Rabu, 14 September 2011

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


Pekerja Warga Indonesia Maut Dirempuh Kereta Api : My Berita

Posted: 12 Sep 2011 06:38 AM PDT

KUALA KRAI — Seorang pekerja ladang kelapa sawit warga Indonesia maut dirempuh kereta api ketika traktor yang dipandunya melintasi landasan berdekatan Ladang Mengkebang dekat Sungai Durian, di sini, hari ini.

Mangsa, Mohd. Rizwan Mohd Saiful, 26, yang berasal dari Lombok, Indonesia maut selepas tercampak dari traktor dan mengalami kecederaan parah di bahagian sebelah kanan badannya manakala traktor yang dipandunya terputus tiga akibat perlanggaran itu dalam kejadian 9 pagi.

Ketua Polis Daerah, Supt. Abdul Rahman Jaapar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berkaitan kejadian itu.

"Sebelum kejadian dipercayai enjin traktor dipandu Mohd Rizwan, yang bekerja di Ladang Mengkebang, Sungai Durian, telah mati secara tiba-tiba di kawasan melintas di atas landasan yang mungkin disebabkan lebihan muatan.

"Mangsa juga kemungkinan tidak menyedari kereta api yang sudah semakin hampir dan gagal menyelamatkan diri sebelum dirempuh," katanya.

Rahman berkata, setakat ini polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut dan menolak sebarang perbuatan khianat.

Sumber

TRAKTOR PUTUS 3 : <b>DI</b> REMPUH KERETAPI | RAFINA MIMI

Posted: 12 Sep 2011 04:50 PM PDT

Assalamualaikum..

simpati betul dengan nasib yang menimpa seorang suri rumah ini yang baru saja mendirikan rumahtangga selama 9 bulan tetapi terpaksa redha dengan pemergian suami tercinta kerana meninggal dalam kemalangan yang melibatkan sebuah traktor di pandu suaminya putus 3 di rempuh keretapi..berita selanjutnya di bawah..

KUALA KRAI: "Malam sebelum kejadian, dia (arwah suami) datang kepada saya sebelum berbaring di atas riba. Perkara itu (bermanja), tidak pernah dilakukannya sejak kami bernikah sembilan bulan lalu," kata suri rumah, Nor Aziah Mat Naim, 24.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi semalam, suaminya, Mohd Rizwan Mohd Saful, 26, yang juga pekerja ladang sawit maut apabila traktor muatan sawit dipandunya dirempuh sebuah kereta api penumpang yang dalam perjalanan dari Tumpat ke Gua Musang ketika cubaannya melintasi pintu di Ladang Mengkebang, Sungai Durian, dekat sini, gagal.

Insiden terbabit menyebabkan mangsa tercampak kira-kira tiga meter dari tempat kejadian sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Krai dekat sini, akibat cedera parah di kepala dan badan.

Rempuhan itu menyebabkan kenderaan dipandu mangsa terputus tiga, manakala kereta api yang membawa kira-kira 20 penumpang terbabit meluncur ke hadapan sebelum berhenti beberapa meter dan meneruskan perjalanan sejam kemudian.

Nor Aziah berkata, dia hanya menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan kerani ladang berkenaan sebelum bergegas ke tempat kejadian dan mendapati suaminya dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

"Ketika saya memangkunya, suami masih bernyawa dan pipinya masih panas, tetapi dia sudah tidak sedarkan diri kerana kecederaan parah di bahagian sebelah kanan badan dan kepalanya.

"Saya sempat melihat mukanya semakin pucat sebelum disahkan meninggal dunia oleh anggota pasukan perubatan dari Hospital Kuala Krai yang tiba di tempat kejadian kira-kira jam 9.30 pagi," katanya ketika ditemui di Bahagian Forensik HKK, di sini, semalam.

Katanya, dia reda dengan kematian suaminya itu, namun tidak menyalahkan mana-mana pihak berhubung kejadian itu.

KELAB GREENBOC: Khianat: Kenderaan Orang Awam Dirosakkan <b>...</b>

Posted: 14 Sep 2011 02:30 AM PDT

Rosakkan kereta lambang kekeringan hujjah

KUALA KRAI, 14 Sept: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyifatkan perbuatan merosakkan kenderaan masyarakat awam yang menghadiri majlis forum atau ceramah umum anjuran Pakatan Rakyat khususnya PAS adalah tindakan mereka yang kekeringan hujah untuk berlawan.

Gambar: Kereta wartawan Sinar yang diconteng dan dicalarkan

Bahkan, Ketua DPPNK Ustaz Abd Latif Abd Rahman mendakwa perbuatan itu satu tindakan bagi menghidupkan semula perbuatan ala Pemuda Tahan Lasak Umno yang diamalkan suatu ketika dahulu.

"Mereka cuba hendak menghidupkan semula perbuatan seperti itu kerana tidak ada hujah hendak berlawan dengan kerajaan negeri atau pemimpin PAS.

"Justeru kalau Umno betul berani, tampillah berdebat (terutama dalam konteks isu serangan terhadap Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu), dan YB Mat Sabu pun sudah mencabar – kalau berani, berhujah, berdebat.

"(sebenarnya) Mereka berani ugut di belakang, namun tidak berani berdepan," dakwa Ustaz Latif ketika dihubungi pemberita sebentar tadi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang mengulas perbuatan merosakkan kenderaan awam termasuk kereta yang diletakkan di kawasan Dataran Stadium Sultan Mohamad Ke-IV semasa Forum Rakyat berlangsung semalam.

Dalam kejadian semalam, beberapa kenderaan pengunjung yang diletak di bahu jalan dipercayai dicalar dan dispray dengan cat setelah digoreskan dan ada yang ditikam tayar kenderaan itu dengan menggunakan benda tajam.

Difahamkan, kebanyakan kenderaan yang menjadi mangsa semalam ialah kenderaan pengunjung yang diletak di jalan berhadapan Gelanggang Seni, di Gelanggang Tenis dan di Jalan Hospital dekat Stadium Sultan Mohamad Ke-IV.

Dalam satu tinjauan, antara kenderaan itu termasuk kenderaan petugas media dan wartawan tempatan.

Antaranya termasuk kenderaan Wartawan Kanan Sinar Harian Kelantan Suhaiza Abu Bakar, 35.

Ekoran kejadian itu semalam, beliau telah pun membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu pada pukul 1.30 tengah malam semalam.

"Saya meletakkan kenderaan saya, Harrier di Jalan Hospital dekat Stadium pada jam 8.50 malam sebelum membuat liputan majlis Forum Rakyat di Dataran.

"Kereta saya dicalar dan dispay cat sepanjang satu depa pada sebelah pintu kiri kereta apabila saya kembali ke kereta saya pada 12.30 tengah malam apabila setelah selesai membuat liputan majlis," katanya ketika dihubungi pemberita.

Pengunjung Forum Rakyat Nasir Ismail, 45, dari Pohon Buloh, Pasir Mas mendakwa kenderaannya (Ansa) telah dicalar dan dispray dengan cat.

"Mereka spray dengan membuat line memanjang dengan cat pada bodi kereta saya, dan saya menganggarkan kos RM1,000 bagi memulihkan semula," katanya kepada pemberita.

Dalam hubungan ini, DPPNK menurut Ustaz Latif, akan mengambil peranan proaktif dalam usaha mempertingkatkan kawalan keselamatan di tempat ceramah atau majlis awam khususnya anjuran Pakatan Rakyat atau PAS.

"Untuk masa-masa akan datang, kita akan kerahkan seramai mungkin Anggota Unit Amal kita khususnya pada program yang besar yang terbabit dengan pemimpin besar dan mempertingkatkan kawalan keselamatan bukan saja membabitkan pergerakan lalu lintas jalan," katanya. -HD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads