03 di pulau melaka - Google Blog Search |
Abu Aqif Studio: <b>Pulau</b> Besar <b>Pulau</b> Syirik..?? <b>Melaka</b> Kena Buat <b>...</b> Posted: 29 Mar 2012 06:30 PM PDT [youtube]http://www.youtube.com/watch?v=ErhloGkbrYc[/youtube] Tahniah kepada gerak kerja Eksklusif kerana inisiatif mereka dalam usaha membenteras amalan SYIRIK di PULAU BESAR, MELAKA di mana ia kelihatan masih diamalkan. Walaupun ada usaha dari kerajaan Negeri Melaka membenteras amalan Syirik di pulau tersebut, tetapi masih ramai yang mengunjungi pulau tersebut, adakah semata-mata untuk mengejar Neraka..? Diharap pihak Kerajaan Negeri Melaka dan Majlis Agama Negeri Melaka khususnya dapat berbuat sesuatu dalam membendung amalan Syirik tersebut. Ini bukan perkara kecil. SYIRIK adalah isu BESAR. Syirik Sebagai Sebesar-besar Kezaliman Allah berfirman (maksudnya): "Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di ketika beliau memberi pelajaran kepadanya: "Wahai anakku, janganlah kamu mempersekutukan (mensyirikkan) Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar"." (Surah Luqman, 31: 13) Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menjelaskan bahawa Luqman adalah insan yang sangat terpuji dan Allah telah menganugerahkan hikmah kepadanya. Yang kemudiannyanya Allah menyatakan pula bahawa dia memberi pelajaran untuk anaknya yang merupakan manusia yang paling beliau sayangi serta paling berhak mendapat didikan darinya yang dengannya beliau memberi beberapa untaian nasihat yang sangat penting. Maka, nasihat yang paling utama yang beliau sampaikan untuk anaknya adalah berupa nasihat supaya mentauhidkan Allah dengan menjauhi segala bentuk kesyirikan. Beliau menjelaskan bahawa betapa syirik adalah suatu perbuatan yang merupakan sebesar-besar kezaliman. Ini adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam firman-Nya (mkaksudnya): "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar." (Surah an-Nisaa', 4: 48) Di mana Allah Subhanahu wa Ta'ala menjelaskan bahawa dosa syirik adalah sebuah dosa yang tidak terampunkan. Sekiranya manusia itu mati sebelum sempat bertaubat dari perbuatan syiriknya, maka tiada ruang baginya untuk diampuni. Berbeza dengan dosa-dosa yang selainnya, di mana Allah masih memberi ruang kepada pelakunya diampuni. Acara: Eksklusif - Episod "Keramat Kubur Wali" Video Penuh: http://www.youtube.com/watch?v=ErhloGkbrYc http://www.youtube.com/abuaqif |
You are subscribed to email updates from di pulau melaka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan