Rabu, 4 April 2012

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


Gambar Mangsa Renjatan Eletrik <b>Di Tanah Merah</b> Semalam cc <b>...</b>

Posted: 01 Apr 2012 03:01 AM PDT


Pembetulan, mangsa bukan penyokong Pas...harap laporan diperbetulkan.

Menurut info dari Kelantan, Pemimpin Bahagian Tanah Merah Datuk Ikmal dan juga Pemimpin Umno Negeri Datuk Awang Adek sudah menziarahi mangsa.
Gambar rujuk FB Datuk Awang Adek

Berita klik sini http://www.hmetro.com.my/articles/2matikenakaran/Article/artikelMA
Semoga arwah dicucuri rahmat Allah dan mendapat syafaat Anbiya Awliya...
Oleh ADNAN MOHAMAD
am@hmetro.com.my

TANAH MERAH: Hasrat dua sahabat memasang bendera sebuah parti politik yang diikat pada buluh di papan tanda amaran talian voltan tinggi milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan berakhir dengan tragedi apabila maut selepas terkena renjatan elektrik di Kampung Tengah Bukit Panau, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam, Rosli Husssin, 47, dari Kampung Tengah Bukit Panau dan Mohd Daisan Ibrahim, 37, dari Kampung Kusial Baru, di sini, dikatakan tercampak dan meninggal dunia di tempat kejadian selepas terkena renjatan elektrik akibat buluh digunakan bersentuhan dengan kabel elektrik TNB berkuasa 500 kiloVolt (kV).

Sebelum kejadian, Rosli dan Mohd Daisan, masing-masing bekerja sebagai kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Tanah Merah dan penoreh getah, pergi ke kawasan papan tanda itu bersama tiga lagi rakan dengan membawa sebatang buluh sepanjang 12 meter yang dipercayai baru ditebang.

Ketika cuba mengikat buluh itu pada papan tanda berkenaan, ia bersentuhan dengan kabel elektrik TNB yang berada pada ketinggian sembilan meter, menyebabkan mereka terkena renjatan elektrik.


Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing untuk dikebumikan, petang semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Sent from my Samsung Galaxy Tab

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads