Ahad, 12 Februari 2012

03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search


Dia buat dah: Guru, dua pelajar antara enam ditahan

Posted: 11 Feb 2012 04:14 PM PST


BACHOK 11 Feb. - Tindakan polis menyerbu sebuah resort yang diubah suai menjadi pusat karaoke haram di Perupok di sini tidak sampai sebulan lalu, masih belum memberi pengajaran kepada pemiliknya apabila masih menjalankan aktiviti tersebut.

Dalam serbuan terbaru pukul 12.10 tengah malam semalam oleh sepasukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dengan dibantu Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok, pusat karaoke itu masih beroperasi seperti biasa.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Ab. Rahim Che Ghani berkata, enam pelanggan termasuk seorang guru dan dua pelajar yang asyik berhibur ditahan dalam operasi tersebut.

"Mereka yang ditahan termasuklah seorang guru dan dua pelajar yang mana salah seorang daripadanya penuntut di sebuah kolej manakala, yang lain merupakan nelayan dan peniaga.

"Ketika serbuan, terdapat tiga pelanggan termasuk seorang perempuan berada dalam sebuah bilik dan sedang menyanyi sementara, tiga lagi sedang berada di bahagian depan premis berkenaan dipercayai sedang menunggu giliran untuk karaoke," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Katanya, seorang warga Bangladesh berusia 22 tahun dipercayai penjaga pusat karaoke tersebut turut ditahan untuk membantu siasatan.

Ab. Rahim berkata, dalam serbuan berkenaan, pihaknya merampas 10 jenis barangan termasuk dua pembesar suara, sebuah pemprosesan pusat, sebuah televisyen dan set sistem bunyi dianggarkan bernilai RM10,000.

Katanya, siasatan mendapati pemiliknya masih berdegil menjalankan kegiatan karaoke walaupun premisnya telah diserbu pada 13 Januari lalu.

"Dalam serbuan pertama, kita merampas kesemua peralatan karaoke dalam bilik yang beroperasi sebagai pusat karaoke di premis berkenaan. Difahamkan, pemilik terbabit dikenakan denda RM2,000 manakala barangan dilupus.

"Selepas serbuan pertama, pusat karaoke ini dipercayai menjalankan operasi tidak mengikut masa ditetapkan kerana bimbang premis mereka diserbu lagi," katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan terhadap premis berkenaan mendapati pemiliknya tidak mempunyai lesen pihak berkuasa tempatan dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan 1998.

Utusan Malaysia Online - Timur:

'via Blog this'

CINTA ITU MENGASYIKKAN 1: BILA AGAMA KURANG DIDADA <b>...</b>

Posted: 11 Feb 2012 11:40 PM PST

Janda tiga anak Thailand ke tali gantung


SHAH ALAM - Seorang wanita warga Thailand dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis kokain seberat 765.9 gram dengan cara menelannya dua tahun lepas.
Hakim Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati bahawa pembelaan Raveeploy Sangkam, (gambar) 28, dari Bangkok gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tandas bilik Wad 6B, Hospital Serdang, di antara pukul 6.35 petang 5 November dan pukul 11.05 malam pada 8 November 2010.

Resort bertukar karaoke diserbu



INILAH resort yang diubah suai menjadi pusat karoake di Pantai Perupok, Bachok kelmarin.



BACHOK - Tidak serik. Tidak sampai sebulan selepas kali pertama diserbu, sebuah resort yang diubah suai menjadi pusat karaoke di Pantai Perupok dekat sini diserbu sekali lagi kerana didapati terus menjalankan kegiatan tersebut malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Ab. Rahim Che Ghani berkata, bertindak atas maklumat awam dan hasil risikan selama seminggu, sepasukan lapan anggota yang diketuai oleh Inspektor Mohd. Kamal Bawa menyerbu premis berkenaan pada pukul 12.10 malam.
Menurut beliau, dalam serbuan tersebut polis menahan enam orang pelanggan terdiri daripada empat lelaki dan dua perempuan berusia antara 19 hingga 51 tahun.
"Mereka yang ditahan termasuklah seorang guru dan dua pelajar termasuk salah seorang penuntut di sebuah kolej manakala yang lain merupakan nelayan dan peniaga.
"Ketika serbuan, terdapat tiga pelanggan termasuk seorang perempuan berada dalam sebuah bilik dan sedang menyanyi manakala tiga lagi juga termasuk seorang remaja perempuan berada di depan premis berkenaan dipercayai menunggu giliran untuk berkaraoke," kata beliau ketika dihubungi semalam.

Dua bayi maut akibat wabak AGE di Hilir Perak



HANG SOON melawat seorang daripada enam pesakit AGE yang sedang dirawat di Hospital Tapah semalam.



TAPAH – Sebanyak dua kematian akibat wabak Acute Gastroenteritis (AGE) atau penyakit berjangkit bawaan air dan makanan direkodkan di daerah Hilir Perak di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Sumber Manusia Perak, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, dua kes tersebut membabitkan kanak-kanak masing-masing berusia 10 dan dua bulan pada minggu lalu.
Katanya, walaupun Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) masih menyiasat punca sebenar kematian, pihaknya percaya ia disebabkan daripada renjatan akibat kekurangan air dalam badan.
"Kita tidak dapat buat spekulasi punca sebenar sama ada sebab bakteria atau virus kerana kedua-dua bayi berkenaan tidak pernah mendapatkan rawatan di klinik kesihatan kerajaan sebelum kematian," katanya selepas melawat pesakit-pesakit kes berkenaan di Hospital Tapah di sini semalam.

47 rumah rosak dilanda ribut



SEBUAH kereta rosak dihempap pokok durian akibat ribut di Kampung Padang Lalang, Nibong Tebal kelmarin.



NIBONG TEBAL - Sebanyak 47 rumah di beberapa kampung di sekitar kawasan Tasek di sini mengalami kerosakan teruk akibat dilanda ribut malam kelmarin.
Kawasan yang terlibat dalam kejadian selama 20 minit bermula pukul 8 malam itu ialah Kampung Tasek, Kampung Sekolah, Kampung Seberang Tasek, Kampung Padang Lalang, Kampung Kepala Gajah, Taman Puteri Gunung, Kampung Balik Bukit dan Kampung Sepulau.
Kejadian itu juga menyebabkan beberapa kereta dan motosikal rosak akibat dihempap bumbung dan pokok.
Bagaimanapun, tiada kehilangan jiwa dilaporkan.

Keluarga miskin terpaksa berlapar



RAHMATUNISA (dua dari kiri) memberi susu kepada anak bongsunya sambil diperhatikan Muhammad Nor (dua dari kanan) dan dua anak mereka di George Town semalam.



GEORGE TOWN - Kesempitan hidup menyebabkan sebuah keluarga yang tinggal di flat Sungai Pinang dekat sini kerap berlapar kerana kehabisan bekalan makanan.
Berikutan itu, Muhammad Nor Abdullah, 33, dan isterinya, Rahmatunisa Jeelani, 33, serta empat anak mereka yang berusia di antara dua hingga 15 tahun terpaksa mengharapkan sumbangan daripada jiran-jiran.
Malah, keluarga itu hanya menunggu masa untuk diusir keluar akibat tidak mampu membayar sewa rumah yang tertunggak sejak enam bulan lalu.
Rahmatunisa yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah bank di sini juga sedih apabila anak sulungnya, Muhammad Saiful Rahman, 15, terpaksa berhenti sekolah baru-baru ini disebabkan kekangan kewangan.
"Dengan pendapatan hanya RM500 sebulan, saya terpaksa menanggung semua perbelanjaan rumah kerana suami hanya mengambil upah menjaga gerai buah dengan gaji RM10 sehari," katanya di sini semalam.

Hamza hina Rasulullah ditangkap






KUALA LUMPUR - Seorang penulis Arab yang dikehendaki pihak berkuasa Arab Saudi kerana didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW akan dihantar pulang ke negara itu selepas proses dokumentasi terhadapnya selesai.
Mohammad Najeeb A. Kashgari atau lebih dikenali sebagai Hamza Kashgari, 23, ditahan pada pukul 9.40 pagi di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang kelmarin ketika dia mahu meninggalkan Malaysia.
Sebelum ditahan, dia yang merupakan kolumnis akhbar Al-Bilad di Arab Saudi dipercayai telah berada di negara ini sejak dua hingga tiga hari lalu selepas melarikan diri dari negaranya.
"Hamza ditahan polis negara ini atas permintaan pihak berkuasa Arab Saudi kerana didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW pada sambutan Hari Maulidur Rasul baru-baru ini," kata satu sumber di sini semalam.

Artis tunai umrah


LEGA dan syukur Diva mendengar bila selebriti kita ramai yang mahu menunaikan umrah tahun ini. Tidak kira usia dan status, masing-masing punya masa tersendiri untuk mengerjakan ibadah dengan cara dan kudrat masing-masing.
Diva dengar antara artis yang akan mengerjakan umrah ialah Aizat, Noh, Altimet dan Youk Bunkface. Diva tumpang bangga kerana mereka ini muda-muda lagi dan sememangnya rajin bekerja.
Diva dengar, aktres cantik dan manis bertudung Irma Hasmie turut mengerjakan umrah buat kali ketiga. Begitu juga dengan Alyah yang akan menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Diva tumpang gembira dan senyum. Semoga nanti sampai juga masa Diva untuk ke sana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads