Jumaat, 22 Jun 2012

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


Explorasi Gua,Air terjun Jelawang & Mt. Stong,<b>Dabong</b> Kelantan

Posted: 07 May 2008 05:53 PM PDT

Tarikh: 30-4hb.Mei 08
Lokasi: Kelantan Selatan-Dabong,Kuala Krai
Jumlah peserta: Ramai gilerr..Pelopor Adventure Team(17 org),Libur(12 org),DBKL(44org).

Aku rasa kebanyakan dari pendaki pernah membuat explorasi ke Jelawang Jungle ni kan.Melihat selerakkan fajar dan keindahan pancaran suria dari Baha's Camp adalah satu pengalaman indah yg takkan dapat dilupakan oleh sesiapapun.Aku baru 3 x menjejakkan kaki ke sini.Lain-lain otai dah berpuluh2 kali gamaknya.Tidak pernah membosankan.Tidak pernah puas.Kenapa yer?
Bila hati dan diri bersatu dengan alam,terbit satu ketenangan dan kebahagiaan.
SubhanAllah,Maha suci Tuhan yang menjadikan setiap kejadian yg ada di langit dan di bumi.

Yang pasti Hutan Jelawang tidak pernah sunyi dari menerima kunjungan para pencinta alam.Bukannya pencinta wanita sahaja..hehehe

Day1
19.00-berkumpul di KL Sentral.Perasmian & pembahagian ration dll.Terima kasih kepada TC.Boy kerana menaja makanan dalam tin utk kami.
20.45-berlepas ke Dabong dengan menaiki Keretapi(Ekspress Wau)

Day2
09.15-tiba di Dabong.Lewat dari sepatutnya.

Tukar baju trekking.Bersarapan.Kita akan meng-explorasi gua-gua yg ada di sini.Antaranya Gua Gelap,Gua Keris,Gua angin dan Gua Ikan.

14.00-bergerak ke Stong Resort
15.00-pendakian bermula
18.00-sampai di Baha's Camp

Prepare untuk makan malam.Hujan yg mulanya renyai semakin lebat menyirami bumi Jelawang.Sejukkk.....best.Menu malam ni berlaukkan sardin,ikan masin,kacang buncis goreng dan telur dadar.

Day3
06.30-bangun,solat subuh.Kelihatan mega-mega merah di langit dari tepian sungai.
07.00-beramai-ramai menunggu kehadiran sang mentari pagi.Kabus naik berselerakkan seolah-olah satu hamparan permaidani yg indah.
08.00-bersiap2 memulakan pendakian ke Gunung Stong.

Kali ni aku mengambil keputusan melepak kat Baha's Camp jer.Turut bersama ialah Ipah,Najib,Syam,Leong de Transformer,Tiong,Leong kecik,abg Ramlee,abg kamal dan Chik.

Semua org dah takder..apa lagi jom kita mandi puas-puas!
Kesejukkan yg menggigil.Namun terasa diri kembali segar dan bertenaga.

Bersihkan fly..kemas2 mana yg berserabut.Aku lepak ngan Ipah kat sini.Sambil makan kuaci dan minum kopi panas.Suasana yg agak sunyi dari suara2 sumbang manusia.Bersembang,bercerita ditemani bunyian unggas rimba dan deruan air terjun Jelawang.Syoknyerrr........

16.30-prepare utk minum petang dan makan malam.Masak untuk kesemua peserta..

Hujan telah turun dengan lebatnya.Air masuk khemahlah plak.Kat bawah fly pon ada air mengalir.Makan dalam kebasahan.Hahaha..Menu malam ni ialah Nasi lemak.Ajak abg2 guide makan skali ngan kami.

Day4
06.20-bangun,solat subuh.
07.00-menunggu matahari muncul namun tak muncul2 jugak.
07.30-prepare sarapan pagi.Makan roti dan tuna,sosej.
08.30-mendaki batu-batu dlm menjejaki air terjun tertinggi di Asia ni.Air terjun 7 tingkat.Mandi-manda dan bergambar.

Lunch pada hari ni ialah ayam masak kari,arca dan papedom.
Bersiap-siap.Ice-breaking session sebentar sebelum bergerak turun meninggalkan tempat perkhemahan.

14.00-bergerak meninggalkan baha's camp.
15.30-tiba di Stong Resort.Hujan lebat.membersihkan diri di sini.
Yang mana telah siap bergerak ke stesen Keretapi Dabong dulu,kita berkumpul kat sana.Menikmati makan malam di gerai2 di sini.

Keretapi tiba agak lewat disebabkan kemalangan yang berlaku di Gemas melibatkan tren dari Butterworth ke Singapore.Mengorbankan nyawa pemandu tren berkenaan.Innalillahi wainna ilaihiraji'un.

Tren yg kami naiki terpaksa berhenti menurunkan kesemua penumpang di stesen Kuala Lipis.Waktu menunjukkan jam 1.00 pagi.KTMB menyediakan beberapa buah bas ke destinasi seperti Kl Sentral,Seremban dll.Namun ianya tidak mencukupi.Kami menunggu sehingga jam 10 pagi keesokkannya sehingga bas datang membawa kami pulang ke Kolumpo.

Pengalaman pertama aku sejak mengaktifkan diri dalam dunia outdoor ni.Bermalam di kaki lima jerr.Tido berlapikkan suratkhabar.Perut berkeroncong kelaparan namun terpaksa tahan sebab takder kedai pon yang dibuka.Al-maklumlah,pekan kecil sebegini.Kami akur.

Day5
Jam 6.00 pagi-ke masjid berhampiran utk menunaikan kewajipan pada yang Maha Kuasa.
07.00-keluar ke pekan Lipis carik kedai makan.Sedapnya nasik lemak bungkus siap ni..!2 bungkus aku tibai,ambik kau.hahaha...abg kamal lagiklah 4 bungkus..Ipah malu2 makan 1 jerr..Najib order 5 bijik telur separuh masak,giler ker apa mamat tu!hik hik hik.Terkejut aku...

Jam 10.00-kelihatan 2 buah bas masuk ke perkarangan stesen.
Jam 10.30-bergerak meninggalkan pekan Kuala Lips menuju ke destinasi.
Alamakk!bas ni 2x plak berhenti..kat Raub dan Hentian Genting Sempah tu.Lama plak tu.Aku dah tak sabar nak balik rumah ni.Nak mandi..nak rehat.nak baring kat tilam yg empuk.Dah semalaman bertilamkan tar berlapikkan suratkhabar dan berbumbungkan langit,bermandi embun dan berbantalkan khemah..hehe..

walau apa pon,aku anggap ia satu pengalaman manis yg takkan sama sekali dapat dilupakan.Semua ni juga mengajar kita erti sebuah kesabaran.
Kemaafan diminta jika ada yg terkasar bahasa dan bicara,tersalah laku..key.
Tahniah buat semua.Adioss.

Dari aku yg melaporkan.
Berakit ke langit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads