03 di jeli kelantan - Google Blog Search |
JOM JALAN MAKAN: <b>Jeli</b>, <b>Kelantan</b> Posted: 19 Jan 2012 12:49 PM PST Dari Sungai Golok, kami bejalan menyebrangi sungai ke Rantau Panjang, Kelantan. Kami berada di Jeli, Kelantan selama 2 malam untuk menghadiri kenduri kahwin kawan baik masa di UM dulu. Kali ni tak jalan sangat la, sibuk dengan persiapan kenduri, bejalan pun di sekitar Jeli je. Di Jeli kami menginap di Jelita Inn, sebuah hotel bajet yg dimiliki oleh MRSM Jeli. Tempat ni agak strategik terletak di sebelah MRSM, di tingkat bawah ada kedai-kedai ala-ala R&R sementara tingkat atas pula dijadikan hotel. Bilik yg kami duduk rm50 semalam dan biliknya agak luas dan selesa tapi tak ada aircond. Tak perlu aircond tu, kat sini malam-malam sejuk...lagipun orang sponsor, dah ira bagus sangat dah...haha. Satu lagi jenis bilik ada aircond siap dengan ruang tamu yg luas (ala-ala bilik apartment) dan ada tv astro rm90 semalam, satu bilik muat ramai. Sebahagian masa kat sini lepak rumah kenduri. Tolongnya tak seberapa, makan je banyak...haha Kat Jeli ni ada satu pekan tempat membeli belah yg agak popular. Barang-barang kat sini seperti toto, teddybear, bantal, kain batik dan makanan sebahagian besar dari Thailand. Harga barang kat sini pun sangat murah, tak payah pgi rantau panajng pun. Gambar-gambar kahwin...yg lain sibuk tumpang glamer...hahaha ::p |
Rakyat <b>Kelantan</b> sambut 'meriah' kedatangan Najib Posted: 02 Mar 2012 12:20 AM PST
(Antara banner yang dinaikkan untuk menyambut kedatangan Najib) KOTA BHARU, 2 Mac: Kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Kelantan disambut meriah oleh rakyat negeri itu termasuk mengantung banner. Di Jeli, tempat Najib dibawa oleh Datuk Mustapha Mohamad bertemu rakyat, kain-kain pemidang dinaikkan oleh rakyat kawasan itu. Najib dalam rangka lawatannya ke Kelantan hari ini dijangka akan bertemu rakyat di Jeli, kawasan Parlimen pengerusi perhubungan Umno Kelantan. Lawatan terakhir Najib ke Kelantan adalah Julai tahun lalu di mana beliau telah melawat daerah Pasir Puteh, Machang dan Kota Bharu. Di Pasir Puteh, beliau telah melawat stesen teksi Pasir Puteh dan berjanji akan membina stesen teksi baru di situ. Untuk lawatan kali ini, Perdana Menteri akan memulakan lawatan kerjanya dengan menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Anggota Tentera dan keluarga Rejimen Sempadan 2 di Batu Melintang, Jeli. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Perdana Menteri kemudiannya akan menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kampus Jeli. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, merangkap Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, akan mengiringi lawatan Perdana Menteri itu. |
You are subscribed to email updates from di jeli kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan