Sabtu, 11 Februari 2012

03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search


Dia buat dah: Resort bertukar karaoke diserbu

Posted: 10 Feb 2012 07:04 PM PST



INILAH resort yang diubah suai menjadi pusat karoake di Pantai Perupok, Bachok kelmarin.

BACHOK - Tidak serik. Tidak sampai sebulan selepas kali pertama diserbu, sebuah resort yang diubah suai menjadi pusat karaoke di Pantai Perupok dekat sini diserbu sekali lagi kerana didapati terus menjalankan kegiatan tersebut malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Ab. Rahim Che Ghani berkata, bertindak atas maklumat awam dan hasil risikan selama seminggu, sepasukan lapan anggota yang diketuai oleh Inspektor Mohd. Kamal Bawa menyerbu premis berkenaan pada pukul 12.10 malam.

Menurut beliau, dalam serbuan tersebut polis menahan enam orang pelanggan terdiri daripada empat lelaki dan dua perempuan berusia antara 19 hingga 51 tahun.

"Mereka yang ditahan termasuklah seorang guru dan dua pelajar termasuk salah seorang penuntut di sebuah kolej manakala yang lain merupakan nelayan dan peniaga.

"Ketika serbuan, terdapat tiga pelanggan termasuk seorang perempuan berada dalam sebuah bilik dan sedang menyanyi manakala tiga lagi juga termasuk seorang remaja perempuan berada di depan premis berkenaan dipercayai menunggu giliran untuk berkaraoke," kata beliau ketika dihubungi semalam.

Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads