03 di gaal kelantan - Google Blog Search |
BLOG - BLOG WAKIL RAKYAT: Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 21 Apr 2012 01:03 AM PDT 'Apa... kami berhutang?' 20 April 2012 SELANDAR, JASIN - Seramai 76 bekas peneroka Felda Bukit Senggeh, di sini, terkejut dan kesal apabila Felda mendakwa mereka berhutang di antara RM35,000 hingga RM45,000 setiap seorang sedangkan mereka tidak menerima sebarang bantuan atau pinjaman daripada pihak terbabit. Bekas peneroka, Mohamad Tahir Hashim, 65, berkata, mereka menjadi peneroka Felda pada 1975 dan menerima geran tanah sebanyak empat hektar seorang pada 1996, namun pada 10 Februari lalu dia didapati berhutang dengan Felda sebanyak RM43,400.84. Menurutnya, pada asalnya, dia bersama 448 peneroka lain mengusahakan tanah dengan tanaman getah dan kelapa sawit, bagaimanapun lama-kelamaan berjaya membayar hutang sebelum menerima geran pada 1996. "Kemudian ada lebih kurang 322 daripada 448 orang itu serah balik pada Felda dan terima duit sara hidup sebanyak RM500 hingga RM1,200 sebulan. "Kami tak masuk balik dan tak pernah ambil duit sara hidup itu tapi dikatakan berhutang dengan Felda," katanya. Sementara itu, Jaafar Aman, 63, berkata, dakwaan Felda itu menyebabkan mereka semua berada di dalam kebingungan dan kesal kerana selama ini isu itu tidak timbul. Menurutnya, dia terkejut apabila melihat penyata mendapati dia ada mengambil wang sara hidup termasuk berhutang untuk membuat pagar, gali parit, tanaman semula dan sebagainya sedangkan semuanya dibuat sendiri tanpa menggunakan duit Felda. "Kita semua sudah berumur dalam lingkungan warga emas kalau ada hutang seribu pun sudah risau, inikan pula didakwa berhutang RM43,000 macam mana kita nak terangkan pada anak-anak yang kita wariskan hutang kepada mereka. "Peliknya ia ditandatangani orang lain dan kita minta ia disiasat agar kami tidak teraniaya. Kalau ada penyelewengan ianya perlu didedahkan bagi mendakwa orang yang terlibat," katanya. Anak bekas peneroka, Chew Ah Kiu, 36, berkata, dia terkejut apabila mendapati mendiang bapanya berhutang dengan Felda sebanyak RM35,000 ketika menguruskan pertukaran pemilikan geran tanah. "Saya hairan macam mana bapa saya ada hutang sedangkan dia mengusahakan sendiri tanahnya dan resit hutang itu menyatakan bapa saya ada menerima baja, anak pokok serta elaun sara hidup yang ditandatangani oleh orang lain," katanya. http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/apa-kami-berhutang-1.41561 |
You are subscribed to email updates from di gaal kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan