Khamis, 4 Ogos 2011

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Imej Berkebajikan Pas <b>Di Kota Bharu</b> | Khabar Kota Bharu

Posted: 15 Jul 2011 08:39 AM PDT

Oleh Ali Salleh

KOTA BHARU – Nik Khairul Zaman Zahari, 16, menjadi imej sebenar konsep negara berkebajikan kepimpinan Pas Kelantan kerana kesusahan hidup keluarganya terbiar di tengah pembangunan bandar Kota Bharu.

Malahan kesusahan dan keperitan hidup yang dialami menyebabkan Nik Khairul terpaksa melupakan hasrat untuk turut bersama rakan-rakanya seusianya menuntut ilmu kerana mencari rezeki halal membantu keluarganya.

Nasib baiklah agensi kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) menghulurkan bantuan kepada keluarga Nik Khairul melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat berjumlah RM500 seberbanding tiada bantuan diterima kerajaan Pas Kelantan.

Nik Khairul menghabiskan masa selama lima jam setiap hari untuk mengutip kertas dan botol-botol di sekitar bandar, Kota Bharu mulai pukul 2 petang.

Hasil kerja mencari bahan-bahan terbuang, dia memperolehi RM15 sehari dan pendapatan tersebut diberikan kepada keluarga untuk perbelanjaan harian.

Dia yang tinggal bersama ibu bapanya serta dua lagi adiknya menggunakan basikal roda tiga yang diubahusai sendiri untuk menjalankan tugasnya mencari kotak dan botol-botol kosong di sekitar kawasan bandar ini.

Bapanya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap hanya memperoleh pendapatan sekitar RM400 untuk menanggung seisi keluarga manakala ibunya Nik Suriani Deris, 37 tidak bekerja dan terpaksa adik-adiknya yang salah seorang darinya mengalami penyakit sawan.

. "Saya terpaksa berhenti sekolah kerana kemiskinan keluarga. Sebagai anak sulung saya berusaha membantu keluarga saya mencari rezeki hahal dengan mengutip kertas dan barangan terbuang.

"Duit hasil jualan kotak dan barangan terbuang itu akan saya berikan kepada ibu saya untuk membeli beras dan makanan keperluan harian bagi kami sekeluarga," katanya ketika ditemui dirumahnya di Kampung Cina, dekat sini semalam.

Tambahnya, dia tidak lagi bersemangat untuk bersekolah kerana tekanan hidup termasuk gagal menjelaskan yuran peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Sementara itu, ibunya Nik Surina Deris mengakui masalah tekanan hidup menyebabkan anak sulungnya itu terpkasa berhenti sekolah dan pendapatan yang diperoleh anaknya hasil jualan kotak dan barangan plastik sedikit sebanyak membantu keluarga.

"Saya tak tahu nak cakap apa lagi, dia dah tak nak ke sekolah. Lagiupun yuran peperiksaan PMR pun tidak bayar lagi. Jadi slip keputusan peperiksaan tak dapat nak ambil," ujarnya.

Sudah tiba masanya ada pihak datang membantu keluarga malang ini yang sudah bertahun-tahun hidup tanpa sebarang pembelaan daripada kerajaan Pas berkebajikan.

–KHABAR KB

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads