03 di wakaf che yeh - Google Blog Search |
Pasar Borong <b>Wakaf Che Yeh</b> | GloryDays Posted: 24 May 2011 06:55 AM PDT Wakaf Che Yeh adalah sebuah pasar malam terbuka yang terletak kira-kira 4km di luar bandar Kota Bharu. Mempunyai keluasan suku ekar, ia adalah tempat untuk membeli makanan ringan tempatan, buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta makanan laut. Terdapat juga deretan warung peniaga yang menjual aneka pakaian lelaki dan juga pakaian wanita. Wakaf Che Yeh beroperasi sepanjang masa dengan fungsi yang berbeza-beza ia merupakan pasar borong di waktu pagi, pasar basah diwaktu siang dan berubah menjadi pasar malam pula setelah matahari terbenam. Disini situasi tawar-menawar dan teriakan peniaga-peniaga mempromosikan barangan jualan mereka sambil berbual mesra sesama mereka Pasar Wakaf Che Yeh menjadi simbol perniagaan dan budaya kehidupan penduduk, menjadikan ia tidak pernah lekang daripada pengunjung. Kemeriahan yang wujud di pasar ini menjadikan ia tempat meluangkan masa bersama keluarga pada waktu malam buat penduduk di negeri ini.Bagi masyarakat tempatan, mereka mungkin sekadar 'mencuci mata' dan berjalan-jalan melihat pelbagai jenis barang jualan yang dipamerkan untuk pilihan.Bagi pengunjung yang jarang datang ke Kota Bharu terutamanya yang luar dari Kelantan, Wakaf Che Yeh adalah tempat yang 'wajib' dilawati. Jika pandai dalam tawar-menawar, barang yang boleh dibeli mungkin banyak berbekalkan modal sedikit. Keadaan bertambah sesak jika menjelang musim cuti perayaan dan musim cuti persekolahan,memandangkan ramai yang bercuti dan mengambil kesempatan untuk membeli belah.Bagi yang ingin berkunjung ke Kelantan ataupun yang belum sampai ke Kelantan,jadikan Wakaf Che Yeh sebagai tempat yang wajib dilawati. Wakaf Che Yeh 'Pasar Yang Tak Pernah Tidur' _________________________________________________________ |
You are subscribed to email updates from di wakaf che yeh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan