Selasa, 23 Ogos 2011

03 di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search


IBRAHIM ALI AKAN BERTANDING ATAS TIKET &#39;KITA&#39; <b>DI PASIR MAS</b> <b>...</b>

Posted: 21 Aug 2011 05:47 PM PDT


Pertembungan tiga penjuru kali ini dilihat semakin sengit yang bakal mempertaruhkan tiga calon dari UMNO, PAS dan KITA. Wakil yang bakal diletakkan oleh Zaid Ibrahim adalah terdiri dari orang lama seperti Ibrahim Ali yang masih lagi terkial-kial mahu bertanding atau memberi laluan kepada muka baru sahaja. Apatah lagi Ibrahim kini yang sudah lama terbuang dan ingin menerpa ke dalam UMNO dengan tidak tentu kalu masih menjadi kebencian dan trauma dalam kalangan UMNO untuk menerima Ibrahim kembali, terutama bila mengenang perbuatan Ibrahim dulu terhadap parti itu.

Namun ura-ura parti mana atau platform mana yang bakal menjadi persinggahan Ibrahim semakin jelas terjawab, apabila Zaid juga cuba untuk mendapatkan Ibrahim sebagai 'orang lama' dan berpengaruh di Pasir Mas. Walau usaha ini masih tidak disahkan tapi itulah hakikatnya, Ibrahim sanggup melakukan apa saja asal dapat bertanding. Malah dia yakin masih dapat mengekalkan momentum kemenangan pada pilihan raya akan datang.

Namun mengikut jangkaan, Ibrahim Ali akan terus bertanding demi mencapai cita-citanya iaitu menjadi Perdana Menteri Malaysia.

KITA LETAK CALON DI SELANGOR & KELANTAN

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) bercadang meletakkan calon di Selangor dan Kelantan pada pilihan raya umum akan datang, kata Presidennya Datuk Zaid Ibrahim (gambar).Bagaimanapun, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata beliau tidak dapat menentukan jumlah calon dan kerusi yang akan ditandingi di kedua-dua negeri itu.

"Setakat ini, kita hanya mengenal pasti dua negeri iaitu Selangor dan Kelantan untuk diletakkan calon KITA dalam pilihan raya kali ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan hari raya kepada orang kurang upaya di sini, Ahad.

Bekas Anggota Parlimen Kota Baharu itu berkata beliau sendiri belum dapat menentukan sama ada akan bertanding di kawasan Parlimen itu atau di luar Kelantan.

Menyentuh cadangan penubuhan Jawatankuasa Terpilih Parlimen untuk menambah baik sistem pilihan raya di negara ini, Zaid berkata semua pihak harus memanfaatkan penubuhan badan itu dan tidak mengambil kesempatan untuk kepentingan mana-mana pihak.

Pembangkang juga tidak harus membuat tuntutan tidak munasabah dalam mengutarakan perasaan tidak puas hati dengan perjalanan proses pilihan raya di negara ini, sehingga tidak ada jalan penyelesaian, katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads