Sabtu, 25 Februari 2012

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


Kirapu.blogspot: <b>Jeli</b>, <b>Kelantan</b>

Posted: 17 Jan 2012 01:17 PM PST

Dari Sungai Golok, kami bejalan menyebrangi sungai ke Rantau Panjang, Kelantan. Kami berada di Jeli, Kelantan selama 2 malam untuk menghadiri kenduri kahwin kawan baik masa di UM dulu. Kali ni tak jalan sangat la, sibuk dengan persiapan kenduri, bejalan pun di sekitar Jeli je.


Di Jeli kami menginap di Jelita Inn, sebuah hotel bajet yg dimiliki oleh MRSM Jeli. Tempat ni agak strategik terletak di sebelah MRSM, di tingkat bawah ada kedai-kedai ala-ala R&R sementara tingkat atas pula dijadikan hotel. Bilik yg kami duduk rm50 semalam dan biliknya agak luas dan selesa tapi tak ada aircond. Tak perlu aircond tu, kat sini malam-malam sejuk...lagipun orang sponsor, dah ira bagus sangat dah...haha. Satu lagi jenis bilik ada aircond siap dengan ruang tamu yg luas (ala-ala bilik apartment) dan ada tv astro rm90 semalam, satu bilik muat ramai.
Sebahagian masa kat sini lepak rumah kenduri. Tolongnya tak seberapa, makan je banyak...haha


Kat Jeli ni ada satu pekan tempat membeli belah yg agak popular iaitu Bukit Bunga. Barang-barang kat sini seperti toto, teddybear, bantal, kain batik dan makanan sebahagian besar dari Thailand. Harga barang kat sini pun sangat murah, tak payah pgi rantau panajng pun.



Gambar-gambar kahwin...yg lain sibuk tumpang glamer...hahaha ::p

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads