03 di gaal kelantan - Google Blog Search |
passage of time: Uji ingatan ... Posted: 20 Feb 2012 04:57 PM PST Bila semakin berusia, Allah s.n.w. akan tarik balik nikmat yg diberikan sedikit demi sedikit ... Melepasi angka 50 ... banyak dah yg DIA tarik. Fizikal dan mental. Yg paling ketara ...deria rasa, pendengaran dan penglihatan. Otak pun semakin menurun fungsi memorinya. Kadang2 baru dok 'plan' apa nak tulis dlm blog. Cukup dgn sedikit 'distraction' atau buat benda lain dulu, opps! dah lupa apa yg dirancang tu. Puas memikirnya ... 90% hari yg sama, tak dapat 'recall'. Dan yg lucunya, kadang2 2 -3 hari lepas tu tiba2 ingat pula!! Cam memori komputer pula ... 'reboot' semula. Haha ... Tapi ... yg herannya 'most of the time' saya boleh 'recalls' kisah2/cerita2/kenangan2 lama. Sekarang nak 'testing' memori tentang sekolah2 lama saya .... Hmmm ... let see Darjah 1 : SK Perempuan P.Puteh, Kelantan (sempat 2 - bulan), SK Nibong Tebal, Seb. Perai, P.Pinang (sebab ayah kena kursus Maktab Perguruan Lembah Pantai 6 bulan, jd mak pilih tinggal di rumah ayahnya ~ mak orang P.Pinang) & SK Gaal, P.Puteh, Kelantan (setelah ayah habis kursus). Darjah 2 : SK Gaal, P.Puteh, Kelantan ( ada sorang budak yg selalu menyakat saya!! Benci sangat dulu ... tapi sekarang dah jadi suami kita!! (^_^) ~ tak sangka!!) Darjah 3 - 4 : SK Machang, Kelantan (kawan baik Maznah Hussein & W.Shahiran W.Mahyiddin ~ entah di mana mereka sekarang) Darjah 5 -6 : SK Sungai Bagan, Labok, Kelantan (sekolah dlm estet getah. Kawan2 sekelas yg saya ingat ~ Siti Aklima, Azizah (sbb budak2 lelaki selalu usik nyanyi lagu P.Ramlee, Oh Azizah), Khalid Zakaria, Zulkifli - ketua darjah, Choo Siew Yan, Chu Geok Swan ~ itu antaranya) Ting. Peralihan : SM Hamzah Machang (sekejap, kemudian dapat tawaran Kelas Peralihan Khas. Yg saya ingat cuma Zairon Mustaffa & sorang budak lelaki Cina, tak ingat nama. Sebabnya, saya anggap mereka seteru belajar saya, yg saya harus lawan & cuba atasi mereka setiap masa** tapi kami kawan baik.) Peralihan Khas - Ting. 5 : SM Zainab, Kota Bharu, Kelantan (ramai yg dapat jumpa/hubungi semula melalui FB). Kemudian saya ke Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu sekejap (Ting. 6 Sains) sebelum ditawarkan ke ITM, Dungun (sekarang UiTM) hinggalah tamat pengajian di sana juga. Wah!! Masih OK lagi memori lama saya ... nampaknya memori semasa aje yg selalu 'trouble'nye ... Tanda2 tipikal ... saya sudah tua!!! ** p.s. teknik saya motivasikan diri sendiri untuk dapat yg terbaik. Dlm hati saya saya akan 'target' mereka2 yg cemerlang. Dan saya buat azam mereka2 inilah lyg saya akan cuba atasi. Itulah cara saya belajar ... ia berkesan. Contohnya, setiap semester saya azam untuk 'beat' R.H.I.M. Mereka 4 orang ini yg ada subjek pakar masing2 yg saya nak 'beat'. Alhamdulillah ... akhirnya, pada semester 6 saya berjaya 'beat' mereka semua dan hehe .. hingga hari ini mereka tidak tahu mengenai strategi saya tu!! SSHHH .... |
SharpShooter: Adakah taktik paling kotor akan digunakan umporno <b>...</b> Posted: 04 Feb 2012 06:47 PM PST Umporno dan Barisan Nasional (BN) dianggap begitu terdesak bagi mempertahankan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13, apabila dilihat cuba membayangkan menggunakan strategi kotor. Ini dapat dibuktikan berdasar ucapan Perdana Menteri apabila cuba menggambarkan Umno akan mempertahankan Putrajaya sehingga ke titis darah terakhir. Dan terbaru pula Datuk Seri Najib Razak mengeluarkan kenyataan kira-kira 20,000 anggota Rela sedia mempertahankan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kenyataan seperti itu yang dilafazkan seorang ketua negara cukup membimbangkan, seolah-olah membayangkan kerajaan BN terpaksa menggunakan kaedah luar normal bagi mempertahankan Putrajaya. Malah katanya, kebelakangan isu-isu perkauman cuba dicetuskan dengan didalangi pihak tertentu bagi menakut-nakutkan rakyat termasuk meletak kepala babi di masjid. "Rumah pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat pula disimbah cat merah dan ada unsur khianat sehingga sanggup membakar rumah," katanya pada program taklimat khas Ketua Penerangan PAS Pusat di Markas Dewan Ulamak PAS Kelantan (Madu) di Labok, petang semalam. Hadir sama anggota-anggota Jawatankuasa Lajnah Penerangan PAS Pusat, Setiausaha PAS Kelantan, Zulkefli Mamat, Ketua Penerangan, Dr Muhammad Fadzli Hassan, Bendahari, Hanifa Ahmad dan veteran PAS, Datuk Omar Mohamad. Sebelum itu rombongan jelajah Lajnah Penerangan PAS Pusat tiba di Gua Musang pada awal pagi dan mengadakan kuliah Subuh di Masjid Ladang Sungai Terah serta minum pagi bersama rakyat. Pada malam tadi pula diadakan ceramah di Dataran Hijau, Batu 30, Machang dan di Gaal, Pasir Puteh. Dan pagi ini pula mengadakan kuliah Subuh di Besut dan program penerangan di Kuala Terengganu. Manakala esok pula Jelajah Lajnah Penerangan berada di Pahang. Kelantan merupakan destinasi ketiga program berkenaan selepas Sabah dan Sarawak. Program terbabit diadakan setiap hujung minggu dijangka berakhir hujung bulan ini. Tahun lepas seorang aktivis Gerakan Kembali Royalti Minyak Rakyat Kelantan, Hishamuddin Ghazali ditampar dipercayai samseng Umno ketika memasang sepanduk menuntut royalti di Kampung Sireh. Tuan Ibrahim juga berkata, dakwaan pihak lawan kononnya PAS menjadi alat DAP tidak berasas sama sekali memandangkan dasar perjuangan PAS tidak pernah berubah sejak diwujudkan sehingga sekarang. "Malah kalau kita tengok dari segi jumlah kerusi parlimen yang diitandingi PAS lebih banyak berbanding DAP pada pilihan raya umum lalu. PAS bertanding di 67 kerusi, berbanding DAP tanding di 46 kerusi. KeADILan pula bertanding di 94 kerusi. "Macam mana DAP boleh gantikan PAS memandangkan jumlah kerusi yang ditandingi PAS lebih banyak. Hubungan akrab di antara DAP dan PAS juga dapat dilihat pada setiap pilihan raya kecil yang diadakan selepas pilihan raya umum 2008. "DAP sanggup membuka bilik gerakan bagi membantu PAS menghadapi pilihan raya kecil di Tenang. Begitu juga di tempat-tempat lain," ujarnya. Pada majlis itu beliau berharap jentera PAS bekerja bersungguh-sungguh bagi mempertahankan kerajaan negeri kerana Kelantan menjadi model sehingga membolehkan Pakatan Rakyat bertapak di empat lagi negeri pada pilihan raya umum ke-12 lalu. Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... |
You are subscribed to email updates from di gaal kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan