Jumaat, 10 Februari 2012

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


Dari Minda Mohd Nasron Hashim: Jajahan Kuala Krai Dan Machang

Posted: 10 Feb 2012 01:35 AM PST

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
KUALA KRAI merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan. Ibu daerahnya ialah bandar Kuala Krai. Kuala Krai merupakan jajahan kedua terbesar di Kelantan selepas Gua Musang dengan keluasan 2,287.10 kilometer persegi. Terdapat tiga daerah utama dalam jajahan ini iaitu Batu Mengkebang, Olak Jeram dan Dabong. Jumlah mukim di Kuala Krai ialah 35.
Kebanyakan penduduk di jajahan Kuala Krai mengusahakan tanaman getah. Jajahan ini bersempadan dengan Gua Musang di selatan, Jeli di barat, Tanah Merah di barat laut, negeri Terengganu di timur dan Machang di utara.
Sebelum tahun 1977, Kuala Krai dikenali sebagai Ulu Kelantan dan merangkumi Gua Musang, Kuala Krai dan daerah Kuala Balah di selatan Jeli. Bandar Kuala Krai ketika itu bertindak sebagai ibu jajahan Ulu Kelantan. Kuala Krai ditadbir oleh Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir jajahan ini iaitu Majlis Daerah Kuala Krai (bagi kawasan utara jajahan) dan Majlis Daerah Dabong (bagi kawasan selatan jajahan).
Kuala Krai berkembang pesat setelah dibuka lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang pada Ogos 1983 yang merupakan laluan jalan raya ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu. Dua sungai utama iaitu Sungai Galas dan Sungai Lebir bertemu di Sungai Kelantan di bandar Kuala Krai. Terdapat stesen keretapi yang menghubungkan Tumpat ke Gua Musang.
MACHANG merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan Darul Naim yang terletak di tengah negeri Cik Siti Wan Kembang. Machang mempunyai lebih kurang 82,653 orang penduduk (tahun 2005). Machang juga merupakan nama sejenis pokok buah.
Terdapat 6 daerah di Machang iaitu Labok, Pulai Chondong, Panyit, Pangkal Meleret, Ulu Sat, dan Temangan. Jumlah mukim di Machang ialah 30.
Di bahagian utara jajahan Machang terdapat jajahan Kota Bharu, di timurnya Jajahan Pasir Puteh dan bersempadan dengan Negeri Terengganu, di barat ialah Jajahan Tanah Merah manakala di selatan ialah Jajahan Kuala Krai.
Antara tarikan sejarah di sini ialah Menara Masjid Pulai Condong. Salah satu kampus cawangan Universiti Teknologi MARA juga bertempat di Machang. 
Antara tempat menarik di Daerah Machang yang sering dikunjungi oleh orang ramai ialah kolam air panas yang terletak di Kampung Rengas Tok Bok, Jeram Linang dan Taman Rekreasi Bukit Bakar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads