03 di bachok - Google Blog Search |
Tiga Sekolah Kekal Kelulusan 100 Peratus <b>Di Bachok</b> | Detik <b>...</b> Posted: 21 Mar 2012 03:13 AM PDT Oleh IZZ MIQAEL BACHOK – Tiga buah sekolah menengah dalam Pejabat Pelajaran Bachok berjaya mengekalkan kecemerlangan kelulusan 100 peratus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini. Pegawai Pelajaran Daerah Bachok, Saupi Majid berkata, tiga buah sekolah tersebut iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Tok Bachok, SMK Dato' Perdana dan SM Teknik Bachok dan mencatatkan kelulusan am 100 peratus bagi SPM 2011. Menurutnya, 14 calon pula mendapat keputusan 'straight A' yang didominasi oleh SMKA Tok Bachok apabila tiga calonnya mencatat '11 A'. "Tahniah diucapkan kepada semua calon yang berjaya mencatat keputusan cemerlang bagi SPM 2011terutamanya 14 calon 'straight A' daripada semua sekolah yang terlibat. "Sekolah lain yang mendapat 'straight A' ialah tiga pelajar dari SMK Beris Panchor, empat pelajar dari SMK Long Yunus dan empat dari SMK Bachok," katanya. Katanya, kelulusan am PPD Bachok tahun 2011 ialah 91.11 peratus dengan Gred Purata Sekolah 4.79. Menurutnya, tahun ini juga mencatat sejarah tersendiri apabila dua pelajar dari SMKA Tok Bachok mendapat keputusan 11A+ buat julung kalinya dalam sejarah PPD Bachok. Dua pelajar tersebut ialah Luqman Amri dan Mohd Syafiq Shazwan Saipul Bahari. |
You are subscribed to email updates from di bachok - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan