Jumaat, 9 Mac 2012

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


GERABAK KERETAPI TERBAKAR <b>DI KUALA KRAI</b> | ABGTEROR <b>...</b>

Posted: 23 Jan 2012 02:22 AM PST

Peluang untuk memenangi iPhone 4s dengan bermain KLMU - Life's A Trip

GERABAK KERETAPI TERBAKAR DI KUALA KRAI | Perkhidmatan kereta api penumpang dari Kuala Lipis ke Tumpat tergendala 20 minit apabila sebuah daripada lima gerabak terbakar kira-kira 7.20 petang semalam. Bagaimanapun, sejumlah 120 penumpang yang menggunakan perkhidmatan tren itu selamat dan gerabak tersebut yang menyediakan generator elekrik bagi menghidupkan pendingin hawa, terpaksa ditinggalkan di Stesen Kuala Krai.

Pengarah Kanan Unit Komunikasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Fazil Ismail, berkata insiden itu berlaku hanya satu kilometer dari Stesen Kuala Krai. Beliau berkata, pemandu lokomotif yang menyedari asap hitam keluar dari koc berkenaan terpaksa menghentikan tren sebelum melakukan pemeriksaan.

"Berikutan itu, tren berkenaan meneruskan perjalanan sebelum meninggalkan koc generator di Stesen Kuala Krai kerana bimbang akan berlaku kebakaran lebih serius, tetapi ia tidak membahayakan penumpang.

"Sebaik tiba di stesen itu, tren berkenaan lewat 20 minit sebelum meneruskan perjalanan ke Stesen Tumpat dan tiba dengan selamat," katanya.

Mohd Fazil berkata, kejadian itu adalah yang kedua berlaku dalam perkhidmatan kereta api penumpang di Pantai Timur dengan kejadian pertama pada 9 September lalu berhampiran Stesen Merapoh, Pahang. Beliau berkata, kejadian pertama membabitkan gerabak membawa generator elektrik dan alat pendingin hawa yang disambung dengan 14 gerabak Perkhidmatan Kereta api Ekspres Senandung Wau dalam perjalanan dari Tumpat ke Kuala Lumpur.

VN:F [1.9.15_1155]

Rating: 0.0/10 (0 votes cast)

VN:F [1.9.15_1155]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads