Ahad, 26 Februari 2012

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


<b>Kelantan</b> Didesak Serah Urusan Air Kepada SPAN | Rima Alliq <b>...</b>

Posted: 25 Feb 2012 08:52 PM PST

AZMI menandatangani kempen tandatangan sejuta rakyat Kelantan yang mendesak kerajaan  menyerahkan pengurusan air kepada SPAN, semalam.

AZMI menandatangani kempen tandatangan sejuta rakyat Kelantan yang mendesak kerajaan menyerahkan pengurusan air kepada SPAN, semalam.

KOTA BHARU: Kira-kira 3,000 orang menyertai perhimpunan aman mendesak kerajaan PAS Kelantan menyerahkan pengurusan air kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk memastikan bekalannya lebih terjamin.

Perhimpunan anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) dan Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (TUKAR) di Lembah Sireh, di sini memberi sebulan kepada kerajaan bermula semalam untuk menyerahkan pengurusan itu atau berdepan perhimpunan kira-kira 10,000 rakyat Kelantan sebagai tanda desakan.

Pengerusi MTRK, Azmi Ali, berkata perhimpunan itu dilakukan berikutan tindakan kerajaan PAS Kelantan yang gagal menyediakan perkhidmatan air memuaskan walaupun menerima peruntukan besar daripada Pusat.

Katanya, MTRK juga berasa dipermainkan berikutan kegagalan kerajaan Kelantan memberi jawapan terhadap memorandum yang dihantar kepada Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, bulan lalu.

"Selama 22 tahun kerajaan PAS Kelantan memerintah dan sepatutnya isu berkenaan dapat diatasi memandangkan Kerajaan Pusat sudah menyalurkan banyak peruntukan untuk menyediakan air berkualiti," katanya, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Gerakan TUKAR, Kamarudin Mohd Kasim, berkata perhimpunan itu bukan saja menjuruskan kepada penyediaan air bermutu, tetapi masalah kehilangan air tidak berhasil (NRW).

"Gerakan TUKAR hairan, duit bagi menyediakan kemudahan air habis, namun berlaku NRW yang teruk dan perkara seperti harus ditangani dengan segera.
"Sudah tiba masanya, isu air diberi perhatian serius bagi memastikan rakyat tidak menderita dan Gerakan TUKAR akan melaksanakan pelbagai kegiatan bagi menjamin masa depan rakyat Kelantan lebih terbela," katanya.

Sila klik sini dan sini =)

Mahu buat duit percuma?klik sini =)

from your own site.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads