Ahad, 25 September 2011

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Sambut Raya Dengan Seks <b>Di Kelantan</b> | Selangor Daily

Posted: 11 Sep 2011 06:08 PM PDT

Dua hari yang lepas Nik Aziz membuat kenyataan yang mengatakan usaha UMNO Kelantan untuk menawan negeri ini daripada Pas tidak akan mendapat balasan yang baik di akhirat kerana ia tidak selari dengan kehendak Islam.

Nik Aziz: Usaha UMNO tidak berfaedah

KOTA BHARU 9 Sept. – Pas menyifatkan usaha UMNO Kelantan untuk menawan negeri ini daripada Pas tidak akan mendapat balasan yang baik di akhirat kerana ia tidak selari dengan kehendak Islam.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, UMNO boleh meletakkan apa sahaja sasaran kerusi untuk dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tetapi usaha mereka itu tidak berfaedah di mata agama.

"Kita hendak menang Parlimen 60 kerusi, (segala usaha) langsung tidak ada faedah untuk akhirat melainkan dengan Islam, UMNO kena faham duduk atas dunia ini bukan manusia buat, tapi Allah Taala buat.

"Allah Taala menetapkan bahawa hujung dunia ini ada pembalasan di akhirat, syurga dan neraka, yang kena dengan kehendak al-Quran dapat syurga, yang tidak kena neraka, orang Arab pun kalau tidak kena dengan al-Quran akan masuk neraka, inikan pula orang Melayu," katanya kepada Utusan Malaysia selepas Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri Muslimat Kota Bharu di sini hari ini.

Masyaallah ! Sejak puluhan tahun lalu tak habis-habis lagi Pas melacurkan agama untuk kepentingan politik mereka.

Bagi mereka islam hanya untuk Pas sahaja dan hanya Pas sahaja yang islam.

Islam adalah Wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT , manakala Pas adalah sebuah parti politik yang didaftarkan. Mana mungkin Pas dan Islam sama ?

Pemimpin-pemimpin atau ahli-ahli Pas sering menggambarkan Islam hebat di Kelantan di bawah pentadbiran mereka. Kelantan diberi jolokan Serambi Mekah dan berbagai-bagai mitos lagi yang ditanamkan ke dalam fikiran orang ramai tentang kehebatan Islam di Kelantan di bawah pentadbiran Pas.

Semuanya indah khabar dari rupa. Semuanya dilakukan untuk memberi keuntungan politik kepada Pas. Hakikat yang sebenarnya tidak. Pas gagal sama sekali membangunkan Islam di Kelantan baik secara Rohani atau Jasmani.

Kita juga sering digambarkan oleh Pas tentang kehebatan dan kemeriahan bulan puasa di negeri Kelantan.

Habis bulan Ramadhan kita akan menyambut hari raya pada 1 Syawal sebagai tanda kemenangan kita menahan lapar dan dahaga selama sebulan.

Tetapi di Kelantan pula berbeza dengan negeri-negeri lain. Rupa-rupanya dibawah pentadbiran Pas ramai yang berpuasa bukannya menahan nafsu lapar dan dahaga, tetapi menahan nafsu seks.

Hari raya yang sepatutnya disambut dengan penuh kesyukuran dan saling bermaaf-maafan satu sama lain sudah bertukar sambutannya di sana, apabila ianya disambut dengan 'pesta seks'.

Mengikut Polis Kelantan, Negeri itu mencatatkan peningkatan mendadak bilangan kes rogol membabitkan remaja perempuan berusia 13 hingga 15 tahun dalam musim perayaan ini terutamanya sejak dua minggu lalu.

Kelantan catat peningkatan kes rogol

KOTA BHARU 9 Sept. – Negeri ini mencatatkan peningkatan mendadak bilangan kes rogol membabitkan remaja perempuan berusia 13 hingga 15 tahun dalam musim perayaan ini terutamanya sejak dua minggu lalu.

Lebih malang dalam kebanyakan kes, mangsa dirogol secara bergilir-gilir.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, dalam tempoh seminggu sebelum dan selepas 1 Syawal lalu jenayah itu bertambah mendadak.

Apakah kita masih perlu percaya kepada Pas memperjuang dan membangunkan Islam di Kelantan ?

Nasib yang sama juga sedang menimpa Selangor. Semakin hari Islam semakin pudar di Selangor. Janji-janji Pas sebelum memerintah hanya omong kosong.

Hakikat yang sebenarnya Islam semakin hancur di bawah pentadbiran Pas. Islam hanya alat untuk Pas mendapat undi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads