Sabtu, 12 Mei 2012

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di pasir puteh</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Apr 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di pasir puteh</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Apr 2012 11:10 PM PDT

URL Sumber Asal :-

hampir 20000 ORANG DATANG KHAS UNTUK MAT SABU <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 02 Apr 2012 01:48 AM PDT

dasat.. ini maca kawe leh keno penyakit terkujut beruk tau... mana taknya beribu ribu ribu yang datang, mat sabu tu beb.. power dia.. hehehe
mat sabu yang semakin encem.. 
ramai der orang yang datang tak caya tengoklah kat bawah nun...
wahhhhhh ramainyer........ power ni... lagi sumber bergambar klik

narapatinantaboga™: Asal Usul Gayong <b>di Pasir Puteh</b>...

Posted: 30 Jan 2012 08:00 AM PST


Dalam bahasa kelantan, kita sebut "menitih", yakni mencari asal usul, keturunan dan salasilah. Ambo orang pasir puteh, sedikit sebanyak, macam orang2 di kampung dan daerah dalam kelantan, sudah pasti ada rasa "bangga" dengan keturunan kita. Masing2 ada sejarah dan keturunan yang boleh diceritakan. Cuma tak silap ambo, Imam Syafie rah. (kalau tak silap) pernah berkata "Bukanlah anak jantan kalau berbangga dengan harta ayahnya". (lebih kurang, sebab ambo dengar2 pon zaman sekolah menengah lagi). Tapi mencari asal usul keturunan itu tidak salah. Kali ini, kepulangan ambo ke kampung adalah mencari asal usul Silat Seni Gayong di daerah Pasir Puteh. Sejarah kedatangan Gayong ke Pasir Puteh ada diceritakan oleh temuramah Cikgu Onn Jadi dengan Cikgu Majid Mat Isa.
"Rombongan pergi ke Kelantan buat persembahan di Pasir Putih. Pergi dengan dua buah kereta. Di Pasir Putih, pergi ke rumah Tuan Haji Hamid Kelantan, Yang Dipertua Gayong Pasir Putih dulu. Kita kata kita nak tinggalkan Cikgu Awang untuk mengajar di Kelantan. Kemudian, sekarang ni kita nak buat pertunjukanlah pelajaran baru ni. Bagi tahu semua. Di padang sekolah agama. Orang Kelantan kata tak apalah. Bila ahli semakin ramai, Cikgu Awang minta pembantu. Maka Haji Harun dihantar membantu."
Ambo berpeluang berjumpa dengan Ayah Zi, seorang usahawan ternama di Pasir Puteh. Anak kepada allahyarham Haji Hamid "kopi". Kebetulan, isteri ambo bersahabat baik dengan anak perempuan Ayah Zi. Dari situ, kami berbual rancak berkenaan dengan kedatangan awal Silat Seni Gayong di Pasir Puteh. Selepas itu, ambo mencari seorang guru tua yang masih hidup. Seorang guru tua yang hanya selesa dipanggil Ayah Mat. Orang di Pasar (ambo pon orang dalam pasar juga sebab nenek dan pak saudara meniaga lauk pauk dalam pasar) memanggilnya Pok Mat Tokseh atau Pok Mat Merah, kerana suka makan sireh.
Bercerita tentang gayong, Ayah Mat berkata asal rombongan Gayong datang apabila dijemput oleh empat sahabat. Arwah Haji Hamid Kopi, Arwah Cikgu Ali, Arwah Ku Jak (Tengku Razak) dan dia sendiri. Seingat-ingatnya, sebelum peristiwa 13 Mei lagi sudah tiba rombongan pertama itu. Dikatakan juga, rombongan itu entah macam mana hendak ke tempat lain, tetapi ditakdirkan singgah ke Pasir Puteh dan dibuka Gelanggang Gayong, kalau ambo tak silap, yang pertama dalam negeri Cik Siti Wan Kembang. Gelanggang itu di tepi jalan, hadapan rumah arwah Cikgu Ali dekat sekolah agama Saniah pasir puteh sekarang. Mereka pernah buat demo di "Dalam Rhu" (pantai). Antara yang kena pilih untuk dipijak tangan dengan kereta ialah Ayah Mat dan Arwah Haji Hamid.
Pertama kali dibuat mandi minyak, ada 8-12 orang yang menyertainya. Seingat-ingatnya, apabila terjadi peristiwa 13 Mei di Kuala Lumpur, dia sendiri yang "datang zuk" dan nampak orang-orang di hadapannya kecil-kecil. Ayah Mat juga berpesan sentiasa amal amalan zikir yang dituntut dalam Gayong. Kerana orang dulu-dulu nampak hasilnya depan mata. orang zaman sekarang memandang enteng amalan itu. Antara yang pernah tiba ke Pasir Puteh, Cikgu Awang Daud, Cikgu majid,arwah Cikgu Ahmad Lazim, arwah Cikgu Siti Kalsom dan arwah Dato' Meor sendiri (kedatangan Cikgu Siti dan Dato' Meor diceritakan oleh seorang guru tua lain, bukan Ayah Mat)
Apa-apapun, ambo cukup gembira dapat berjumpa Guru tua ini. Semoga mendapat keberkatan di atas segala ilmu, petua dan nasihat yang diberi. InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads