Isnin, 22 Ogos 2011

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


1 MALAYSIA: Lagi ahli PAS <b>di Pasir Puteh</b> sertai UMNO

Posted: 25 Jul 2011 10:09 AM PDT

PASIR PUTEH 25 Julai – Kecewa dengan prinsip perjuangan dan perubahan dalam pucuk pimpinan, 20 anggota Pas termasuk seorang bekas penghulu di sini bertindak keluar parti dan menyertai UMNO hari ini.
Bekas penghulu mukim Gong Nangka, Zakaria Mat Husin berkata, Pas sekarang sudah berubah dan seolah-olah tidak lagi yakin dengan perjuangannya.
"Pas sekarang lebih pentingkan kroni daripada kehendak agama," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis "Selamat Tinggal Pas, Kami Kecewa Pas Sokong Ambiga", di Kampung Alor Pasir, di sini.
Zakaria juga berazam untuk menarik kira-kira 1,400 pengundi Pas di kawasannya menyokong UMNO pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas Ketua Pemuda Pas cawangan Alor Pasir, Mohd Jizi Omar pula berkata, beliau memutuskan keluar parti selepas kecewa dengan kegagalan Pas menunaikan janji pilihan raya umum lepas. – Bernama

UMNO Online - Lebih 20000 Beri Isyarat <b>Di Pasir Puteh</b> Sokong <b>...</b>

Posted: 02 Jul 2011 12:48 AM PDT

Kategori Presiden UMNO

Lebih 20,000 Beri Isyarat Di Pasir Puteh Sokong UMNO, Tolak Perhimpunan Haram

PASIR PUTEH, 2 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kebanjiran lebih 20,000 penduduk Pasir Puteh pada majlis perhimpunan Perdana Menteri Bersama Rakyat di sini hari ini memberikan isyarat jelas bahawa rakyat menyokong UMNO dan menentang perhimpunan haram pada 9 Julai ini.

Perdana Menteri berkata jika kehadiran rakyat yang menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) di negeri yang diperintah oleh Pas begitu tinggi, sudah tentu sokongan di negeri-negeri kalau sudah pasti lebih tinggi lagi.

Berdasarkan jumlah hadirin di sini, Najib berkata Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk S. Ambiga seharusnya sedar bahawa ramai rakyat menyokong perjuangan dan dasar BN dan menentang perhimpunan haram anjuran kumpulan pengacau itu.

"Ambiga jangan fikir kuat sangat. Kita tidak akan tunduk kepada Ambiga sama sekali, kita akan perjuangkan yang benar. Kita akan simpan kuku kita," katanya semasa berucap di Sekolah Kebangsaan Sri Aman di Kampung Tok Nik di sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa danIndustri,  Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pertahanan,  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Najib menjelaskan bahawa jika matlamat perhimpunan haram itu adalah untuk membetulkan sistem pilihan raya negara, kenapakah Pas boleh memerintah Kelantan selama 21 tahun.

Malahan, katanya, melalui pilihan raya umum 2008 lepas, pembangkang berjaya menguasai lima negeri di Semenanjung iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor.

Beliau berkata keadaan itu menunjukkan keadaan demokrasi negara adalah tidak sama seperti di negara Timur Tengah seperti Mesir, iaitu parti memerintah memenangi 95 peratus kerusi dalam pilihan raya dan memerintah selama 30 tahun.

Katanya keadaan di Malaysia berbeza daripada itu, di mana parti pemerintah hanya memenangi majoriti mudah dalam pilihan raya lalu dan pemimpinnya bertukar ganti.

Najib berkata BN tidak akan menghantar penyokongnya di Pasir Puteh untuk bertembung dengan penyokong perhimpunan haram di ibu negara biarpun jumlah penyokong BN ramai.

Beliau berkata ini kerana jika langkah itu diambil ia hanya akan menyebabkan pertembungan dan pergaduhan yang akan membawa huru-hara kepada keamanan negara.

Katanya jika kacau-bilau berlaku, maka keadaan itu juga akan menjejaskan kestabilan ekonomi dan menjejaskan perjuangan pemimpin BN terdahulu yang telah berusaha keras membangunkan negara sehingga maju ke tahap ini.

"Kita bina negara kita sejak sekian lama. Kita mulakan secara aman damai. Ambiga nak rosakkan ini semua," katanya.

Najib berkata angin perubahan kini bertiup kencang di negeri yang diperintah Pas kini berdasarkan jumlah rakyat yang hadir pada majlis itu sebegitu ramai.

"Ambo pelik macam mana perhimpunan begitu ramai datang di bumi yang diperintah Pas di negeri Kelantan. Angin perubahan sedang bertiup kencang dibumi kelantan," katanya.

Beliau berjanji BN akan membawa perubahan dalam aspek pembangunan jika rakyat Kelantan memberi mandat kepada BN dalam pilihan raya umum nanti.

Selepas majlis itu, Najib bertemu dengan veteran UMNO dan menunaikan solat Zohor di Masjid Kampung Pulau Lima di sini sebelum bertolak ke Machang.

Berita Bertarikh 2 July 2011 Pada 3:48 PM

Negara Berkebajikan,! Gelombang Merah Kebangkitan Rakyat <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 26 Jul 2011 09:48 AM PDT

Pada 2 Julai lepas seramai 25,000 masyarakat Pasir Puteh hadir pada majlis Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama rakyat membuktikan betapa ramai rakyat semakin beralih kepada Barisan Nasional (BN).

Susulan lawatan itu, impaknya semakin membuahkan kesan positif apabila ramai penyokong Pas menyatakan kekecewaan mereka dengan prinsip perjuangan dan perubahan dalam pucuk pimpinan Pas.

Makan 20 anggota Pas lagi termasuk seorang bekas penghulu di sini bertindak keluar parti dan menyertai Umno kelmarin.

Bekas penghulu mukim Gong Nangka Zakaria Mat Husin berkata Pas sekarang sudah berubah dan seolah-olah tidak lagi yakin dengan perjuangannya.

"Pas sekarang lebih pentingkan kroni daripada kehendak agama," katanya ketika ditemui pada majlis "Selamat Tinggal Pas, Kami Kecewa Pas Sokong Ambiga", di Kampung Alor Pasir, di sini.

Zakaria juga berazam untuk menarik kira-kira 1,400 pengundi Pas di kawasannya menyokong Umno pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas Ketua Pemuda Pas cawangan Alor Pasir Mohd Jizi Omar pula berkata beliau memutuskan keluar parti selepas kecewa dengan kegagalan Pas menunaikan janji pilihan raya umum lepas.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh Zawawi Othman yang hadir pada majlis tersebut, berkata setakat ini kira-kira 3,000 anggota PAS bertindak keluar parti dan menyertai Umno.

Ini katanya memberi keyakinan kepada Barisan Nasional untuk merampas kerusi Parlimen Pasir Puteh serta empat kerusi Dewan Undangan Negeri di bawahnya iaitu Limbongan, Selising, Gaal dan Semerak pada pilihan raya umum kelak.

5.958700 102.146872

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads