Sabtu, 19 Mei 2012

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di gaal kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Apr 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di gaal kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Apr 2012 03:48 PM PDT

URL Sumber Asal :-

YB PAS - BLOG - BLOG WAKIL RAKYAT: .

Posted: 09 Apr 2012 07:39 AM PDT

Meskipun tanpa kehadiran Mursyidul Am PAS merangkap MB Kelantan, Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Program Ceramah sempena Pelancaran Dana Pilihanraya PAS Pahang bertempat di perkarangan PASTI, Taman Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang, Kuantan malam tadi (07 Apr 12) sedikit pun tidak menghalang kehadiran tidak kurang dari 3,000 orang ke program malam tadi.

Tuan Guru Nik Aziz tidak dapat hadir malam tadi kerana baru keluar dari menerima rawatan di Hospital dan dinasihatkan untuk berehat sementara waktu.  Namun, beliau telah memberi amanah kepada Speaker Dun Kelantan, Us Nasaruddin Daud mewakili beliau di samping mengirimkan derma peribadi beliau kepada dana Pilihanraya PAS Pahang.

Selain dari Us Nasaruddin Daud, Speaker Dun Kelantan yang mewakili Tuan Guru Nik Aziz, di antara penceramah utama malam tadi adalah Pesuruhjaya PAS Pahang, Us Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi MPN KEADILAN Pahang), YB Leong Ngah Ngah (Pengerusi DAP Pahang/Adun Triang) dan juga Puan Cikgu Normala Shamsudin (Dewan Muslimat PAS Pusat).  Program malam tadi di Pengerusikan oleh Sdr Us Suhaimi Saad, Ketua Penerangan PAS Pahang.

Cikgu Normala di dalam ucapannya di antara lain menyeru agar rakyat di Negeri Pahang berani untuk melakukan perubahan sepertimana beberapa negeri yang kini diterajui oleh Pakatan Rakyat.  Contoh yang telah ditunjukkan oleh negeri-negeri yang diterajui oleh PR kini menjadi sebab kukuh mengapa rakyat di Pahang wajib untuk menjatuhkan Umno/Bn dari tampuk kekuasaan di negeri ini.

Adun Triang juga Pengerusi DAP Pahang, YB Leong Ngah Ngah pula menceritakan suatu ketika di mana DAP amat takut untuk bersama PAS, begitu juga dengan penyokong-penyokong PAS yang masih merasa ragu-ragu dengan DAP.  Gelaran pelampau Cina terhadap DAP yang sering di war-warkan oleh media suatu ketika dahulu menjadi penyebab mengapa orang-orang Melayu Islam merasa buruk sangka terhadap DAP.  Namun kini katanya, setelah melihat PAS di Kelantan dan DAP di P.Pinang mampu untuk menegakkan keadilan buat semua kaum, maka hubungan DAP dan PAS kini semakin kukuh.  

Di antara ribuan yang hadir

Dato' Fauzi Abd Rahman, Pengerusi KEADILAN Pahang banyak berucap mengimbas kembali sejarah perjuangan Umno dahulu yang berjuang untuk memerdekakan negara.  Tokoh-tokoh Umno dahulu sanggup mengorbankan harta benda mereka demi rakyat dan negara, malangnya tokoh-tokoh Umno selepas Umno yang diwujudkan pada tahun 1946 dahulu di`bunuh' oleh Tun Mahathir, maka Umno Baru ciptaan Mahathir hanya berjuang untuk kepentingan diri, keluarga dan kroni mereka sahaja.  Pemimpin Umno sekarang sanggup korbankan hak rakyat demi perut mereka dan kroni mereka semata-mata.  Isu NFC, komisyen kapal selam, pembelian senjata dan pesawat tentera, dan banyak lagi yang dilakukan oleh pemimpin Umno sekarang kesemuanya menguntungkan diri mereka sendiri dan merugikan wang rakyat.

Isu perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS diperjelaskan lagi apabila Pesuruhjaya PAS Pahang, Us Tuan Ibrahim Tuan Man berucap.  Beliau menerangkan bahawa intipati dasar Negara Berkebajikan yang dibawa oleh PAS samasekali tidak bertentangan dengan dasar Negara Islam.  Beliau turut menyentuh isu Lynas yang mana isu ini wajib diketahui oleh rakyat Pahang khususnya.  Rakyat Pahang yang miskin dan tidak mempunyai tanah untuk mendirikan tempat tinggal, beliau berjanji akan mengurniakan tanah di Negeri Pahang ini kepada mereka sekiranya PR memerintah negeri ini.

Us Tuan Ibrahim juga menyentuh isu penyelewengan daftar Pilihanraya oleh SPR.  Pendedahan Naib Presiden PAS, Hj Mahfuz Omar yang mendedahkan terdapat bukti pembentukan Tim yang ada kaitan dengan Pejabat PM, SPR dan KDN untuk menipu di dalam Pilihanraya Umum akan datang amat mendukacitakan rakyat.  Beliau mahu satu Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat dakwaan Mahfuz tersebut.  Rakyat katanya, tiada lagi pilihan selain dari turun ke Perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April ini nanti di dataran Merdeka, KL bagi menuntut satu pilihanraya yang adil dan telus.

Program malam tadi dihangatkan dengan penceramah utama, Us Nasaruddin Daud, Speaker Dun Kelantan.  Beliau menceritakan tentang sejarah perjuangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW khususnya berkaitan dengan hubungan bersama orang-orang bukan Islam.  Isu tuntutan royalti minyak Kelantan juga turut disentuh oleh Us Nasaruddin dengan melabelkan pemimpin Umno sebagai `perompak' yang pelik.  Di sebalik Najib mendakwa kononnya Kelantan sebagai negeri paling miskin, Najib sangup `merompak' negeri Kelantan yang dikatakan miskin itu dengan tidak memberikan hak royalti kepada Kelantan. 

Us Nasaruddin menganggap Najib sebagai anak yang tidak mempunyai amanah di dalam menjaga perjanjian berkaitan royalti minyak yang melibatkan ayahandanya, Almarhum Tun Razak.  Beliau juga menyebut, Ku Li dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas yang bertanggungjawab menderaf perjanjian royalti minyak yang ada sekarang, kedua-dua tokoh ini tetap menyatakan Kelantan dan Terengganu berhak untuk mendapatkan royalti minyak.  Najib jelas adalah pengkhianat Melayu yang sebenarnya.

Program malam tadi amat berjaya dan ini menunjukkan bahawa rakyat Pahang tidak lagi sabar untuk menjatuhkan Umno/Bn di Pahang di dalam PRU ke 13 tidak beberapa lama lagi.  Paling menarik, terdapat satu Banner kain yang digantung oleh penyokong Umno mengalu-alukan kedatangan Tuan guru Nik Aziz ke sini. 

Sekali lagi diingatkan, pada malam ini (08 Apr 12), Ketua Umum Dato' Seri Anwar Ibrahim akan berkunjung ke Bentong di dalam satu ceramah di Markas PAS Chegar Medang, Jalan Benus, Bentong mulai jam 09.00 malam.  Orang ramai dijemput hadir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads