Jumaat, 6 April 2012

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


Mengembara <b>di</b> Landasan ini.: XPDC mEnDaKI GunUnG StONg <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2012 01:09 PM PST

Assalamualaikum..

Alhamdulillah selesai sudah cabaran mendaki Gunung Stong & Ayam, Dabong, Kelantan. Maaf atas kelewatan meng"update" yakni mengemaskini trip kami. Diri sering dibatasi dengan kepenatan bekerja dan menuntut ilmu yang kadangkala jatuh ke lembah kelalaian hingga hilang fokus pada penggunaan masa yang berfaedah sebaik mungkin..huhu.Maaf sebab saya juga manusia biasa.

Meskipun sudah sebulan berlalu, namun kesan atau ibrah disebalik perjalanan menjaga hubungan dengan alam ini tetap di ingatan. Tapi tak mampu nak ingat pada semua perkara. Tahniah & terima kasih buat KLKM UUM yang bertungkus lumus merancang dan melaksanakan projek ini. Juga buat teman2, fossil & Legend di atas komitmen dan tunjuk ajar yang diberikan. Juga buat Onkle Adam & Angah selaku guide merangkap penyampai maklumat alam di Dabong & Stong Ayam ini.

Dan juga sebagai rujukan saya dan sesiapa saja di masa akan datang terutama pendaki lain yang ingin menjadikan Stong Ayam sebagai lokasi pendakian seterusnya.InsyaAllah saya kongsikan di sini.

Salam kelana…..

Sebelum program :

• Book tiket bas ke Kuala Kerai(perjalanan pergi) & KTM Dabong-KL(perjalanan balik).
• Internet: Search Google map-cari destinasi Dabong, peta dan anggaran tempoh perjalanan.
Juga buat panggilan telefon untuk mendapatkan maklumat lengkap perjalanan. Zura(ex housemate), Yahya & Zurina kelas Ekonomi dulu yang masing2 berasal dari Kelantan. Dapatkan maklumat sebab pertama kali pergi Dabong.

20 januari 2012
Jumaat; Hujan pagi dan petang. Jalan di sekitar KL jem teruk berbanding jem biasa. Petang dah siap traing, berjalan kaki dari Jalan Raja laut ke Pasar Seni dalam hujan lebat dan air nak naik lebih dari buku lali. Air longkang yang busuk disapu terus ke kain baju kurung kerja. Terpaksa redah. Tunggu bas pun dengan kesedihan bas 74 tak berhenti,Tak tau bas berhenti di mana sekarang ni selepas proses pengubahsuaian bus stand Klang bermula. Last2 bas 46D juga yang bermanfaat. Tapi jem teruk. Nak patah pinggang berdiri & galas beg kerja sejam dalam bas. Tambahan training 4 transit dari rumah nak ke Hentian Putra ditambah berlari nak kejar bas pukul 10 malam.

Perjalanan jauh dan ditambah dengan perjalanan bas yang lambat gara-gara banyak kenderaan yang menggunakan laluan ke Kelantan ini semperna cuti tahun baru cina. Agus yang juga dari KL naik bas yang lain tapi sayangnya tersesat dan alami pelbagai kisah dukanya. Sedangkan saya "gamble" turun di Kuala Kerai, naik prebet pergi ke KTM dengan bayaran RM3(biasa katanya RM10). KTM ekspress Kuala Kerai- Dabong jam 8.45 pagi dengan kadar tiket RM11. Sejam perjalanan dengan melihat sungai-sungai, hutan dan dusun. 9.50 tiba di Dabong dengan kelibat peserta KLKM UUM sedia menunggu.


Kembara Gua
Kami terus menuju ke Gua Ikan dan Gua gelap. Onkle Adam dan anaknya yang kami panggil Angah selaku guide perjalanan kami. Mendengar taklimat dari Onkle Adam berkaitan gua sebelum kembara gua bermula. Sambil berjalan, Onkle Adam memberikan penerangan berkaitan pembentukan pada bahagian-bahagian gua  terutama proses pembentukan stalagtit dan stalagmit. Refresh semula maklumat yang hampir terkubur dalam ingatan selepas berhenti belajar geografi selesai PMR dahulu.huhu..itulah kesan belajar untuk exam..

Laluan sempit yang menguji keyakinan diri boleh lepas atau tak. Yakin dan belajar mengawal diri untuk tidak panik. Bak kata Onkle Adam, biasanya perempuan mudah panik bila berada dalam sesuatu situasi cemas macam nak lemas atau bahaya. Tapi berjaya lepas juga termasuk geng 5B.

Kalau ikut maklumat, tiada bas yang terus ke sini. Kalau nak menjelajah ke gua ini, kenalah naik teksi dari Kuala Kerai ke sini, tambang dalam RM60. Biasanya dah termasuk dalam pakej mendaki gunung Stong & Ayam.


Misi pendakian bermula
Sekitar 3 petang, kami menuju ke rentis Gunung Stong Ayam di kawasan air terjun Jelawang. Kami menaiki 2 van dan 1 kereta. Air terjun Jelawang dicelahan hutan gunung yang kelihatan dari jauh sedia menggamit keterujaan dan membakar diri untuk meneruskan misi ini.

Taklimat ringkas dan perjalanan pun bermula untuk menuju ke Kem Baha. Kami sempat singah sebentar di kawasan air terjun. Ambil gambar sebelum perjalanan diteruskan hingga ke Kem Baha. Alhamdulillah hampir pukul 7 malam, kami tiba di kem Baha dengan kawasan yang dah pun dipenuhi dengan pendaki-pendaki yang lain. Kerjasama setiap ahli penting. Sama-sama memberi sumbangan tenaga memasang khemah, menyediakan makanan. bagi perempuan yang nak pergi ke kawasan air, kenalah berteman.

Kem Baha menyediakan tapak perkhemahan yang luas di kawasan sebelum dan di seberang sungai. Ada juga gerai kecil menjual perlatan mendaki gunung dan khemah ala-ala restoran hutan. Surau papan yang kadangkala menjadi tempat tidur pendaki jua.

Selesai makan malam, sesi suaikenal pun dilaksanakan. Masing-masing memperkenalkan diri. Tidak kurang senior-senior berkongsi pengalaman aktiviti-aktiviti lepas. Saya juga sempat berkongsi. Antara jalan untuk meningkatkan iman adalah jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan manusia dan seterusnya jaga hubungan dengan alam. Pentingnya proram naik gunung ini adalah memberi peluang kepada diri untuk mendekati alam. Kenal Allah swt melalui alam ciptaanNya. Tanda kekuasaanNya dan kasih sayangNya pada manusia dan makhluk lain.

Hari kedua

8.30 pagi siap2 siap dan mula bergerak menuju ke puncak. Perjalanan dijangka mengambil masa 12 jam. Daun-daun dan pohon-pohon menemani perjalanan kami. Hutan ini agak bersih. Tiada cebisan sampah yang jelas mahupun plastik penanda arah. Kami hanya melalui jalan yang sedia ada. Berehat untuk menikmati makanan tengah hari serta solat jamak asar & zohor di tepian batu sambil ditemani deruan air terjun. Sejuk air mendamaikan jiwa yang kepenatan.


Ahli-ahli senior yang menggelarkan diri mereka sbg 5B berada di belakang sementara adik-adik junior ramai yang berada di hadapan. Saya berjalan ditengah. Kami dapat lihat najis gajah di sepanjang laluan menghampiri puncak. Gajah-gajah menggunakan laluan ini dari hutan Belum untuk melalui banjaran titiwangsa menuju ke Kawasan Taman Negara Tahan.

7 malam kami tiba di Gunung Baha dan seterusnya Gunung Ayam. Cuaca dah sedia gelap, kami terus menuju ke kawasan camp site. Kadar air terhad. Masing-masing menyerahkan air yang diambil untuk kegunaan masakan. Simpan sedikit buat wudhuk subuh nanti. Selesai makan malam, kami terus melelapkan mata.

Hari ketiga

Alhamdulillah selesai cabaran Gunung Ayam. Kami bergambar di kawasan puncak. Banner rasmi KLKM dibentang untuk sesi bergambar. Kami meneruskan perjalanan menuju ke Gunung Stong. Kata Amer, anak jati Kelantan yang turut serta: Gunung Stong ini dinamakan hasil dari nama batu. Stone yang di"kelantan"kan menjadi Stong. Wallahualam. Saya pun tak pasti.


Bak kata En Reimy, kem Baha ini dibuka oleh arwah En baharuddin dahulu. Banyak sumbangan dia berikan untuk kawasan gunung ini sehingga pihak kerajaan negeri memberi kebenaran kepadanya menguruskan kawasan gunung Stong Ayam ini. Maka, wujudlah Kem Baha dan juga Gunung Baha.

5 petang kami tiba di kawasan air sungai yang ditutupi dengan batu besar umpama berada dalam gua. Kami berehat melepaskan lelah dan mengambil wudhuk. Selesai solat kami teruskan perjalanan hingga tiba di Kem Baha dalam kegelapan malam. Kami melalui sungai dalam kegelapan malam. Sempat juga menyuluh air untuk melihat ikan-ikan kecil yang melihat gelagat kami meredah sungai di malam hari.Pentingnya nilai kerjasama dalam program sebegini.


Makanan malam kami agak meriah dengan sayur suhun campur, ikan masin, sambal tumis sardin, telur dadar. Semuanya gara-gara untuk menghabiskan ration dan meringankan beg.

Hari keempat
Seawal 6 pagi, kami sedia bangun. Selasai solat subuh, kami beramai-ramai merentasi air sungai untuk duduk di tebing batu sekitar air terjun untuk melihat matahari terbit, Pemandangan gunung-gunung dan bukit-bukau yang diliputi awan. Awan perlahan-lahan hilang disinar mentari. Kesan pencemaran, pemanasan global pun cukup jelas dibezakan oleh orang yang pernah datang kesini dahulu. Bak kata En Reimy, kabusnya sangat berbeza berbanding dia datang suatu ketika dahulu. Beberapa tahun yang lalu, kabus masih tebal berbanding sekarang yang semakin menipis.Moralnya, lindungi alam ini. Elakkan perkara yang boleh meningkatkan pencemaran alam.

Jarak perjalanan kem Baha dengan kaki gunung tidaklah terlalu jauh. Aktivii kami hari terakhir adalah "main air". Sebahagian yang lain yang tak main air memilih untuk memasak dan mandi di berdekatan khemah.

Kami dibawa ke kawasan air terjun yang dikatakan mempunyai 7 telaga. Telaga yang berbentuk lubang-lubang batu disekitar air terjun. Cantik sangat. Saya juga sempat merasa melawan deras untuk berada dibawah aliran air terjun. Bukan semua orang dapat merasa pengalaman begini. Anda berada di dalam /dibelakang batu dengan melihat air terjun mengalir deras turun dihadapan.


Kami juga temui spesies ketam sungai yang begitu kuat mencubit jari dengan kepitannya bila dipegang. Juga ikan kecil yang saya pun tak tahu namanya, Puas main air, kami dibawa ke kawasan air terjun yang lain. Setiap orang perlu merasa pengalaman mengelungsur batu masuk ke air. Sokongan semangat dari ahli dan peserta USM cukup menguatkan keyakinan untuk mengelungsur.

Setipa orang ada ketakutan. Takut dengan air. Takut lemas. Takut tak pandai berenang,…dan saya berusaha melawan takut dan panik itu. Saya berusaha agar mampu membina keyakinan diri bagi menghadapi cabaran dunia dengan pelbagai dugaan sifat makhluk yang pelbagai. Alhamdulillah saya dan Ida dapat mengelungsur 2 kali. Kira baiklah tu. Bukan selalunya merasa. Pengalaman mengelungur di batuan original. Bukan papan gelungsur plastik buatan seperti di Sunway Lagoon. Apa-apa pun, faktor keselamatan tetap dititik beratkan. Kami dipantau dan diajar cara mengelungsur dengan betul agar tak tercedera.

Kaedahnya, duduk lubang kecil batu. Luruskan kaki. Pastikan badan tegak dan membongkok kehadapan, bukan kebelakang. Ini bagi mengelakkan kecederaan. Kalau kita tengok, mat rempit suka membongkok badan kehadapan bila bawa motor. Tujuannya agar lagi mudah dan laju ke hadapan. samalah macam ni. Sedar-sedar badan dah masuk ke air. Makin kurang air yang percik, maka semakin betullah kaedah yang kita gunakan.

Siap-siap packing, runtuh khemah dan bersihkan kawasan camp site.Ambil gambar kenang-kenangan. Taklimat dan meneruskan perjalanan pulang. Alhamdulillah sekitar 3 petang kami sampai di kawasan air terjun di kaki gunung. Orang-orang yang berkelah di situ memandang pelik je pada kami. Pekena air 100 plus. Kami menuju ke Stesyen Keretapi Dabong. Di sini kami berpecah mengikut haluan pulang masing-masing.

Disini saya kongsikan ilmu-ilmu yang saya dapat dan sangat berguna buat kali ini. Setiap XPDC mempunyai pengalaman dan ilmu yang baru dan berbeza. Tiada istilah gunung ini susah, gunung sana senang, gunung yang ini baik berbanding dengan gunung lain..Pemandangan/view memang tak sama. Tapi, hakikatnya semua gunung ada kelebihannya tersendiri. Tak semestinya gunung yang tinggi itu mencabar berbanding gunung yang rendah..Sedikit panduan ilmu:


1. Kalau menyeberang sungai, pastikan tali beg di buka.
Tak kira tali longgar atau tak, buka sahaja ikatan beg antara kiri dan kanan. Tak kira laluan sungai cetek mahupun deras. Kemalangan tak mengira keadaan. Kalau katakan kita terjatuh dalam air, kita mudah buka beg dan terus ke tepi tebing atau batu untuk selamatkan diri. Tapi kalau tak dibuka ikatan beg di badan, kita dah boleh hanyut dan lemas dalam proses nak buka tali beg sahaja.
2. Nak mengelungsur
Badan tegak dan kaki lurus walaupun automatik kita nak baring. Pakai baju lengan panjang untuk elakkan siku atau lengan kita luka bergeser.

Bukan selalu kami dapat berkumpul dan mengenal ahli-ahli yang lebih senior. Nasihat dan jagaan mereka yang senior ni pada kami umpama jagaan seorang ayah kepada anaknya. Kami hantar Didi dan En Reimy di hentian Tanah Merah. Saya, Agus dan Abg Husin menaiki kereta menuju ke Kuala Lumpur dengan menggunakan jalan Grik. Risau lagi sesak di lebuhraya karak nanti gara-gara serentak dengan waktu orang balik KL sempena cuti. Kesian pada Abg Husin yang terlalu penat ditambah kena drive sorang-sorang. Terpaksa tidur sekejap-sekejap. Pukul 7 kami masih berada di higway.
Hampir 9 pagi sampai di KL. Siap-siap dan terus bergegas pergi kerja. Bedal la naik teksi, mahal pun tak mengapalah. Asalkan dapat sampai ofis.huhu.

Dan sedikit peristiwa sedih. Kami menerima berita kematian seorang pendaki OKU yang menuruni Gunung Stong Ayam. Dia hilang semasa perjalanan turun (hari pertama kami naik). Mayatnya ditemui dekat air. Tiada cedera di badan, Cuma sedikit calar di kaki. Berkemungkinan dia tergelincir dan lemas. Kita sama-sama sedekahkan Al-fatihah buatnya...


Apa2 pun, jangan berhenti untuk mendekati alam jika anda memang cintakannya.Kalau tak mapu nak naik gunung pun, bila rindu2 hutan tu, boleh lah naik kereta pergi naik Gunung Brinchang atau Gunung Jerai. Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi baca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads