Ahad, 21 Ogos 2011

03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search


Negara Berkebajikan,! Pas Sibuk Berpolitik, Lupa Kebajikan Untuk <b>...</b>

Posted: 18 Aug 2011 02:17 PM PDT

Sebahagian penerima bantuan pakaian raya sumbangan Puteri UMNO Bachok di Kota Bharu.

Dalam kepenatan menunaikan ibadat puasa, kegembiraan jelas terpancar di raut wajah 41 anak-anak yatim sekitar jajahan Bachok apabila diberi peluang mendapat sepasang baju, songkok, tudung dan kasut menjelang Aidilfitri hujung bulan ini.

Walaupun bersedih teringatkan orang tersayang dan membesar dalam serba kekurangan, wajah kanak-kanak berusia antara tujuh sehingga 12 tahun ini sedikit terubat apabila mereka diraikan dalam suasana meriah.

Sumbangan tersebut diterima daripada pergerakan Puteri UMNO Bachok apabila mereka dibawa untuk membeli-belah keperluan hari raya, di pasar raya Mydin Hypermarket, Kubang Kerian dekat sini.

Bagi Aini Sophia Shaari, 9, dari Kampung Permatang Pasir, Bachok, sumbangan tersebut cukup bermakna buat dirinya menjelang sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

"Saya berterima kasih atas sumbangan ini. Dengan adanya baju ini dapatlah saya menikmati kemeriah sambutan hari raya pada tahun ini. Inilah kali pertama saya menerima sumbangan baju raya," katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, Ketua Puteri UMNO Bachok, Che Hanani Che Ali berkata, 41 anak-anak yatim itu mewakili tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bachok iaitu Tawang, Perupok dan Jelawat.

Menurutnya, pemilihan anak-anak yatim ini dibuat oleh ahli jawatankuasa Puteri bahagian dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP).

"Ini merupakan program kali kedua kita adakan. Tujuan kita mengadakan program ini adalah untuk sama-sama berkongsi kemeriahan sambutan Aidilfitri yang bakal tiba nanti," ujarnya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah isteri Penyelaras DUN Perupok, Datin Sakaratul Ainil Che Daud dan Pengurus Mydin Hypermarket, R. Naidu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads