03 di wakaf bharu - Google Blog Search |
Anjur berbuka puasa erat hubungan penduduk | GegarKelantan.net Posted: 27 Aug 2011 08:31 PM PDT Oleh: Ahmad Hasanain TUMPAT ( Wakaf Bharu ), 28.Ogos – Persiapan menjelang hari raya oleh masyarakat setempat turut dirasai oleh Adun Wakaf Bharu Che Abdullah Mat Nawi.Baru-baru ini beliau mengambil kesempatan untuk berbuka puasa di Kampung Periok dekat sini sambil menyampaikan sumbangan beras kepada penduduk kampung. Sementara itu penyampaian zakat kepada 30 anak-anak yatim miskin turut sama diadakan. Beliau ketika ditemui Gegarkelantan.net berkata walaupun sumbangan tersebut hanyalah sedikit tetapi ia amat berharga bagi mereka yang memerlukan. Che Abdullah juga berkata program berbuka puasa sering diadakan di seluruh kawasan dalam Dun Wakaf Bharu. " Melalui program berbuka puasa dan penyampaian sumbangan di bulan ini, ia boleh merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama penduduk dan saya amat gembira kerana di mana saja majlis berbuka puasa diadakan ia sentiasa mendapat sambutan"ujar beliau. Sementara itu, beliau juga berharap di musim perayaan ini, anak-anak Kelantan di Perantauan dapat pulang dengan selamat dan dapat berhari raya bersama keluarga masing-masing di kampung. " Kita tahu musim perayaan ni, kenderaan terlalu banyak atas jalan raya oleh itu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya dan memandulah kenderaan dengan keadaan selamat dan sentiasa berhati-hati." Katanya lagi. |
You are subscribed to email updates from di wakaf bharu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan