Jumaat, 23 Mac 2012

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Gift of Hope – Jelajah <b>di Negeri Kelantan</b> dan Terengganu

Posted: 19 Mar 2012 10:43 PM PDT

by the administrator on March 20, 2012

Jelajah Gift of Hope di Kelantan

Pasukan dari Jabatan Bantuan dan Program IRM yang diketuai oleh Bro Kamarul Halim telah selamat menjalankan penilaian di Kelantan bermula daripada 15 Mac 2012 (Khamis) 16 Mac 2012 (Jumaat). Pada hari pertama, sebanyak sembilan buah rumah di Kota Bharu dan kawasan Wakaf Bharu. Manakala pada hari kedua, sebanyak lima buah rumah di Melor.

IRM telah menziarahi beberapa keluarga  miskin, warga emas, dan pesakit penyakit kronik.  we visited poor families, senior citizens, chronic patients. Bro Halim turut ditemani wakil IKRAM sepanjang keberadaan beliau di sana iaitu Ustaz Omar Alias (Kota Bharu), Ustaz Abdul Rashid (Wakaf Bharu) and Ustaz Nik Mohd Noor (Melor).

Jelajah Gift of Hope di Terengganu

Jelajah penilaian Gift of Hope diteruskan pada hari berikutnya (17 Mac 2012) di negeri Terengganu yang hanya mengambil masa sehari sahaja.
Bro Halim telah sempat menziarahi 12 buah keluarga di daerah Kemaman (Kg Seberang Tayor, Kg Paya Berenjut, Kg Mak Lagam, Kuala Kemaman dan Air Putih)Keluarga yang dilawati meliputi keluarga miskin, warga emas dan pesakit penyakit kronik. Sepanjang jelajah di Terengganu, Br Halim telah dibantu oleh Wakil Negeri IRM di Terengganu iaitu Tn Hj Zameran dan Hj Mahmood (penasihat CAKNA).

Khas untuk rakyat <b>negeri Kelantan di</b> mana sahaja anda berada.

Posted: 23 Feb 2012 02:13 AM PST

Mat Glamour - Dikir Acu Test Sepenggal by eizwan1m
Pengerusi Gerakan TUKAR, Kamarudin Mohd Kasim, berkata 19 daripada 22 perkara yang dituntut itu adalah janji Pas yang terkandung dalam manifesto pilihan raya umum parti itu yang lepas manakala tiga lagi adalah berkaitan isu politik semasa.
"Kesemua tuntutan tersebut akan diserahkan kepada kerajaan negeri dalam masa terdekat ini dan jika masih gagal menunaikan janji, kami bersepakat memberi mandat kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13 nanti," katanya.
Kamarudin berkata penduduk Kelantan telah memberi tempoh 22 tahun kepada Pas untuk memerintah tetapi tidak ada perubahan besar dilakukan malah masalah asas pun masih tidak dapat diselesaikan.

Beliau berkata antara janji yang dituntut untuk ditunaikan ialah anak negeri Kelantan diberi keutamaan dalam pentadbiran kerajaan negeri dan semua wakil rakyat di negeri itu hendaklah daripada kalangan anak-anak tempatan manakala barisan kepimpinan kerajaan Pas dikehendaki mengiystiharkan harta.
Kerajaan negeri juga dituntut menyegerakan menguatkuasakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan yang sudah diluluskan, kerajaan negeri bersikap lebih bersih, adil dan amanah dan berhenti daripada menyalahkan pihak lain kerana kegagalan sendiri.

Kerajaan negeri juga dikehendaki segera menyediakan peluang pekerjaan khususnya kepada golongan belia yang menganggur selain menyegerakan pembayaran bantuan RM100 kepada seluruh warga emas di Kelantan bermula pada 1990 hingga sekarang, menyelesaikan segera masalah air yang berlarutan sejak sekian lama serta segera menghapuskan cukai pintu dan bayaran tempat letak kereta dan sewa tapak operasi kereta sewa di seluruh negeri.
"Juga dituntut ialah pembinaan pelabuhan darat di Kuala Krai, penyelesaian masalah Ladang Rakyat dan menyegerakan saranan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengenai pembelaan terhadap nasib Orang Asli di Kelantan, menyediakan segera tapak rumah kepada golongan miskin di Bukit Tok Ali di Jeli, Pantai Mek Mas di Pengkalan Chepa, Alor Pulai dan Kampung Tok Ewel di Bachok dan kawasan lain untuk penempatan golongan miskin yang belum dilaksanakan.
Kamarudin meminta pemimpin kerajaan negeri supaya tidak lagi bersekongkol dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menolak sebarang kerjasama dengan DAP.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads