Khamis, 8 September 2011

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


Karnival Rakyat Usahawan <b>Kelantan di Jeli</b> 15 September ini <b>...</b>

Posted: 05 Sep 2011 07:23 PM PDT

Bagi mempromosi barangan keluaran usahawan Kelantan, satu karnival – Karnival Rakyat dan Transformasi Halal – akan diadakan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Jeli pada 15 sehingga 17 September ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata karnival itu adalah satu usaha untuk membantu memperkenalkan pelbagai produk usahawan di Kelantan, terutama produk halal seterusnya membantu meningkatkan taraf ekonomi usahawan terbabit.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis jamuan Raya warga Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Kelantan dan usahawan, Bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Katanya 150 gerai akan disediakan pada karnival itu yang menyediakan pelbagai barangan dan produk termasuk makanan, kraftangan serta kosmetik halal.

Aktiviti lain yang akan diadakan termasuk kenduri rakyat, forum perdana, seminar dan bengkel untuk para usahawan, program mewarna untuk kanak-kanak dan pameran burung ketitir.

Sebelum itu, Mustapa, yang ditemui pada majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri di Pejabat Umno Pasir Mas di sini berkata Umno Kelantan yakin mampu memenangi sekurang-kurangnya 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada pilihan raya umum akan datang dan seterusnya mendirikan kerajaan baru di negeri ini dengan syarat jentera parti yang ditubuhkan dapat berjalan dengan lancar.

"Semalam, kita bermesyuarat peringkat Badan Perhubungan Umno negeri dan saya mengulangi keyakinan sasaran kita boleh memenangi sekurang-kurangnya 23 kerusi sekiranya kita mantapkan jentera."

"Itu keyakinan kita tetapi jangan leka dan terlalu yakin diri, yang penting kita kena rapat dengan rakyat," katanya.

– BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads