Isnin, 28 Mei 2012

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


SABAR desak daratkan minyak <b>di Bachok</b> | GegarKelantan.net

Posted: 24 May 2012 05:28 PM PDT

Oleh Hasnan Yahya

PengerusiSolidariti Anak Bachok Tuntut Royalti - Ahmad Marzuk Shaary

BACHOK, 25.Mei – Pelbagai desakan rakyat negeri ini terhadap isu Royalti Petroleum terus dijalankan namun ia bagaikan mencurah air di daun keladi di pihak kerajaan pusat.

Kini bukan sahaja hak royalty yang patut dimiliki rakyat Kelantan, malah dalam soal pendaratan minyak juga dianak tirikan sedangkan Bachok merupakan satu jajahan yang amat sesuai untuk dilaksanakan pendaratan minyak bukannya di Kemaman, Terengganu.

Menurut Pengerusi Solidariti Anak Bachok Tuntut Royalti dan Pendaratan Minyak ( SABAR ) Ahmad Marzuk Shaary, pendaratan wajar dilaksanakan di Bachok kerana ia lebih dekat jika dibandingkan dengan Kertih.

"Dalam Pembukaan Sidang Dun Dewan Penggal kelima Kelantan baru-baru ni pun Tuanku Al-Sultan telah bertitah agar gas asli yang terdapat di Telaga Bumi Selatan dan Telaga Surya Selatan(Blok PM301) Malay Basin agar dapat didaratkan di Kelantan"ujar beliau.

Di sidang Dun tersebut juga Tuanku Sultan Muhammad ke V telah bertitah gas asli tersebut dapat didaratkan di Kelantan kerana telah disediakan zon industri petroleum seluas 4000 ekar sejak tahun 1990-an lagi.

"Sekiranya ada pihak tertentu yang menghalang langkah pendaratan ini bermakna mereka telah menderhakai titah tuanku sendiri dan ini amat dikesali"katanya lagi.

Ahmad Marzuk juga berkata amat tidak wajar langkah mendaratkan gas tersebut di Kerteh kerana kos yang amat tinggi mencecah RM 15 billion bagi sepanjang 200 KM sedangkan kalau di Bachok hanyalah 150KM sahaja dari ketiga-tiga telaga minyak tersebut.

Bagi pihak SABAR, banyak peluang ekonomi dapat diwujudkan di kawasan jajahan Bachok termasuk perhotelan, pelancongan, struktur prasarana dan sebagainya sekiranya pendaratan gas asli dapat dilaksanakan tersebut.

Sehubungan itu sebagai langkah sokongan yang berterusan kepada Tuntutan Royalti oleh rakyat Kelantan, pihak SABAR akan meneruskan desakan ini semoga beroleh kejayaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads