Jumaat, 9 Mac 2012

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


PIALA AFC : <b>KELANTAN</b> LWN NAVIBANK SAIGON | Blog <b>...</b>

Posted: 06 Mar 2012 08:36 PM PST

AFC CUP - Kelantan Navibank Saigon

Foto : Gegar Media

Hari Istimewa Kelantan FA

Jurulatih Baru Kelantan, Bojan Hodak berkata penampilan pertama Kelantan dalam saingan Piala AFC adalah hari yang sangat istimewa.

"Hari ini adalah hari yang istimewa kerana Kelantan berpeluang bermain di saingan Piala AFC buat pertama kali dalam sejarah dan kita mampu untuk ke pusingan seterusnya", Kata Bojan Hodak ketika ditemubual media tempatan.

Kelantan akan turun sebagai tuan rumah menentang pasukan di tangga ke 11 Liga Vietnam iaitu Navibank Saigon hari ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Bojan Hodak juga mengesahkan beliau akan menurunkan 3 pemain import dalam Kesebelasan Utama dan kemungkinan pemain itu ialah Mohammed Ghaddar, Obinna Nwaneri dan Nwoha.

Beliau juga berkata Pertahanan Subramaniam dan Daudsu serta Penyerang Shahrul Idlan Talaha mungkin tidak akan bermain malam ini dan Bojan yakin pengganti mereka ini akan melakukan yang terbaik dalam perlawanan nanti.

Badhri Radzi

Sumber Foto : Berita Harian Online

Kapten Pasukan, Badri Radzi ( Kanan ) pula berkata beliau dan rakan sepasukan akan memberikan persembahan yang terbaik dalam perlawanan pertama Piala AFC itu."Kami mempunyai kelebihan sebagai tuan rumah dan penyokong kami akan mengharapkan kita memenangi perlawanan ini," katanya.

Jangan lupa untuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada 7 Mac 2012 Jam 8.40 malam untuk menyaksikan perlawanan pertama Kelantan dalam saingan Piala AFC menentang Navibank Saigon.Tiket berharga Rm15 Terbuka dan Rm30 Grandstand.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads