03 di gua musang - Google Blog Search |
HHalem: Ku Li Akan <b>Di</b> Tendang Dari <b>Gua Musang</b>. Krisis Lagi. Posted: 06 Mar 2012 03:35 PM PST Oleh: HHalem. Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dinasihatkan berundur secara terhormat kerana dilihat sebagai barah' dalam Umno kerana banyak mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan prinsip perjuangan parti itu. Nasihat itu disuarakan oleh 16 pemimpin akar umbi Umno Bahagian Gua Musang yang mengadakan mesyuarat tergempar di Bandar Baru, di sini, pagi semalam. Mesyruarat berkenaan dipengerusikan Ketua Umno Cawangan Bandar Lama, Ab Wahab Yunus dan turut dihadiri tiga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Gua Musang, enam ketua cawangan, wakil peneroka Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan Felda. Kebanyakan mereka menyuarakan sudah sampai masanya bagi pemimpin paling lama berkhidmat di Parlimen Gua Musang itu bersara daripada parti dan memberi laluan pula kepada pemimpin muda sebagai usaha mentransformasikan perjuangan parti berkenaan di peringkat bahagian terbabit. Keputusan itu juga dibuat bagi mengelakkan Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li yang telah memimpin Umno Bahagian Gua Musang lebih daripaa 37 tahun itu menanggung malu akibat digugurkan daripada senarai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak lama lagi. Ab Wahab berkata, Tengku Razaleigh semakin hilang pengaruhnya yang bukan sahaja di peringkat pusat, tetapi di bahagian itu apabila tidak mempunyai pendirian dalam perjuangan parti Umno serta BN. Beliau berkata, kumpulannya terpaksa memberanikan diri membuat pendirian lebih tegas dengan mendesak Tengku Razaleigh berundur lebih awal kerana zaman sekarang bukan lagi sepadan dengan jiwa pemimpin veteran. "Beliau dalam Umno pun banyak mengeluarkan berita-berita yang sensitif dengan perjuangan Umno dan seolah-olah lebih mirip kepada pembangkang, oleh itu adalah lebih baik dia berterus terang dengan pendirian sebenar," ujarnya. "Kita sebagai pemimpin peringkat akar umbi kadang-kala malu dan sedih dengan kenyataan yang dikeluarkan Tengku Razaleigh kerana lebih banyak memihak kepada pembangkang termasuk isu royalti minyak serta penyenaraian Felda di Bursa Malaysia," katanya lagi. Sementara itu, AJK Umno bahagian, Ab Aziz Mohamad, pula berkata, Tengku Razaleigh juga sejak kebelakangan ini berjuang lebih mementingkan peribadinya yang ingin merebut jawatan pemimpin tertinggi kerajaan dan Umno. Beliau berkata, pemimpin itu langsung tidak mengambil kisah masalah yang dihadapi rakyat termasuk juga peneroka Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar yang dijanjikan untuk lupus hutang, namun sampai sekarang gagal dilaksanakan. "Ini telah membuktikan kepada kita bahawa Tengku Razaliegh bukan lagi pemimpin yang harus kita puja seperti sebelum ini dan saya minta beliau berundurlah secara terhormat dan memberi laluan pula kepada pemimpin muda yang lebih berwibawa," katanya. Ketua Umno Cawangan Kampung Panggong Lalat, Ab Karim Mat Diah berkata, mungkin Tengku Razaleigh yang terlalu ghairah kemenangannya selama ini disebabkan rakyat memujanya. "Sekarang bukan lagi untuk kita memuja atau menyanjung tinggi pemimpin tersebut berikutan dia langsung tidak menghomrmati pemimpin lain di peringkat tertinggi hingga kerap kali menteri yang datang ke kawasan ini tidak menyambut bersama," katanya. Sekali baca berita nampak jelas yang Ku Li mempunyai masalah dan krisis kepercayaan oleh pemimpin Umno di peringkat akar umbi. Jika pengaruh pemimpin bawahan ini kuat dan tersebar dengan luas, besar kemungkinan Ku Li akan ditendang dari Gua Musang secara paksaan. Pembaca andaikan sendiri, samaada mereka-mereka di bawah adalah akar umbi atau tidak. Adakah pengaruh mereka-mereka ini tidak akan merebak keserata pelusuk kampong Gua Musang dan membuat orang-orang kampong membenci Ku Li. Mesyruarat Tergempar di anggotai:- a-Pengerusi nya Ketua Umno Cawangan Bandar Lama, Ab Wahab Yunus. b-Tiga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Gua Musang, d-Wakil Peneroka Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Sekurang-kurangnya berita panas mereka ini akan berkocak sampai ke Putrajaya dan DS Najib mungkin akan membuat penilain semula mengenai keputusan kritiria calon-boleh-menang di Gua Musang. Lebih molek jika diwaktu yang sama Ku Li menghadapi krisis di Istana untuk membantu menjatuhkan beliau terus dari Gua Musang. |
You are subscribed to email updates from di gua musang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan