Jumaat, 23 September 2011

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


Adakah Pas <b>Kelantan</b>, Mahkluk Perosak Atau Khalifah <b>...</b>

Posted: 23 Sep 2011 06:42 AM PDT

Pas selalu membincangkan soal manusia berperanan sebagai khalifah di muka bumi ini dan berjuang menegakkan keadilan demi Islam.

Namun kini perjuangan Pas itu semakin pudar akibat materialisme meresap di kalangan pemimpin apabila banyak isu korupsi berlaku termasuk pengambilan tanah rakyat dalam projek ladang rakyat, pengambilan tanah untuk projek kondominium mewah di kawasan Kota Bharu seperti di Jalan Gajah Mati dan penyelewengan harta kerajaan oleh menantu korup Menteri Besar Kelantan Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sehingga Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) rugi RM60 juta dalam isu Bazar Tok Guru.

Akibat ketamakan duniawi, nafsu Pas semakin terselah terhadap kekayaan Kelantan apabila sebuah badan bukan kerajaan di sini akan melancarkan gerakan mengutip sejuta tandatangan rakyat Kelantan bagi mendesak kerajaan negeri menyelamatkan khazanah alam negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Menyelamatkan Sungai, Kayu Kayan dan Alam Sekitar (JBMSKAS) Kelantan Mohd Noor Ibrahim berkata langkah itu bagi mengekang pencerobohan hutan berleluasa di Kelantan serta penggunaan racun makhluk perosak berbahaya.

JBMSKAS juga akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai agensi berkaitan bagi memastikan kempen ini berjaya, katanya.

Mengulas rasionalisasi tindakan badan itu, Mohd Noor berkata bukti dapat dilihat pada keadaan Sungai Kelantan sekarang.

"Sungai Kelantan terdedah kepada kemungkinan akan hanya tinggal menjadi parit pada jangka masa 20 atau 50 tahun akan datang kerana selain dari airnya keruh ianya mengalami kecetekan.

"Malah, air Sungai Kelantan kini menjadi semakin sempit sehingga 20 ke 50 peratus menjadi daratan dan boleh dijadikan kawasan bercucuk tanam selain mengalami kecetekan yang agak ketara," katanya.

Selain itu katanya,  air sungai di kawasan hulu Kelantan kini tidak cukup selamat digunakan kerana dicemari racun rumpai yang digunakan di ladang kelapa sawit, terutama di kawasan Sungai Pergau, Sungai Lebir, Sungai Galas dan Sungai Nenggiri.

"Ekoran daripada itu khazanah sungai turut mengalami kepupusan," katanya.

Mohd Noor juga mendakwa penerokaan hutan untuk pembangunan dan pembalakan juga menyebabkan banyak anak sungai tertimbus, sekali gus menjejaskan Sungai Kelantan sebagai sumber bekalan air.

"Tambah memburukkan lagi pengorekan pasir yang juga rakus dan tanpa perancangan bagi mengekalkan kualiti kedalaman dan kejernihan air sungai," katanya.

Mohd Noor berkata pihaknya bertekad untuk memulihkan Sungai Kelantan agar kembali bersih dan jernih.

5.958700 102.146872

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads