03 di pasir mas - Google Blog Search |
SEORANG LELAKI DAN 12 EKOR LEMBU MAUT DIREMPUH <b>...</b> Posted: 03 Apr 2012 12:00 AM PDT ![]() KOTA BHARU – Seorang lelaki terbunuh manakala 12 lembu mati akibat dirempuh sebuah lokomotif tanpa gerabak dalam dua kejadian berasingan di Pasir Mas dan Kuala Krai, dekat sini, semalam. Pengurus Kanan Unit Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Fazil Ismail berkata, kejadian pertama berlaku antara Stesen Kuala Krai dan Temangan apabila lokomotif itu melanggar sekumpulan lembu pada jam 3.06 pagi. Kira-kira sejam kemudian katanya, lokomotif sama yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lipis ke Tumpat melanggar seorang lelaki di antara Stesen Tanah Merah dan Pasir Mas pada jam 4.07 pagi. "Mangsa yang cedera parah di kaki kemudian disahkan meninggal dunia pada jam 5.05 pagi dan jenazah dihantar ke Hospital Lati, Pasir Mas kira-kira jam 8 pagi. Lokomotif terlibat dari jenis 'light engine' iaitu lokomotif sahaja tanpa gerabak dan ketika kejadian, kenderaan ini membawa pemandu dan pembantu pemandu," katanya. Mohd Fazil berkata, laporan kemalangan dibuat pemandu lokomotif kepada ketua stesen berdekatan dan siasatan lanjut punca kejadian akan dilakukan Bahagian Depoh dan Keselamatan KTMB. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim berkata, identiti mangsa berusia lewat 20-an terbabit belum dikenal pasti kerana tidak membawa sebarang pengenalan diri. Katanya, mangsa memakai baju lengan panjang berwarna hijau, kain pelikat berpetak merah putih, selipar Jepun dan juga kopiah yang dijumpai di tempat kejadian di sebuah kawasan terpencil di Kampung Lemal, Pasir Mas . ![]() |
You are subscribed to email updates from di pasir mas - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan