Selasa, 20 September 2011

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


Pertemuan Aidilfitri lebih 1500 ahli UMNO <b>Tanah Merah</b> meriah

Posted: 11 Sep 2011 04:08 PM PDT

You are here: Home / Politik / Pertemuan Aidilfitri lebih 1,500 ahli UMNO Tanah Merah meriah

TANAH MERAH 11 Sept. – Lebih 1,500 ahli UMNO Bahagian Tanah Merah menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Perjumpaan Hari Raya Aidilfitri Bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1 di sini malam tadi.

Walaupun hujan, majlis yang turut dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz itu tetap berlangsung dalam suasana meriah.

Mustapa dalam ucapannya berkata, melalui pertemuan tersebut, ia boleh dijadikan medan untuk mengatur pelbagai strategi di kalangan ahli dan pemimpin di bahagian tersebut khusus untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Sempena bulan yang mulia ini, kita manfaatkan sepenuhnya pertemuan dalam sebuah keluarga besar pada malam ini untuk sama-sama berjuang dan menyemarakkan semangat Gelombang Merah yang begitu berkobar-kobar kini.

"Situasi ini hendaknya berterusan untuk meraih sebanyak mana ahli baru dan mengekalkan kesetiaan ahli lama," katanya.

Pada majlis tersebut, Mustapa yang diiringi isteri, Datin Seri Kamarzan Ahmad meluangkan masa bertemu dan beramah mesra dengan semua tetamu.

Ikmal Hisham ketika ditemui pula berkata, pertemuan dalam majlis tersebut akan dapat mengakrabkan lagi hubungan semua ahli UMNO di bahagian itu.

"Semua ahli begitu bersemangat untuk bersama-sama di dalam majlis ini walaupun persiapan hanya mengambil masa dua hari. Kejayaan pertemuan pada malam ini dibantu oleh 1,300 orang ahli Jalinan Rakyat (JR).

"JR yang dilantik ini mempunyai peserta di kalangan ahli baru dan lama antara tujuh hingga 10 orang. Mereka bergerak pantas untuk menyebarkan apa juga maklumat termasuk menjayakan majlis pada malam ini. Kumpulan tersebut turut bersama-sama membangkitkan semangat Gelombang Merah bagi menghadapi pilihan raya nanti, " ujarnya.

Sementara itu, Ikmal memberitahu, pihaknya akan mengagih-agihkan kelengkapan alat tulis kepada 2,400 calon peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula minggu hadapan.

"Alat tulis yang bernilai RM15,000 itu akan diserahkan kepada semua sekolah di Tanah Merah untuk diserahkan kepada calon peperiksaan," katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads