ads

Ahad, 5 Februari 2012

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


Majlis Penyerahan Bangunan <b>Di</b> Bawah Pelaksanaan Kementerian <b>...</b>

Posted: 19 Jan 2012 08:30 AM PST

Majlis penyerahan projek siap membina Pondok Polis dan Sebuah Rumah Berkembar Setingkat di Behrang Ulu Slim River,Perak dan Projek Siap Membina Pondok Polis Jelawat Kelantan di bawah pelaksanaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) oleh Y.B Tan Sri Mahmood bin Adam (KSU) Ketua Setiausaha kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).   

Majlis penyerahan projek siap telah diadakan di Bilik Sidang Media Aras 11,Blok D1.Turut menghadirkan diri pada majlis penyerahan projek siap di bawah pelaksanaan Kementerian Dalam Negeri yang mewakil Polis Diraja Malaysia iaitu Y.Bhg Dato' Pengarah Jabatan Logistik Bukit Aman dan wakil kontraktor Ibamshah Sdn.Bhd iaitu En.Awang Bin Tuah dan wakil daripada Terra Vista Engineering Sdn.Bhd iaitu En.Shamsul Aswadi bin Muhamad.

, , Full content generated by Get Full RSS.

Malaysia Zoom » BN janji selesai masalah sampah <b>di</b> Beris Lalang

Posted: 04 Feb 2012 03:02 PM PST

BACHOK 4 Feb. – Barisan Nasional (BN) berjanji akan menyelesaikan masalah bau busuk dan pencemaran alam sekitar dari tapak pelupusan sampah di Kampung Beris Lalang di sini sekiranya dapat menawan negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr. Ilias Husain berkata, lokasi tapak tersebut yang berhampiran dengan rumah penduduk menimbulkan ketidakselesaan kepada mereka kerana terpaksa menghidu bau busuk serta lalat yang banyak berbanding sebelumnya.

Beliau berkata, penduduk turut mendakwa kawasan pembuangan sampah itu itu memberi kesan buruk termasuk mencemarkan air sungai berdekatan yang sudah berubah warna menjadi hitam.

"Ini adalah 'hadiah' Kerajaan Pas Kelantan kepada penduduk Kampung Beris Lalang sejak sekian lama memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat yang kononnya projek itu boleh memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

"Orang yang mendapat manfaat itu tidak melebihi 30 orang termasuk pengendali tempat pelupusan dan pencari bahan lusuh untuk dikitar semula, tetapi masalah bau busuk, pembiakan lalat dan tikus terpaksa ditanggung ribuan rakyat secara berterusan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Belajar Memasak dan Temu Mesra Pemimpin Bersama Rakyat di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Kemas) Beris Lalang dekat sini hari ini.

Ilias yang juga Penyelaras DUN Jelawat berkata, penduduk di kampung berkenaan juga tidak tahan dengan bau busuk dari sisa sampah yang terjatuh di jalan raya ketika diangkut terutama oleh lori pengangkut sampah swasta yang tidak menggunakan penutup khas.

Katanya, pada pertengahan tahun lepas sebilangan besar penduduk kampung berkenaan mengadakan piket dan menghantar memorandum bantahan kepada Kerajaan Pas Kelantan, namun tidak mendapat sebarang reaksi positif untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

BN berjanji akan menyelesaikan masalah itu dan akur dengan permintaan rakyat supaya Beris Lalang tidak dijadikan sebagai 'kampung sampah' dengan menukarkan status lokasi yang sedia ada sebagai satu kawasan perindustrian yang boleh memberi impak ekonomi kepada mereka," katanya.

Ilias berkata, mengikut perancangan kawasan pelupusan sampah itu boleh diwujudkan kawasan kilang memproses herba, industri buah-buahan dan elektronik termasuk menarik pelabur berpotensi dengan kepakaran dari Jerman dan Korea Selatan.

Saya yakin projek yang lebih fokus untuk membela nasib rakyat di kawasan ini mampu dilaksanakan oleh BN sebagaimana Projek Pembangunan Masyarakat Setempat yang dilaksanakan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menerusi Risda membantu 50 keluarga miskin di Dewan Undangan Negeri Jelawat mendapat kediaman yang selesa di perkampungan baru Nenasi Beris Lalang pada 2004," katanya.

Tambahnya, projek itu menelan perbelanjaan sebanyak RM1.2 juta yang menyediakan 50 unit rumah berharga RM33,000 dan projek peningkatan ekonomi sebanyak RM10,000 untuk setiap peserta termasuk 3.2 hektar tanah untuk membangunkan aktiviti pertanian komersial.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full content generated by Get Full RSS.

Jengka 19: Utusan Online - Timur

Posted: 04 Feb 2012 10:00 AM PST


Air: Pusat sudah agih RM600j kepada Kelantan

Posted:

Air: Pusat sudah agih RM600j kepada Kelantan

Air: Pusat sudah agih RM600j kepada Kelantan

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my


Mustapa Mohamed (tiga dari kiri) beramah mesra dengan orang ramai ketika hadir pada Majlis Perasmian Penutupan Ekspo Usahawan Mara di Tok Bali di Tanah Merah, semalam. – BERNAMA


TANAH MERAH 4 Feb. - Kerajaan Pusat telah memberi peruntukan mencecah RM600 juta kepada Kerajaan Pas Kelantan sejak memerintah negeri ini untuk menyelesaikan masalah air, bagaimanapun sehingga hari ini ia belum diselesaikan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, perkara tersebut merupakan fakta yang perlu diketahui rakyat kerana selama ini pemimpin-pemimpin Pas menuduh UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai parti yang zalim seolah-olah tidak pernah membantu rakyat negeri ini.

"RM600 juta sudah diberi kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat secara percuma tetapi sampai ke hari ini mereka gagal menyelesaikan masalah air.

"Duit sebanyak ini kalau kita buat pinjaman di bank akan dikenakan kadar faedah sehingga tujuh peratus, tetapi mereka dapat percuma namun tiada hasil yang dapat dilihat," katanya.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Parlimen Tanah Merah di sini, semalam.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz dan kira-kira 3,000 rakyat kawasan itu.

Masalah air merupakan antara perkara asas yang masih gagal diselesaikan di negeri ini menyebabkan sebahagian besar rakyat Kelantan tidak mendapat bekalan air bersih sepenuhnya.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Md. Ainizam Abdul Rahman dalam kenyataannya sebelum ini berkata, masalah air di Kelantan hanya dapat diselesaikan pada 2030.

Sementara itu Mustapa berkata, pelbagai lagi kegagalan Kerajaan Pas Kelantan dapat dilihat apabila masyarakat Orang Asli di Gua Musang kini turut memberontak dan menuntut tanah mereka yang dirampas untuk projek Ladang Rakyat dikembalikan.

Meskipun begitu katanya, pemimpin Pas dalam ceramah mereka masih lagi menuduh UMNO sebagai kejam dan menggambarkan diri mereka sebagai pemimpin yang suci bersih dan tidak mengakui kesilapan sendiri.

Di Gua Musang baru-baru ini ramai penduduk Orang Asli memberontak dan melakukan demonstrasi di masjid kerana menuntut hak mereka yang dizalimi.

"Kita tahu mereka dizalimi kerana tanah adat yang menjadi tempat mereka bercucuk tanam dan mencari rezeki sejak ratusan tahun dulu dirampas tanpa keadilan," tegas beliau.

Full content generated by Get Full RSS.

PGM rampas 63kg daun ketum

Posted:

PGM rampas 63kg daun ketum

PGM rampas 63kg daun ketum

TUMPAT 4 Feb. - Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah 3 Pengkalan Kubor di sini mematahkan cubaan dua warga Thailand menyeludup keluar 63 kilogram daun ketum ke negara berkenaan di Jalan Kasban-Pulau Ular di sini semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian pukul 12.05 tengah hari itu, kedua-dua suspek sempat meloloskan diri dengan meninggalkan kenderaan pikap yang mereka naiki.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Khalid Munap berkata, sepasukan anggota diketuai Sarjan Mejar Alias Shamsuddin terserempak dengan kedua-dua lelaki itu dalam keadaan mencurigakan di kawasan tersebut.

"Sebaik sahaja menahan kenderaan mereka, pemandu yang berusia 23 tahun itu telah menyerahkan pasport miliknya untuk diperiksa.

"Sebaik sahaja pemandu itu diarahkan ke tepi jalan untuk pemeriksaan lanjut, dia tiba-tiba memecut kenderaan tersebut dan melarikan diri ke Pengkalan Kubor.

"Anggota PGM terpaksa mengejarnya namun sebaik sahaja kenderaan itu ditemui 15 minit kemudian di Jalan Pengkalan Kubor, pemandunya telah menghilangkan diri," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah hari ini.

Khalid berkata, pihaknya kemudian memeriksa kenderaan itu dan menemui sejumlah daun ketum yang disorokkan dalam ruang tayar simpanan, dinding belakang ruangan letak barang dan setiap bahagian kiri dan kanan kenderaan itu.

Menurutnya, dipercayai daun ketum tersebut cuba dibawa masuk ke Thailand melalui laluan kargo Pengkalan Kubor-Takbai, Thailand.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya sekali.

Kenderaan terbabit bersama 487 bungkusan daun ketum yang dibungkus dengan kertas surat khabar itu diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Tumpat untuk siasatan lanjut.

Full content generated by Get Full RSS.

BN janji selesai masalah sampah di Beris Lalang

Posted:

BN janji selesai masalah sampah di Beris Lalang

BN janji selesai masalah sampah di Beris Lalang

BACHOK 4 Feb. - Barisan Nasional (BN) berjanji akan menyelesaikan masalah bau busuk dan pencemaran alam sekitar dari tapak pelupusan sampah di Kampung Beris Lalang di sini sekiranya dapat menawan negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr. Ilias Husain berkata, lokasi tapak tersebut yang berhampiran dengan rumah penduduk menimbulkan ketidakselesaan kepada mereka kerana terpaksa menghidu bau busuk serta lalat yang banyak berbanding sebelumnya.

Beliau berkata, penduduk turut mendakwa kawasan pembuangan sampah itu itu memberi kesan buruk termasuk mencemarkan air sungai berdekatan yang sudah berubah warna menjadi hitam.

"Ini adalah 'hadiah' Kerajaan Pas Kelantan kepada penduduk Kampung Beris Lalang sejak sekian lama memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat yang kononnya projek itu boleh memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

"Orang yang mendapat manfaat itu tidak melebihi 30 orang termasuk pengendali tempat pelupusan dan pencari bahan lusuh untuk dikitar semula, tetapi masalah bau busuk, pembiakan lalat dan tikus terpaksa ditanggung ribuan rakyat secara berterusan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Belajar Memasak dan Temu Mesra Pemimpin Bersama Rakyat di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Kemas) Beris Lalang dekat sini hari ini.

Ilias yang juga Penyelaras DUN Jelawat berkata, penduduk di kampung berkenaan juga tidak tahan dengan bau busuk dari sisa sampah yang terjatuh di jalan raya ketika diangkut terutama oleh lori pengangkut sampah swasta yang tidak menggunakan penutup khas.

Katanya, pada pertengahan tahun lepas sebilangan besar penduduk kampung berkenaan mengadakan piket dan menghantar memorandum bantahan kepada Kerajaan Pas Kelantan, namun tidak mendapat sebarang reaksi positif untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

BN berjanji akan menyelesaikan masalah itu dan akur dengan permintaan rakyat supaya Beris Lalang tidak dijadikan sebagai 'kampung sampah' dengan menukarkan status lokasi yang sedia ada sebagai satu kawasan perindustrian yang boleh memberi impak ekonomi kepada mereka," katanya.

Ilias berkata, mengikut perancangan kawasan pelupusan sampah itu boleh diwujudkan kawasan kilang memproses herba, industri buah-buahan dan elektronik termasuk menarik pelabur berpotensi dengan kepakaran dari Jerman dan Korea Selatan.

Saya yakin projek yang lebih fokus untuk membela nasib rakyat di kawasan ini mampu dilaksanakan oleh BN sebagaimana Projek Pembangunan Masyarakat Setempat yang dilaksanakan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menerusi Risda membantu 50 keluarga miskin di Dewan Undangan Negeri Jelawat mendapat kediaman yang selesa di perkampungan baru Nenasi Beris Lalang pada 2004," katanya.

Tambahnya, projek itu menelan perbelanjaan sebanyak RM1.2 juta yang menyediakan 50 unit rumah berharga RM33,000 dan projek peningkatan ekonomi sebanyak RM10,000 untuk setiap peserta termasuk 3.2 hektar tanah untuk membangunkan aktiviti pertanian komersial.

Full content generated by Get Full RSS.
Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved