Isnin, 1 Ogos 2011

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


"Himpunan Megang Puasa" Bersama Anak Kelantan <b>Di</b> - MSO.

Posted: 30 Jul 2011 08:23 AM PDT

"Himpunan Megang Puasa"
Bersama Anak Kelantan Di Perantauan

HIMPUNAN anak-anak Kelantan diperantauan yang berlangsung sehari suntuk di stadium Petaling Jaya di Kelana Jaya hari ini memberi erti dan makna tersendiri. Himpunan itu menyerlahkan tradisi dan budaya serta jalinan silaturahim sesama anak Kelantan yang diamalkan oleh datuk nenek mereka dulu masih berterusan dan kekal hingga kini.

Menjadi lumrah, tidak kira di mana anak Kelantan merantau baik untuk berdakwah, berjuang dan mencari rezeki, mereka masih mengekalkan tradisi unit hidup sebagai sebuah keluarga. Semangat gotong royong dan suka merai sesama sendiri masih utuh. Lantaran itu jika orang Kelantan bertemu sesamanya mereka akan pantas bertanya khabar dan latar belakang masing-masing atau pun mengunsur galurkan keturunan.

Walaupun tujuan himpunan itu adalah untuk mengeratkan di antara kerajaan negeri (Pas) Kelantan dengan rakyatnya di luar tidak berapa (jika dilihat dari sudut kehadiran yang disebabkan beberapa faktor), namun secara umumnya himpunan berkenaan tetap memberi kesan kegembiraan dan semangat.

Mereka yang datang untuk berhimpun menanda semangat dan sokongan mereka kepada kerajaan Kelantan yang dibawah pimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kemeriahan sambutan pada segala aktiviti dalam himpunan itu menyerlahkan bahawa rakyat Kelantan tidak mudah dipecahkan dan mereka padu mempertahnkan tradisi.

Pertemuan atau himpunan semalam lebih tepat kalau dikatakan himpunan hujung minggu tanpa motif politik yang jelas. Ia lebih kepada satu usaha kerajaan Kelantan untuk mempedulikan rakyat Kelantan yang berada di luar. Selain itu juga kerana esok umat Islam akan menjalani ibadah puasa, himpunan semalam boleh sifatkan sebagai himpunan "Megang Puasa". Mungkin ia boleh difikirkan untuk dijadikan himpunan tahunan.

Menjadi tradisi di Kelantan bila menjelang tiba Ramadhan orang ramai akan membuat berbagai persiapan untuk menyambut kedatangan bulan puasa. Persiapan itu adalah sebagai menandakan kegembiraan dengan kedatangan Ramdhan al Mubarak. Antara pesiapan itu ialah mengadakan kenduri kendara. Selalunya orang kampung mengambil inisitif membuat apa-apa sahaja kueh mueh dan mereka akan membawa ke surau untuk dinikmati beramai-ramai selepas sembahyang Maghrib dan Isyak.

Meskipun ia kurang mendapat sambutan tetapi himpunan tadi tetap meriah dan 'belingas'. Paling jelas sekali ialah apabila wujud suasana klasik seperti berlaku di Kelantan di mana pengisian majlis itu masih mengekalkan ala-ala Kelantan. Hidangan nasi gulai kawah, persembahan dikirt barat adalah dua tradisi yang masih wujud di Kelantan. Paling menyeronok dan menyentuh perasaan 'KeKelantanan' ialah apabila melihat para hadiri makan nasi gulai kawah berselerak atau membuat hidangan kecil di atas rumput. Sambil makan mereka berbual sesama sendiri bertanya khabar dan mengajak untuk datang ke rumah masing-masing.

Kejayaan mewujudkan suasana ini di tengah bandaraya atau ibu negara menjelaskan orang Kelantan tidak kekok dan segan membawa gaya dan stail kehidupan mereka. Sambil makan dihidang dengan persembahan dikit barat oleh dua pendikir Kelantan yang tersohor Abdul Halim Yazid dan Zain Indoro.

Dua acara lain yang turut dipersembahkan atau diselit ialah persembahan bola sepak - oleh para bintang lagenda bola sepak Kelantan tahun 70-an dan 80-an. Kejayaan membawa dan menghimpun bintang langenda bola sepak Kelantan ini juga menandakan kepedulian kerajaan Kelantan kepada pemain para bekas pemain bola sepak Kelantan yang pernah berbakti kepada negeri Cik Siti Wang Kembang. Satu lagi majlis ialah wacana mengenai kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz berbanding dengan kepimpinan lain.

Seperti mana dikatakan tadi himpunan itu tidak mencapai sasaran dan kurang mendapat sambutan. Ini berlaku bukan kerana rakyat Kelantan yang berada di perantauan sudah meninggalkan tradisi dan melupai hubungan sesama Kelantanis, tetapi kelemahan pihak yang mengelola himpunan berkenaan sangat ketara.

Saya melihat kurang ada kerjasama mantap dengan beberapa organ yang dilihat boleh membantu menjayakan himpunan berkenaan. Sikap 'chas mengechas kenting' ada juga berlaku dalam hal ini. Menurut salah seorang pimpinan Ngo yang bertanggungjawab menguruskan sebahagian himpunan itu, katanya ada SMS yang memsebotaj himpunan berkenaan.

Kalau benar dakwaan itu ia sangat dikesali. Perkara ini sepatunya tidak berlaku. Semua badan dan Ngo serta orang perseorangan sepatutnya perlu memberi sokongan dan komitmen mengikut kemampuan masing-masing. Himpunan itu bukan untuk menunjukkan siapa yang hebat dan siapa yang lemah, tetapi satu himpunan anak beranak untuk mempedulikan nasib negeri sendiri. Lain kali hendaknya pertelingkahan atau 'mmasam' muka sesama sendiri terutama di kalangan organ atau badan yang diharap menyakan himpunan seperti itu tidak berlaku lagi.

Kesediaan pemimpin untuk bersama dalam himpunan hari ini boleh dipuji. Walaupun setengahnya bertindih dengan program lain tetapi tetap datang. Nampaknya semua barisan kepimpinan politik Kelantan hadir, termasuk juga wakil-wakil rakyat bersama isteri masing-masing. Dari Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat, timbalannya Ahmaf Yaacob sampailah kepada para Exco semuanya hadir, kecuali Annuar Tan Abdullah. Hanya seorang saja wakil rakyat yang tidak terlintas di depan mata iaitu Abdul Fatah Haron, Adun Bukit Tuku.

Nasharudin Daud (Meranti) dan Abdul Latif Abdul Rahman (Mengkebang) juga tidak terlintas tetapi khabarnya mereka di Rom?

Seorang dari empat orang wakil rakyat PKR juga kelihatan hadir untuk berintraksi bersama rakyat Kelantan. Kehadiran Abdul Aziz Kadir (Parlimen Ketereh) mungkin sebagai mewakili Saifuddin Nasution Ismail (Machang), Amran (Tanah Merah) dan Tuan Zambir (Guchil). Dua orang wakil rakyat bukan anak Kelantan yang bertanding di Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan Nasharudin Mat Isa (Bachok) juga tidak hadir. Bagaimana pun Sallahuddin Ayub (Kubang Kerian) yang bertindih dengan beberapa program lain sempat juga menghadirkan diri.

Lebih bersemangat lagi yang datang ke himpunan berkenaan juga termasuk beberapa pegawai tinggi kerajaan yang bersara, para ahli akademik termasuk beberapa orang profesor termasuk bekas calon BN untuk Parlimen Kuala Krai, Prof Che Musa. Jadi kesimpulannya himpunan semalam bukan himpunan marhain politik tetapi himpunan rakyat Kelantan yang mencintai tradisi dan budaya mereka dan tentunya mereka yang yakin dengan kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sekalung tahniah dan syabas kepada dua anggota Exco yang saya nampak memainkan peranan penting dalam menjayakan himpunan berkenaan, Dr Mohd Fadzi Hassan dan Abdul Fatah Mahmod serta Setiausaha Badan Perhubungan Pas Zulkefli Mamat dan juga Wan Abdul Rahim Wan Abdullah selaku pengarah program berkenaan yang dibantu oleh orang baru Pas Soberi Shafii. [wm.kl.12:30 am 30/07/11]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads