03 di kelaboran - Google Blog Search |
Mengapa Saya Pilih Membantu Pembangkang Pada 2008 <b>...</b> Posted: 01 Sep 2011 11:42 PM PDT YB PAS Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, mengingatkan saya mengapa saya menolak kepimpinan Barisan Nasional semenjak dipimpin oleh Abdullah Ahmad Badawi dan mengapa saya serahkan kudrat saya untuk membantu pembangkang di dalam pilihanraya ke 12. Malangnya kejayaan pembangkang di dalam PRU ke 12 bukan menyebabkan lebih ramai wakil rakyat pembangkang yang bersikap seperti Che Rosli. Saya memilih untuk tidak memblog sepanjang Ramadan kerana bagi saya tiada apa-apa yang bermanfaat untuk umat manusia daripada isu-isu semasa politik Malaysia di bulan Ramadan. Semuanya adalah politik murahan yang bertujuan politik semata-mata. Saya bersetuju dengan satu sms yang saya terima dari seorang Tan Sri di pagi Syawal yang berbunyi, "Salam Sheih Selamat Hari Raya – Negara kita jahaman." Jawab saya, "Sungguh Ku, patik pun rasa gitu" Ini diikuti lagi dengan sms Tan Sri seterusnya yang berbunyi, "… Saya kata negara jahaman, semua firaun!!! Orang kampung susah orang bandar susah – pendatang haram senang- macam mana? Kenapa ada 2 juta lebih orang haram? Siapa lepas? Apa terjadi immigration, polis, rela, JAIS? JPJ? Bandaraya? Semua ada kuasa – tidur atau rasuah?" Ini mengingatkan saya mengapa saya menerbalikan bendera Malaysia sebagai protes saya dan tanda "Nation in Distress". Saya tidak terbalikan kerana menyerang kerajaan walaupun Abdullah dan Rais Yatim rasa begitu. Seperti yang pernah saya catatkan, saya terbalikkan kerana protes saya terhadap ahli-ahli politik yang terlalu mabuk bermain politik sehingga mengabaikan rakyat. Merdeka tahun ini, Bendera Malaysia kini terus terbalik dilubuk hati saya sebagai tanda Nation in Distress. Negara kita sudah jahanam. Contohnya bila JAIS pergi ke Gereja, tiada siapa yang peduli bagaimana untuk membantu 12 orang orang Islam yang didakwa terpaksa menerima bantuan daripada gereja. Yang semua pihak peduli ialah bermain politik. Permainan politik tidak akan membawa apa-apa manfaat kepada kita. Malang sungguh bila sehari sebelum ulangtahun kemerdekaan Negara Kita, ada yang terpaksa menukilkan, 'Negara kita (sudah) jahanam'. Saya yakin nukilan itu datang dari hati yang remuk. Hati remuk generasi yang pernah mengharungi kepedihan dan kesusahan sebelum merdeka dan membanting tulang membina negara selepas merdeka. Hati remuk generasi yang menjuruterakan Malaysia ke arah kemodenan. Yang mengubah tanggapan bahawa kita masih duduk di atas pokok kepada salah sebuah ekonomi penting di Asia. Hati remuk setelah baru sedekad lalu sebahagian besar dari kita amat berbangga dengan kejayaan negara. Dulupun ada juga segelintir yang terpekik terlolong mengatakan negara kita jahaman kerana membina kereta nasional, KLIA, Twin Tower, Litar F1 Sepang, Putrajaya dan Cyberjaya. Tetapi setelah terbukti sebaliknya di kaca dunia, tiada sebab untuk mereka terus menjahanamkan negara dengan apa cara sekalipun. Bila kucing asyik sibuk bergaduh sesama kucing, seronoklah tikus-tikus menyelinap sana sini mencari makan dan menyebarkan penyakit. Akhirnya kita mati dikencing tikus. Bila ini terjadi, siapa yang nak bagi makan kucing-kucing itu lagi? Oh lupa, kucing ada sembilan nyawa. Jahanam lah nampaknya. |
You are subscribed to email updates from di kelaboran - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan