Ikut perlembagaan Islam yang sebenarnya,bukan Islam Hadhari.

Ambo rasa ada baiknya penyokong Umno dan Mufti Umno fikir balik akan Islamnya pemimpin mereka.Bersama membawa perubahan Ummah menerusi tauladan.Bukannya menghancurkan menerusi Yahudi Apco.Yahudi takkan jadi baiknya.Nasiblah labu....

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads