Rabu, 10 Ogos 2011

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


Dun <b>Wakaf Bharu</b> turut raikan Hari Guru | GegarKelantan.net

Posted: 17 May 2011 10:16 PM PDT

Oleh Ahmad Hasanain

TUMPAT ( Wakaf Bharu ) – 18.Mei - Penghargaan kepada warga pendidik seharusnya diraikan oleh setiap insan tanpa mengira fahaman politik mereka, justeru itu, pihak Majlis Tindakan Dun Wakaf Bharu akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru Jumaat ini (20.Mei ).

Menurut Pegawai Khas Exco Negeri Anas Karimi, program tersebut akan diadakan di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Tarbiah Diniah, Bunut Sarang Burung bermula jam 8.pagi.

Anas berkata sambutan tersebut diadakan bagi menghargai jasa guru termasuklah guru-guru di sekolah keloaan Yayasan Islam Kelantan, di samping itu pihak Dun Wakaf Bharu juga akan meraikan pelajar yang akan ke IPTA serta akan diselitkan ucapan dari wakil guru.

Beliau berharap sambutan ini akan dijadikan sebagai satu medan pertemuan antara guru dan masyarakat setempat.

" Pihak Dun Wakaf Bharu amat berharap penduduk setempat dapat hadir di majlis tersebut sebagai tanda memberi penghormatan kepada guru-guru yang mendidik anak-anak kita masa kini dan seharusnya jasa guru dihargai"ujar beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads