Isnin, 5 September 2011

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


Nik Aziz Juga Jadi Menteri Besar Secara Haram? « Terompah Besi ™

Posted: 24 Aug 2011 10:52 AM PDT

Mursyidul Am Pas,  Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ramai wakil rakyat seluruh negara yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 lalu dengan cara haram.

Ini, tegasnya adalah hasil daripada pendedahan yang dibuat oleh pihak Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) berhubung kesilapan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) seperti nama pengundi bertindih dan lain-lain.

Seorang penganalisa politik berkata justeru berdasarkan kata-kata Nik Abdul Aziz itu, bahawa dirinya selaku wakil rakyat yang dipilih di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka adalah haram.

"Beliau dipilih untuk menjadi Menteri Besar juga adalah tidak sah kerana menang secara tidak sah sebab rakyat tahu Pas juga membuat kerja kotor memindah pengundinya seperti di Manek Urai.

"Jadi gaji Nik Aziz yang diterima selama ini adakah halal atau haram,?"

Sehubungan itu beliau meminta, Nik Aziz jangan mudah mengeluarkan fatwa dan menggunakan agama untuk kepentingan politik kerana akhirnya ia akan memberikan gamabaran negatif kepada Pas dan dirinya.

Beliau berkata demikian mengulas laporan Harakahdaily memetik kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa apa yang dibuktikan oleh Bersih itu adalah untuk menyedarkan SPR terhadap kesilapan-kesilapan yang mereka lakukan.

Tegasnya, selagi kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh SPR itu tidak dibersihkan, bermakna pilihan raya yang dilaksanakan adalah kotor.

"Di dunia kena laknat, di akhirat pun kena laknat," tegasnya yang juga Menteri Besar Kelantan kepada wartawan selepas menyampaikan sumbangan kuih raya kepada pasukan keselamatan yang bertugas pada hari raya di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darul Naim, di sini pagi tadi.

Justeru, bagi beliau Bersih telah memberikan khidmat yang besar kepada negara bagi menuntut pilihan raya yang adil.

Advertisement

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads