03 di demit kelantan - Google Blog Search |
HUDUD DAN NEGARA BERKEBAJIKAN « MOHD NURI Posted: 22 Sep 2011 07:48 PM PDT September 23, 2011 POLITIK berkebajikan, hudud, pas, PR, tok guru, umno Salam perjuangan, Dewan Pemuda Negeri Kelantan juga mencabar supaya umno mengemukakan hujah yg kukuh untuk menafikan bhw hudud tiada dalam perjuangan PAS. DPPNK bersedia menganjurkan satu forum ilmiah yg melibatkan ahli panel dari kedua2 parti utk berdiskusi soal hudud dalam konteks negara berkebajikan. Janganlah akibat kesumat dendam telah mengaburi mata umno utk melihat kebenaran yg cuba di bawa oleh PAS dan PR. Mungkin juga slogan negara berkebajikan telah menggerunkan umno dan bimbang rakyat akan menolak mereka kerana bebanan yg ditanggung oleh rakyat akibat kenaikan harga barang, kemelesetan ekonomi dll. Marilah kita memahami terlebih dahulu konsep negara berkebajikan yg ingin di bawa oleh PAS. Berkebajikan itu sendiri luas maknanya iaitu termasuk meujudkan keadaan kesejahteraan, keamanan,keadilan, keselamatan dll. Keyakinan PAS fenomena itu hanya boleh di capai apabila kita semua menerima hukum Allah sebagai panduan yg tertinggi dan melaksanakannya di dalam amalan kehidupan bernegara. Seperti mana kita perlu memahami perkataan rezeki yg bukan hanya di lihat dari sudut wang ringgit sahaja tetapi kesihatan,anak yang berjaya, jauh dari mara bahaya dll yg kita tidak pernah terfikir. Inilah perbezaan slogan yg di buat oleh PAS berbanding slogan yg di buat oleh UMNO. |
You are subscribed to email updates from di demit kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan