ads

Khamis, 19 April 2012

03 di galas kelantan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

03 di galas kelantan - Google Blog Search


Allah Taala Memang Nak Tunjuk Beza Antara Umno Dengan Pas <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 26 Jan 2012 10:50 PM PST

Oleh Zakrul Adam

Sepanjang penggal PRU12, terdapat 16 buah pilihanraya kecil di seluruh Malaysia. Dua daripadanya di Kelantan iaitu Manek Urai dan Galas. Manek Urai dimenangi oleh PAS menerusi wakilnya, Mohd Fauzi Abdullah atau lebih dikenali sebagai Abe Uji manakala Galas pula dimenangi oleh UMNO menerusi wakilnya, Abdul Aziz Yusoff.

Seperti biasalah, bila dah pilihanraya, maka pelbagai janji ditabur demi memikat hati pengundi. Dan seperti biasa jugalah, PAS akan sentiasa mendabik dada bahawa mereka adalah 'tajalli Allah Taala' yang bukan sahaja memberi manfaat tetapi juga memberi syafaat dalam bentuk syurga.

Nik Abdul Aziz mempertahankan Negara Berkebajikan yang menjadi slogan terbaru PAS. Namun apa yang berlaku di Manek Urai dan dibandingkan pula dengan di Galas, menjelaskan tentang kemudaratan golongan pencipta slogan yang bukan sahaja tidak mempunyai maruah dan harga diri, bahkan akan sanggup berbohong, menipu dan memperdayakan umat manusia asalkan mereka menang pilihanraya.

Janji-janji syurga di Manek Urai nampaknya tidak menjadi realiti. Sebaliknya pengangkatan Abe Uji sebagai wakil rakyat Manek Urai, bukan sahaja menambahkan lagi masalah, sebaliknya membuktikan bahawa PAS sekadar mampu menjanjikan syurga, tetapi tidak mampu membuktikan amalan untuk ke syurga.

Permukaan lantai Pasar Laloh

Abe Uji nampaknya telah diserang oleh gerombolan di dalam PAS sendiri. Pelbagai masalah di Manek Urai mulai ditimpakan ke batang tengkuk Abe Uji. Dikatakan, Abe Uji tidak mampu menggalas tugas sebagai wakil rakyat, sungguhpun Abe Uji telah diberikan restu dan rahmat oleh Nik Abdul Aziz sendiri.

Wakil Rakyat PAS itu dikatakan gagal menyelesaikan masalah jalan kampung yang rosak teruk di Manek Urai. Permukaan lantai Pasar Laloh yang sangat daif juga tidak dititikberatkan. Semak-samun di kiri kanan jalan Kampung Berangan, bukan sahaja mengundang ancaman daripada haiwan berbisa dan buas, sebaliknya menjadi tempat persembunyian peragut dan penjenayah seksual yang amat baik, tidak dipedulikan langsung oleh Abe Uji biarpun masalah tersebut telah berkali-kali dibawa ke pengetahuannya.

Paling menyedihkan ialah apabila para pengundi dan penduduk Manek Urai terlalu sukar untuk melihat batang hidung dan batang tubuh Abe Uji. Semenjak bergelar Wakil Rakyat, Abe Uji bagaikan jijik untuk mencemarkan kakinya ke tanah Manek Urai.

 jalan Kampung Berangan

jalan Kampung Berangan

Berbeza pula dengan Abdul Aziz Yusoff, wakil rakyat UMNO-BN di Galas yang setiap masa ada di Galas dan Gua Musang. Wakil Rakyat UMNO itu amat mudah ditemui dan juga amat mudah untuk diminta bantuan.

Pelbagai masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh Wakil Rakyat PAS dahulu, kini berjaya diselesaikan oleh Abdul Aziz Yusoff termasuklah isu perumahan PPRT yang diselesaikan oleh Abdul Aziz Yusoff dengan bantuan Kerajaan Pusat setelah Kerajaan Negeri enggan melayannya.

Begitu juga dengan isu Tanah Adat Orang Asli yang telah dirampas oleh Kerajaan Negeri untuk tujuan pembalakan dan projek Ladang Rakyat yang sebenarnya tidak memberikan keuntungan kepada mana-mana rakyat Kelantan sama ada yang terlibat apatah lagi yang langsung tidak terlibat dengan program tersebut.

Bagi mereka yang terbuka fikiran dan bermata terang, pasti dapat melihat perbezaan yang sangat ketara antara kedua-dua Wakil Rakyat yang dipilih pada dua PRK pasca PRU12. Perbezaan yang paling ketara sudah tentulah, satu pihak berusaha keras menunaikan janji dan satu pihak lagi berusaha keras menabur janji. Satu pihak lagi bekerja untuk memenuhkan janji dan satu pihak lagi tak habis-habis dengan ceramah di sana sini, termasuklah Tuk Guru merangkap Menteri Besarnya sendiri.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved