Khamis, 29 September 2011

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Bilakah Hukum Hudud Akan DiLaksanakan <b>Di Negeri Kelantan</b>? | Dulu <b>...</b>

Posted: 23 Sep 2011 07:47 PM PDT

Hukum Hudud

Gambar Kredit Berita Harian

Semenjak negeri Kelantan diperintah oleh PAS dua puluh tahun lalu, kita sering tertanya-tanya samada hukum hudud ini akan dilaksanakan atau tidak di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.  20 tahun ia menjadi persoalan yang sekejap panas dan sekejap sejuk. Namun, hakikatnya ia tidak pernah dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan (mahupun digubal?) untuk dijadikan undang-undang di sana. Dan apabila PAS menyertai Pakatan Rakyat  dan mengumumkan pendirian bahawa negara  Islam dan hukum  hudud bukan lagi agenda utama mereka, maka ramai yang merasakan isu ini telah pun ditutup buat selamanya.

Namun, tiba-tiba Mursyidul-Am PAS, yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat tiba-tiba membuat kenyataan mengejut dan membangkitkan kembali isu ini. Menurutnya PAS komited dalam melaksanakan hukum hudud biarpun rakan parti dalam Pakatan Rakyat tidak menyokong mereka:

KOTA BHARU, Sept 22 – Kelantan Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat said today it did not matter to him if the DAP wanted to quit the Pakatan coalition if PAS were to go ahead with its plans to implement hudud laws and turn Malaysia into a fully Islamic state, should it come into power."I am firm about this, implementing hudud laws has been talked about for some 50 years and is not something new. There has been endless dialogues on it."

"DAP had previously pulled out from the opposition pact Angkatan Perpaduan Ummah (APU) because of this (implementing hudud laws). If now they want to do the same (pull out from the Pakatan coalition because of hudud laws, that is their problem," he told reporters after attending a civic function at Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) here today.

Sumber: Bernama

Agak menarik bila perkataan "implement hudud laws and turn Malaysia into a fully Islamic state, should it come into power" digunakan? Bukankah PAS telah lama berkuasa di negeri Kelantan? Beberapa tahun di Terengganu? dan kini di Kedah juga? Perlukah PAS memerintah Malaysia dahulu (which unlikely kerana tanpa DAP, peluang mereka memenangi banyak kerusi agak menjadi tipis), barulah Hukum Hudud akan dilaksanakan?

Terdapat pelbagai pendapat tentang pelaksanaan Hukum Hudud di negeri-negeri di seluruh Malaysia. Bagi mereka yang rajin membaca jurnal undang-undang, pastinya tahu apakah isu-isu yang dibangkitkan. Namun, persoalan ini cuma akan terjawab apabila ia diletakkan pada ujian yang sebenarnya iaitu membentangkannya di Dewan Undangan Negeri dan seterusnya menjadikannya sebagai  satu undang-undang negeri tersebut. Pastinya ada pihak yang akan menentang dan kerajaan negeri akan cuba mempertahankan bahawa ianya terletak di bawah kuasa negeri (Lihat  Jadual 9 Senarai 2 Perlembagaan Persekutuan). Di sini  mahkamah akan diberikan tugas untuk melihat samada perlaksanaan Hukum Hudud itu  "ultra virus" dengan perlembagaan. Sebarang keputusan mahkamah harus dihormati, namun bagi PAS, tanggungjawab sudah terlaksana, usaha sudah dibuat dan bukan sekadar omongan kosong sahaja.

Untuk cendiakawan Islam yang mahu melihat perlaksanaan hukum hakam Islam pasti boleh melihat ujian di atas dengan lebih positif dan idea yang jelas bagaimana untuk melaksanakannya di negara ini. Selagi ianya ditahap cakap-cakap kosong dan penuh dengan retorik politik semata, selagi itu ia akan jadi isu hangit yang semakin hangit dari sehari ke sehari.

- Bilakah Hukum Hudud Akan DiLaksanakan Di Negeri Kelantan?

Related posts:

Sahabat-Gunung: Pas Hanya Berani <b>Di Kelantan</b>, <b>Negeri</b> Lain <b>...</b>

Posted: 28 Sep 2011 05:45 PM PDT

Kata Nak Laksana Hudud Sebelum Ayam Berkokok?

Kenapa HUDUD hanya di Kelantan? jika perjuangan mereka sekata, Pas bukan hanya lantang di Kelantan sahaja malah di negeri-negeri yang dikuasai oleh rakan-rakan mereka dari kalangan DAP dan PKR.

Itulah persoalan yang dilontarkan EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO mencabar Pas agar mendesak negeri yang diketuai dari kalangan parti pembangkang untuk melaksanakan hukum hudud sepertimana komitmen Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk melaksanakannya di negeri tersebut.

Kenapakah di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang perkara itu tidak dibangkitkan atau didesak oleh kepimpinan Pas hari ini yang beriya-iya menuduh dan melemparkan pelbagai cemuhan terhadap Barisan Nasional (BN) berhubung isu berkenaan.

"Paling kurang pun tiga negeri selain Kelantan guballah Kanun Jenayah Syariah untuk membuktikan mereka seiring dengan apa yang kononnya diperjuangkan oleh Pas hari ini.

"Ini lain pula ceritanya..desak orang itu..kutuk pihak ini kononnya merekalah pejuang Islam sebenar. Kenapa mereka tidak pula desak dan cemuh kerajaan negeri seperti Kedah, Selangor dan sebagainya. Bukankah Menteri Besar dan Ketua Menteri dari kalangan mereka," katanya.

Baca seterusnya cabaran dan pandangan Ustaz Afandi di UMNO-Online.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads