Sabtu, 18 Februari 2012

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


<b>Kelantan</b> miskin bukti Najib dan PM terdahulu gagal. - blog*spot

Posted: 18 Feb 2012 06:40 AM PST

KUALA LUMPUR, 18 Feb: Dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa Kelantan negeri paling miskin di negara ini, hanya membuka pekung dirinya sendiri sebagai pemimpin nombor satu negara.

Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah (gambar) berkata, jika benar dakwaan itu, ia bermakna kegagalan kesemua enam perdana menteri termasuk Najib untuk memajukan kesemua negeri dalam Malaysia ini sejak BN memerintah lebih 50 tahun lalu.

"Sekira benar Kelantan ini negeri miskin mengikut kata PM DS Najib, maka ini bermaksud benar-benar gagalnya enam orang Perdana Menteri dalam memajukan setiap pelusuk tanah air, setiap orang dari rakyatnya.

"(Ini) kerana negeri Kelantan ini adalah salah satu negeri dalam gabungan 14 negeri di dalam Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia, dan sama sekali bukan sebuah negeri yang berada di Thailand, atau Indonesia, atau Brunei, atau Kemboja, dan tidak mungkin sebuah negeri di Benua Afrika," coretnya melalui Facebooknya Hassan Hayastani..

Beliau dipercayai mengulas kenyataan Najib ketika berucap di Lahad Datu semalam kononnya Kelantan adalah negeri miskin tercorot dan bukan lagi Sabah.

Najib berkata kedudukan tercorot itu bermula sejak negeri tersebut berada di bawah pemerintahan kerajaan PAS Kelantan.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mini Estet Sejahtera (Mesej) Akuakultur Kampung Nala, Tungku, Lahad Datu di sini semalam.

Mengulas lanjut, Abu Hassan berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memerintah untuk memajukan mana-mana negeri dan tugas itu berada di atas batu jemala seorang perdana menteri.

"Negeri mana pun yang dikatakan miskin selagi dia adalah negeri di dalam Malaysia maka tanggungjawab memberi kekayaan, kemajuan, kesejahteraan dan kebajikan masadepan itu berada di atas kepimpinan seorang Perdana Menteri.

"Ini bukan zaman penjajah British dengan polisi kejadah pecah dan perintah!," tulis beliau.

Jawatan Kerja Kosong Sektor Kerajaan Terkini <b>di</b> <b>...</b> - blog*spot

Posted: 17 Feb 2012 05:31 PM PST


Jawatan Kosong Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST)

Posted: 16 Feb 2012 07:13 PM PST

KIST GROUP HOLDINGS SDN BHD (KGH) adalah sebuah organisasi yang begitu dinamik dan sedang berkembang pesat dalam pelbagai bidang yang amat diperlukan negara. Selaras dengan perkembangan memberangsangkan dan perancangan masa depan yang optimistik khususnya dalam teras utamanya iaitu Divison Pendidikan dan Latihan,KGH melalui subsidiarinya Ilmu & Hikmah Sdn Bhd, amat berbangga kerana telah menerima surat  pelawaan YB Menteri Pengajian Tinggi Malaysia bagi penubuhan KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SAINS DAN TEKNOLOGI (UniKIST).

Dengan kepercayaan dan keyakinan tinggi oleh pelbagai pihak selama ini, ia turut membolehkan KOLEJ ISLAM SAINS DAN TEKNOLOGI (KIST) yang merupakan anak syarikat KGH, terus berkembang pesat memainkan peranannya dan kini KIST telah pun mempunyai 9 buah cawangan di seluruh negara.

Sehubungan dengan perkembangan-perkembangan ini, KGH dengan berbesar hati mempelawa individu-individu yang bersifat dinamik, bersahsiah murni dan mempunyai minat, cita-cita dan komitmen yang tinggi dalam dunia pendidikan untuk bersama-sama warga KGH bagi menjawat jawatan-jawatan sepertimana berikut

1. Pengurusan & Pentadbiran (Jawatan: Koordinator)
2. Akademik (Jawatan : Penolong Pensyarah / Pensyarah)
3. Jawatan:Penyelidik (Research and Development)
4. Klinikal Instraktor (Clinical Instructor)
5. Pengawal Keselamatan (Lelaki / Wanita)
6. Eksekutif QA /QC- Jaminan / Kawalan Kualiti
7. Eksekutif Multimedia / IT
8. Eksekutif Pemasaran
9. Juruteknik (Mekanikal/ Elektrik/ Awam / Komputer / Audio-Visual)
10. Pemandu Peribadi
11. Pekerja Am/ Buruh

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

Cara Memohon:-
1. Setiap permohonan mestilah disertakan dengan salinan sijil-sijil yang disahkan.

2. Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di mana â€" mana cawangan KIST seluruh negara.

3. Calon-calon yang berjaya akan menjalani latihan awal di Kampus Utama Ibnu Sina, Bachok Kelantan selama 3 bulan.

4. Pemohon boleh datang sendiri ke pejabat KIST untuk mendapatkan borang permohonan jawatan kosong. Borang permohonan yang lengkap diisi beserta dengan sijil perlu dihantar ke alamat di bawah:

Jabatan Sumber Manusia,
KIST Group Holdings Sdn.Bhd.
Wisma KIST, Lot 500, Taman Permai Demit, Kubang Kerian,
16150 Kota Bharu, Kelantan.

Telefon: 09-7666420 / 422 atau 09-7655223
Email:kerjaya@kist.edu.my

Tarikh Tutup Permohonan Pada 25 Februari 2012

Jawatan Kosong FELCRA Berhad

Posted: 16 Feb 2012 07:01 PM PST

FELCRA Urus Estet Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat milik penuh FELCra Berhad yang melaksanakan aktiviti pembangunan tanah dan kerja berkaitan dengannya. Kami memerlukan seorang staf yang berketerampilan dan berkemahiran dalam perhubungan awam bagi melaksanakan aktiviti untuk jawatan seperti berikut:

1. Pegawai Projek

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

Cara Memohon:-
Kepada sesiapa yang berminat sila hantar resume kepada:-

Pengarah Urusan
FELCRA Urus Estet Sdn. Bhd.
Tingkat 1, Wisma FELCRA
53300 Setapak Jaya
Kuala Lumpur

Tarikh Tutup Permohonan Pada 29 Februari 2012, Jam 4.00 Petang

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Posted: 16 Feb 2012 07:58 PM PST

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mempelawa para pemohon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di UPSI bagi tahun 2012. Kami mahu anda yang berkelayakan, komited dan pro-aktif bersama kami menuju ke arah kebitaraan dan kecemerlangan pendidikan membawa anak watan ke puncak kegemilangan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (DG41)

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN CARA MEMOHON
PERMOHONAN SECARA ONLINE

Tarikh Tutup Permohonan Pada 29 Februari 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads