03 di pulau melaka - Google Blog Search |
Hari-hari rakyat susah 2.0: Bisu dengan isu <b>Melaka</b>, jadi hero <b>di</b> <b>...</b> Posted: 17 Aug 2011 08:00 AM PDT Nik Aziz: Umno politikkan bacaan al-Quran Pulau Pinang tapi bisu isu MelakaTMI - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Umno sewajarnya tidak memainkan isu larangan bacaan al-Quran melalui pembesar suara di Pulau Pinang kerana keputusan dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri dan tidak ada kaitan langsung dengan kerajaan negeri dipimpin Pakatan Rakyat. Tegas Mursyidul Am PAS (gambar), pada pandangannya tidak munasabah Umno mahu 'mencari balah' dengan Mufti dalam isu yang tidak ada kepentingan politik. "Tapi nampaknya, sangkaan saya agak tersasar. Umno yang saya lihat sudah sampai saat kejatuhannya barangkali akan cuba berpaut dengan apa jua dahan untuk mengelakkannya daripada jatuh terhempas dan patah tulang," katanya. Menteri Besar Kelantan menambah isu yang langsung tiada kaitan dengan kerajaan negeri dipolitikkan. "Barangkali, jika tiba-tiba terjaga di tengah malam sekalipun, perkataan yang akan terpancul keluar ialah 'DAP!' "Dalam isu ini, saya bukan menyokong kerajaan negeri Pulau Pinang, tetapi saya menyokong pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang. Buta maklumatkah golongan ini?" kata Nik Aziz lagi. Nik Aziz menambah, isu ini sebenarnya sengaja dipolitikkan sehingga menjadi polemik. "Saya ingin bertanya kepada Umno, sejak bila mereka beria-ia mahu mempertahankan Islam ini? "Sebelum tangan menggapai ke atas, lihat dahulu lantai berpijak. Dasar Umno sendiri ialah kebangsaan dan sekular," katanya lagi. Beliau juga berkata Islam tidak pernah ada dalam agenda perjuangan Umno. "Justeru, apabila kerajaan Melaka melanjutkan tempoh pusat hiburan beberapa bulan lepas, tidak ada sebarang suara yang menentang daripada Umno. "Ada pula yang sibuk mahu menggantikan PAS sebagai pembela Islam," katanya lagi. Nik Aziz berkata, ia sebenarnya satu pengiktirafan terhadap PAS yang telah berjuang sekian lama membela Islam. Katanya, barangkali pihak ini 'tidak tergamak' untuk menggantikan Umno untuk memperjuangkan Islam. "Masakan tidak, bila pula pernah Umno berjuang untuk Islam?" katanya lagi. Nik Aziz mengulangi bahawa bacaan al-Quran di pembesar suara sebelum solat Subuh bukanlah sesuatu yang diajar oleh Islam, jika ia terbukti menganggu dan ada aduan, maka sewajarnya Jawatankuasa Fatwa Negeri mengeluarkan pandangan. "Di Kelantan dengan kebanyakan masyarakatnya Muslim mungkin tidak mengira ini sebagai satu masalah, tetapi di Pulau Pinang mungkin keadaannya berbeza. Rasulullah s.a.w sendiri pernah melarang seorang sahabat yang mengangkat suara di dalam masjid untuk berzikir sehingga mengganggu orang lain," katanya lagi. Sehubungan itu kata Nik Aziz, "saya menyeru kepada Umno, janganlah menjadi tukang solek yang menghodohkan wajah Islam." Katanya, Islam tertegak di atas hujah, bukan di atas emosi. "Apa jua isu, perdebatkan dengan ilmiah bukan dengan provokasi. Sayangnya, saya lihat Umno sangat cenderung untuk menjadikan sesuatu isu sebagai kontoversi kerana dengan talian hayat inilah mereka bernyawa. "Hakikatnya, isu perkauman dan pertembungan agama ini sengaja ditimbulkan untuk mengeruhkan suasana," kata beliau sambil menambah, "Umno mengharapkan dengan kekeruhan ini, mereka mampu muncul sebagai juara." "Mereka lupa, hasil kerja tangan mereka ini bakal menjadikan suasana lebih tidak tenteram dan menjauhkan masyarakat daripada Islam. "Ingatlah, dalam mengendalikan sebarang isu, ambillah pertimbangan kemuliaan bulan Ramadan yang sedang kita lalui sekarang," katanya lagi. |
You are subscribed to email updates from di pulau melaka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan