Isnin, 2 April 2012

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


Ku Li Dan Gelombang Merah

Posted: 02 Apr 2012 05:01 AM PDT

Ku Li sebagai MB pelengkap misi Gelombang Merah

Bagi sesetengah pemerhati politik, kelibat Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dalam dunia politik nasional mungkin dilihat telah berakhir namun tiada siapa yang dapat menafikan pengaruh pemimpin berdarah raja itu masih memainkan peranan penting dalam arena politik tempatan negeri Kelantan.

Menyedari pengaruh Ku Li masih berbekas di kalangan rakyat Kelantan dan kekuatan peribadinya masih berupaya menggugat kekuasaan Pas telah membawa kepada usul untuk membina hubungan mesra antara Pas negeri dengan Ku Li khususnya melalui perkongsian pandangan dalam isu royalti minyak.

Sejak itu ramai pemimpin Pas seboleh mungkin cuba mengelakkan diri daripada mengkritik atau menghentam secara terbuka keperibadian Ku Li dengan harapan langkah sedemikian mampu mempengaruhi penyokong-penyokong Ku Li untuk mendekati Pas sekaligus membantutkan percubaan UMNO untuk menawan kembali Kelantan.

Gelombang Merah

Pilihanraya kecil DUN Galas tahun 2010 merupakan titik tolak penting dalam sejarah politik Kelantan khasnya UMNO apabila buat pertama kalinya semua warlords UMNO negeri telah mengetepikan kepentingan masing-masing dan bersatu hati di atas semangat Gelombang Merah untuk menumbangkan penguasaan PAS.

PAS yang pada mulanya begitu yakin strategik mengumpan Ku Li berkongsi pentas dalam isu royalti minyak sebelum itu akan menyebabkan UMNO mengetepikan peranan Ku Li dalam pilihanraya kecil DUN Galas bagaimanapun terpaksa berputih mata apabila perkara sebaliknya berlaku dan calon BN berjaya menawan kembali DUN tersebut dengan undi dan majoriti kemenangan yang lebih besar.

Suka atau tidak, PRK Galas menjadi saksi penting betapa pengaruh Ku Li masih berbisa dan keberkesanan peranannya dalam mengendalikan jentera pilihanraya nyata berjaya menyatukan semua kekuatan warlords UMNO Kelantan yang sebelum ini kerap kali saling cah keting sesama sendiri.

Merintis Kejayaan

Mungkin mengambil teladan dari situ telah membawa kepada desas desus yang menyebut kemungkinan Ku Li diangkat sebagai calon MB mewakili BN pada pilihanraya umum akan datang yang jika benar menjadi kenyataan ianya adalah pelengkap untuk misi UMNO menawan kembali Kelantan dari PAS.

Sementelah lagi kejatuhan Kelantan ke tangan PAS pada 1990 itu sendiri banyak bersangkut paut dengan sejarah politik Ku Li semasa mengetuai gabungan pembangkang dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU).

Sebagai orang lama & otai politik yang sudah masak dengan sepak terajang politik, Ku Li ternyata calon MB yang tepat dan sesuai dalam usaha UMNO menandingi kekuatan PAS yang banyak bergantung kepada pengaruh peribadi Nik Aziz.

Kekuatan Ku Li tidak terhad pada pengaruh peribadinya yang dekat dengan khalayak dan sikapnya yang cakna rakyat, lebih dari itu perwatakannya yang mudah mesra dengan kawan mahupun lawan merupakan satu aset berharga yang boleh menyatukan semua pihak berkepentingan dalam UMNO Kelantan untuk fokus kepada misi menjayakan Gelombang Merah.

Tambahan pula di saat kekuatan pengaruh Nik Aziz dan PAS yang kian merudum sejak kekalahan mereka di PRK Galas tempohari, sekurang-kurangnya memberi satu kelebihan tambahan kepada Ku Li untuk merintis jalan ke arah memacu kejayaan untuk UMNO menawan kembali Kelantan dari PAS.

Kesilapan akibat perpecahan dalam UMNO sekitar tahun 1988-1990 yang memberi ruang kepada PAS merampas Kelantan dari BN perlu menemui noktahnya demi kebaikan rakyat.

Selama 22 tahun pemerintahan PAS dan Nik Aziz di Kelantan sudah lebih dari mencukupi bagi rakyat menilai kelemahan urus tadbir PAS dan Nik Aziz yang ternyata hanya lebih banyak retorik berbanding kerja buat bermanfaat untuk rakyat.

Ku Li sebagai Menteri Besar Kelantan adalah jawapan terbaik untuk merealisasikan hasrat Gelombang Merah, pastinya jika ianya benar menjadi kenyataan sebagaimana hangat diperkatakan ramai di negeri Cik Siti Wan kembang sekarang ini,  tentu sahaja peluang untuk menghumban PAS jauh ke dasar laut bakal terbentang luas di depan mata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads