03 di wakaf bharu - Google Blog Search |
Remaja lembam berjaya ditemui semula – Utusan « Himpunan Berita Posted: 01 Aug 2011 02:15 PM PDT Remaja lembam berjaya ditemui semula
KOTA BHARU 1 Ogos – Kedatangan Ramadan ini amat bermakna buat keluarga Jusoh Deraman, 71, apabila anak bongsunya, Mohamad Sulaiman, 18, yang dilaporkan hilang sejak beberapa hari lalu berjaya ditemui semula hari ini. Remaja lembam itu ditemui oleh seorang lelaki di Wakaf Bharu, Tumpat kira-kira 24 kilometer dari rumahnya di Kampung Binjal, Ketereh sebelum menyerahkannya kepada polis yang kemudian menghantarnya ke Wad Psikiatri Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan. Menurut abang remaja itu, Zaidi Jusoh, 28, dia menerima panggilan daripada seorang lelaki bernama Faizal dari Pasir Pekan mengenai adik bongsunya itu pada pukul 8 pagi ini. "Faizal memberitahu dia mengecam wajah adik saya setelah melihat gambar Mohamad Sulaiman yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini dan pernah terserempak dengannya ketika berada di Masjid Mukim Delima, Wakaf Bharu pada hari Jumaat lalu. "Kata Faizal lagi, adik saya telah dibawa ke Balai Polis Wakaf Bharu bersama motosikal yang ditunggangnya. Sebaik sahaja mendapat maklumat itu, saya terus bergegas ke balai polis berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut. "Polis kemudiannya memberitahu Mohamad Sulaiman telah dibawa ke Wad Psikiatri HRPZ II untuk rawatan selanjutnya. Saya terus ke sini (HRPZ II) dan bersyukur sebaik sahaja melihat adik saya berada dalam keadaan baik di sini. Kami sekeluarga akan membawanya pulang ke rumah hari ini," jelasnya ketika ditemui di hospital berkenaan hari ini. Sementara itu, Jusoh bersyukur dan gembira kerana dapat bertemu semula dengan anak lelakinya itu selepas bersusah payah mencarinya sejak beberapa hari lalu. "Saya bersyukur kerana menemuinya semula. Jika tidak kerana keprihatinan seorang insan bernama Faizal dari Pasir Pekan, Tumpat, mungkin anak saya sukar untuk ditemui atau perkara buruk akan berlaku kepadanya. "Bila sudah jumpa Mohammad Sulaiman, kebimbangan semua hilang dan dapatlah kami sekeluarga menjalani ibadat puasa dengan gembira," katanya. Tambahnya, dia dan keluarga berterima kasih kepada semua pihak termasuk Utusan Malaysiakerana membantu mencari anak bongsunya itu yang menghidap penyakit sawan dan buta huruf. Utusan Malaysia hari ini melaporkan kebimbangan Jusoh dan keluarganya apabila Mohamad Sulaiman tidak pulang ke rumah sejak Jumaat lalu selepas keluar rumah dengan menunggang motosikal. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||
Dun <b>Wakaf Bharu</b> turut raikan Hari Guru | GegarKelantan.net Posted: 17 May 2011 10:16 PM PDT Oleh Ahmad Hasanain TUMPAT ( Wakaf Bharu ) – 18.Mei - Penghargaan kepada warga pendidik seharusnya diraikan oleh setiap insan tanpa mengira fahaman politik mereka, justeru itu, pihak Majlis Tindakan Dun Wakaf Bharu akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru Jumaat ini (20.Mei ). Menurut Pegawai Khas Exco Negeri Anas Karimi, program tersebut akan diadakan di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Tarbiah Diniah, Bunut Sarang Burung bermula jam 8.pagi. Anas berkata sambutan tersebut diadakan bagi menghargai jasa guru termasuklah guru-guru di sekolah keloaan Yayasan Islam Kelantan, di samping itu pihak Dun Wakaf Bharu juga akan meraikan pelajar yang akan ke IPTA serta akan diselitkan ucapan dari wakil guru. Beliau berharap sambutan ini akan dijadikan sebagai satu medan pertemuan antara guru dan masyarakat setempat. " Pihak Dun Wakaf Bharu amat berharap penduduk setempat dapat hadir di majlis tersebut sebagai tanda memberi penghormatan kepada guru-guru yang mendidik anak-anak kita masa kini dan seharusnya jasa guru dihargai"ujar beliau. |
You are subscribed to email updates from di wakaf bharu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan