Rabu, 7 Mac 2012

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search


~Perjalanan Masih Panjang~: Sembilan Kedai <b>di Wakaf Che Yeh</b> <b>...</b>

Posted: 01 Mar 2012 07:10 PM PST

Sembilan buah rumah kedai sederet, hangus dalam satu kebakaran di Wakaf Che Yeh, di sini pada Khamis. Kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 5.45 petang itu, disedari oleh orang ramai yang melihat api menjulang dari sebuah kedai yang dipercayai menjual barangan runcit.
Kedai lain yang musnah antaranya kedai tayar dan kedai kopi.
Pemilik kedai tayar, Tan Choong Siang, 40, berkata dia hanya menyedari mengenai kejadian tersebut selepas mendengar jeritan orang ramai selepas api semakin marak.
"Saya sedang berada di dalam kedai bersama seorang anak, Tan Lee Lian, 5, dan ayah, Tan Cheng Li, 80, serta empat orang pekerja yang ketika itu sedang menutup kedai.
"Sejurus mendengar jeritan tersebut, saya keluar dan melihat api di kedai sebelah dan terus mencapai alat pemadam api bagi memadam kebakaran tersebut, namun gagal berikutan api yang marak," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini.
Choong Siang berkata, dia kerugian kira-kira RM300,000 apabila 500 biji tayar dalam kedainya hangus.
Katanya, 300 biji dari tayar itu baru dihantar ke kedainya tengah hari tadi, namun bersyukur kerana semua anggota keluarga serta pekerjanya terselamat.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Penguasa Bomba Shahrin Yusmar Mat Yusof berkata, operasi memadam kebakaran itu diketuai oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kelantan, Azmi Osman.
"Kita menerima panggilan 6.05 petang dan berjaya mengawal api kira-kira 35 minit kemudian.
"Seramai 30 anggota dari Balai Bomba Kota Darulnaim, Balai Bomba Kota Baharu, Balai Bomba Pengkalan Chepa dan Bomba Sukarela Pengkalan Chepa dengan enam jentera, datang untuk memadam kebakaran itu," katanya.
Beliau berkata punca kejadian dan jumlah kerugian belum dapat dipastikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads