03 di machang - Google Blog Search |
SMS Terakhir Mangsa Kemalangan Maut <b>Di Machang</b> Kepada Ibu Posted: 06 Oct 2011 04:40 PM PDT "Sayang mama, Ang akan balik ke kampung malam esok". Itu kandungan khidmat pesanan ringkas (SMS) terakhir daripada seorang anak, Mohd. Syamil Malek, 19, atau nama timangannya Ang, kepada ibunya, sebelum arwah maut dalam kemalangan berdekatan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM), Machang, Kelantan, pagi tadi. SMS itu dikirim kurang lapan jam sebelum kemalangan meragut nyawa mangsa yang juga penuntut Diploma Seni Lukis dan Seni Reka universiti itu. Menurut ibu Mohd. Syamil, Aisah Yusoff, 47, yang bekerja sebagai jururawat di Hospital Batu Pahat, anaknya itu menghantar SMS tersebut pukul 10 malam tadi dan memaklumkan telah membeli tiket kereta api yang dijadualkan bertolak ke Kluang malam ini. Katanya, seperti kebiasaan, bapa arwah, Malek Mahmod, 56, seorang pesara tentera laut akan menjemputnya di stesen kereta api Kluang. Aisah turut memberitahu, arwah kebiasaannya pulang ke rumah mereka di Kampung Parit Jorak Elahi di sini, dengan menaiki kereta api ekoran banyak kemalangan membabitkan bas sebelum ini. "Selepas SMS, saya telefon dia, suruh berhati-hati kalau keluar berjalan-jalan di sana (Kelantan) dan dia cakap ada banyak perkara hendak diceritakan sekembalinya ke kampung tetapi malangnya tidak berkesempatan," katanya. Related posts: |
You are subscribed to email updates from di machang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan